Advertisement

Responsive Advertisement

Beli Katil Baru & Mimpi

Salam blog,

rasanya hampir dua minggu blog tak berupdate. Bercuti punya pasal plus balik dari bercuti kena demam plak, cuaca pantai timur serius panas yang boleh menghitamkan kulit putihku yang mulus ini, eceh, padahal dulu hitam bukan heran pun, haha!

Minggu lepas nak update pasal bercuti di terengganu tapi tunggu dulu la, kalau ada mood baru nak update, hari khamis IQ start kerja minggu lepas tapi hari khamis tu jugak demam, jumaat dah off kerja balik...huhu, badan nak suruh rest...akhirnya hujung minggu pun tak ke mana kecuali ke pasar malam AU2 hari sabtu malam tu..

lately, sebelum IQ bercuti ke Terengganu, kengkonon azam tahun baru tak nak beli online sangat kan? hari tu kemain IQ shopping, macam2! alahai, tabiat pantang tengok duit nak beranak dalam akaun, dalam otak asyik nak beeeeliiii aje, alahai, susahnya nak kawal perangai shopping IQ ni, terjebak dengan ofismate depan IQ ni, dia pun suka shopping...

last sekali IQ shopping minggu lepas, kekonon demam sangat kan, tapi sempat order katil sebijik kau! haaaaa....memang niat nak beli katil baru, sebab katil sedia ada sebelum tu pun orang bagi second hand, dulu masa Arwah ada, kekonon jugak nak jimat, orang nak bagi katil, so, hamek je la, aim tak nak beli perabot sangat dulu sebab plan nak pindah rumah lain kekonon, duduk rumah flat, tak berbaloi beli perabot banyak...katanyeeee..

tapi bila nak pindah hari tu pun, barang tetap melambak macam dah ada anak 5 orang.. =.=" pelik jugak, cemane boleh ada barang banyak macam tu, ngam2 barang muat naik lori 2 tan...fiuhhh....dan bila dah duduk rumah baru yang juga flat ni, lantak la nak beli apa pun, beli aje, konon untuk kepuasan diri, IQ beli apa je IQ rasa IQ perlu dan nak beli, rasa nak beli, terus beli...tapi pikir la baik buruk dulu, ok ke tak...bukan main taruk beli aje...

dan untuk katil tu, IQ beli katil dari IKEA, alaaa, katil besi ala2 english tu, haaa, dulu pernah suarakan dekat Arwah nak katil tu tapi tau tau je la Arwah, takut bila dia tidur atas katil tu, katil tu roboh, padahal besi katil tu sangat kuat dan padu...selesa sangat dan tak ragu2 nak tidur cemane pun...huhu...Arwah tak nak katil tu dan bila Arwah dah tak ada, IQ plan nak beli katil tu setelah katil di rumah roboh...katil dah usang, skru dah tercabot, palet katil asyik jatuh sebab sendi tepi katil da reput, memang kena cari katil baru..

order dengan 'Tolong Beli Ikea" di Facebook, dia akan tolong pergi Ikea, ambik barang, bayar dan hantarkan depan pintu rumah kita, servis memang tiptop! orangnya pun friendly sangat! dan semestinya ada cas upah beli dan delivery yer...cari Tolong Beli Ikea di Facebook yer, memudahkan kerja anda kalau nak beli barang besar2 ni..hee 


so, itu lah dia katilnya, sibuk je budak kecik nak selongkar laci ibu dia, dah ler laci simple tak boleh kunci, senang tarik, silap hari bulan jatuh atas kaki nangis mintak simpati..hehehehe..

Anyway, IQ shopping banyak2 pun kepuasan hati tu tetap tak ada, gembira dekat hati tu tak ada langsung, sebab Arwah tak ada, nak kepuasan hati tahap mana pun, kalau Arwah tak ada, memang macam nothing je semua ni, malam pertama lepas IQ beli katil baru tu, IQ mimpikan Arwah, sebab sebelum tidur IQ terfikirkan alangkah seronok kalau dapat tidur atas katil baru tu dengan dia, dan malam tu IQ mimpi Arwah, Arwah datang peluk IQ tatkala IQ sendu memikirkan tarikh befday IQ tahun ni tak akan bersambut, Arwah datang peluk dan tanya kenapa menangis...IQ hanya boleh sebut ...abang..abang...sahaja...IQ menangis sampai terjaga dari tidur, dan sejurus selepas tu azan subuh berkumandang...air mata meleleh...rindu...selalu dapat rasa IQ masih punya dia dalam mimpi tu tapi bila terjaga, rupanya dia sudah tiada di sisi kami...

Al-Fatihah kesayangan saya...

Post a Comment

9 Comments

  1. Cantiknya katil tu..

    Laci kita sama. Geng! Hehe

    ReplyDelete
  2. Lumrahnya hidup perlukan pasangan
    Bila membeli yg cantik rasa tak puas sebab tak ada rakan utk dikongsi
    Bukan tak sayang pada yg dah pergi
    Tapi andai ada yg mampu mengganti apa salahnya dik.
    Sementara anak masih kecil mudah dibimbing bersama

    Maaf kakak bukan nak provok sekadar kata-dua sebagai org tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham maksud akak, saya tak menolak mahupun mencari...andai ada jodoh nanti, saya hanya berserah pada-Nya...

      Delete
  3. tersentuh hati bila baca part yg last..alfatihah
    tapi tertarik dgn kata2 kak zakie, seorang mak2 yg menyuarakan pendapatnya membuat kita berfikir..

    ReplyDelete
  4. kalau tgk barang ikea memang rambang mata! haha. Nadia tak minat katil kerawang2 gitu tapi bila tgk gambar IQ ni nampak cantik pulak. LOL

    Sabar ye IQ. Tau bukan senang nak telan semua ni. keep praying. Allah is the only source of strength that we have.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik katil tu nadia, serius selesa tidur (*punya la promote, haha)

      thanks nadia, InsyaAllah, hanya pada Dia tempat mengadu..huhu

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)