Advertisement

Responsive Advertisement

Kemas Bilik & Almari Baju Qa'id

Salam semua.

IQ sebenarnya serabut bila tak ada kerja sangat dekat ofis ni, tambahan plak tengah serabut fikir nak renew roadtax motor Arwah Suami, rupenya banyak prosedurnya plak dah..ah sudah....banyak pulak stepnya plak...fuhhh...kena selesaikan cepat ni..tak lama lagi nak mati dah roadtaxnya..huhu..

sebelum keserabutan melanda dari pagi tadi, sebenarnya IQ dalam mood nak mengemas rumah je sekarang. IQ dalam sebulan tu ada la mood baik dia, kerja nak mengemas je, kerja nak mencuci je, memasak tu hari hari la kan...tapi bab2 mencuci tu akan jadi terlebih rajin...nak deco rumah la apa la...

last time IQ punya keinginan beli katil baru, kan? lepas tu mula la tengok tempat letak baju si Qaíd tu dah tak muat, ibu dia asyik shopping baju dia je kan...sampai penuh tempat letak bajunya...dulu letak dalam organiser yang berzip stail korea tu, boleh buka ikut atas dan ikut tepi tapi dah tak muat sekarang sebab bajunya dah terlampau banyak..

so, IQ plan nak beli almari baju untuk budak kecik tu. Ushar2..semua boleh tahan mahal. Tengok dekat Ikea pun mahal jugak, malas nak beli yang berat, nak yang ringan dan mudah pasang...so, dalam kepala duk teringat almari cube yang mudah pasang dan cabut tu...TAPI tengok design semua macam tak best je, design kartun pun macam tak menarik..banyak Hello Kitty, Doraemon, Upin Ipin, Didi& Friends...Qaíd memang minat Didi dan Upin Ipin tapi untuk almari tak prefer sangat yang ada kartun...kalau kartunnya menarik ok la...tapi semua macam tak best.

Ruang dalam bilik pun dah terhad sangat. Barang2 yang sedia ada pun dah melambak, so...kena jimat space jugak. IQ saje tunjuk dekat adik IQ sebab dia minat sangat Hello Kitty, so...dia pun nak beli. Dekat rumah dia ada almari cube yang Arwah Ummi IQ punya. Dia suruh IQ ambik yang Arwah Ummi IQ tu dan dia nak beli yang baru...fehhh..jimat duit IQ oii! Almari cube tu pun bukannya murah...Harga ikut bilangan cube...lagi banyak cube lagi mahal..

IQ tolong adik IQ cari Almari cube untuk dia, ushar dekat IG pun boleh tahan mahal...last2 adik IQ beli dekat 11street.my . Katanya dekat situ murah sangat! Lazada pun kalah...tak tahu la betul ke tak...janji IQ dapat almari cube free..haha! Almari cube yang Arwah Ummi IQ tu dulu pun IQ tong2 dengan Arwah Ummi IQ. Belikan untuk Arwah...bila Arwah dah tak ada, barang2 banyak diagihkan antara kami adik beradik..huhu..

Almari ni asalnya 16 cube, tapi nak jimat space, IQ pasang 10 cube je, yang lain simpan + buat rumah mainan budak kecik tu...barang2 lain pun ada sekali selain baju dan kain Qaíd..tak boleh letak baju cube bawah, si Qaíd suka sepahkan baju dia...
Ni almari cube yang adik IQ belikan untuk dia sendiri. Konon nak hello kitty, last2 beli princess, untuk anaknya si Medina.

so, da settle semua...bilik IQ dah jadi superb punya! Suka lepak dalam bilik sekarang. Main gusti2 dengan budak kecik...bilik cantik, kemas memang seronok la hati kan? hehe..

semalam pasang lampu tu, kemain budak kecik excited sampai tak reti tidur, last2 tutup lampu tu baru lena. Cuba cari mana budak kecik tuuuuu?

ok la, till then, bai!

Post a Comment

11 Comments

  1. nmpak dah, tuuuu terselit kat bantal peluk tu..hihii

    ReplyDelete
  2. almari qube ni tahan x letak baju, ada terfikir nak beli, tapi takut budak2 ni lanyak roboh pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahan sangat. Satu cube mampu tahan berat sampai 20kg. Qa'id sendiri da panjat duduk atas cube tu. Mmg tahan.

      Delete
  3. Cantiknya letak lampu macam tu kat katil.. Bilik saya sekarang ntah apa da jadi..heheh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan kalau datang mood rajin, confirm cantik bilik tu nanti, hehe..

      Delete
  4. haha betul, bab mengemas ni ada mood dia. takde mood memang ke laut perginya haha. cantiknya lampu kat katil macam tu, nak tiru lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza, btul tu nadia! bila tak der mood, lantak la sepah cemane pun...

      haha! sila2...XD

      Delete
  5. xbekenan cube ni..tpi tgk cm cntik plk kt blog ni hihi

    ReplyDelete
  6. kat bantal peluk tu..hehe..anyway almari cube macamtu memang sangat menjimatkan ruang..

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)