Rasa Sebuah Kehilangan

9:34:00 AM

-- --
Salam blog.

Hari sabtu lepas, IQ keluar dengan adik IQ, bertiga dengan budak kecik Qaíd. Tujuannya nak buat IC baru untuk IQ dan Mykid Qaíd dan juga nak pergi Jakel Mall, tengok material kain untuk adik IQ buat keluaran tudung baru ahad nanti. So, berjalan lah kami bertiga ke UTC Pudu.

Dalam perjalanan ke sana, adik IQ mengadu pasal dia sunyi sebab suaminya out-station ke Kedah, ada kerja selama seminggu. Dia cakap baru sekarang dia rasa rindu sangat dekat suami bila dah berjauhan dengan suami sendiri akibat kengkangan kerja. Dan dia juga baru faham apa yang IQ rasa bila IQ sudah kehilangan suami IQ dari sisi IQ buat selamanya.

Adik IQ "Sekarang baru aku rasa, apa yang kau rasa. Tapi rasa tu tak kan sama sebab Usop (suami adik) pergi sekejap jer, ni Arwah pergi buat selamanya"

IQ "Itulah yang aku rasa, rindu yang tak tertanggung"

Sebak sangat bila adik sendiri bercerita, IQ sendiri ni rindu tak tercakap dah. Bila bercerita mula la nak menitis air mata, teringat dengan Arwah...semua orang tahu baiknya Arwah pada IQ dan juga adik beradik IQ. Dan memang betul, orang yang baik disayangi ramai dan juga akan pergi terlebih dahulu. 

Minggu lepas IQ ada order voucher buat photobook dekat Lazada, dan semalam pihak Photobook dah hantar kod voucher melalui email. Semalam juga IQ design photobook untuk kami tiga beranak. IQ letak gambar Arwah Suami, IQ dan juga si kecil Qaíd. Seperti IQ menaip entry ni dengan menitiskan air mata, seperti itu juga masa IQ buat photobook tu semalam, rindu sangat. Nanti kalau dah siap, IQ kongsikan di sini. Insya-Allah. 

Ok la, jumpa lagi. 
Jalan-jalan sementara IC siap di Times Square. 

You Might Also Like

10 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. mata akak masuk habuk.... rindu yang paling siksa ialah rindu pada orang yang telah meninggal dunia. Al fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. rindu kepada yang telah pergi buat selamanya. Al-Fatihah

      Delete
  2. be strong IQ :') rindu akan terubat kat 'sana'inshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah Nadia, mudah2an dapat jumpa kembali di sana. Amiin

      Delete
  3. Rindu yang paling tak dapat tahan adalah rindu pd yg telah tiada. Smga kita smua kuat dgn ujian ni.

    ReplyDelete
  4. Bertabahlah.
    Perjalanan masih jauh.

    ReplyDelete
  5. Saya yang baca ni pun terasa sebak dia (ni serious ni). Semoga IQ terus kuat ya. Bukannya mudah nak terima pemergian seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan mudah...dan setiap masa kena bersedia menerima takdir yang ditentukan

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers