Advertisement

Responsive Advertisement

Tambah Lokasi Tempat Dalam Google Maps

Salam hari penuh barakah buat semua blogger...

Macam terlebih rajin plak kan IQ update sekarang? Macam menyampah tak baca? huihuihui..maaf yer semua, kalau IQ ada benda nak cerita, memang tangan ni bukan reti nak duduk diam, kerja dekat pejabat melambak pun sempat lagi nak update entry berjela...semalam kerja banyak sampai balik kerja pun pukul 9lebih malam...first time kerja tempat baru ni balik lewat macam tu, creepy kejap...huhu...nasib baik ada ofismate yang tak balik lagi...

So, kerja sudah setel, moh ler update blog lagi! Kali ni IQ nak cerita benda yang IQ buat bulan 12 lepas, dan baru SEMALAM pihak Google ni update dan approve. Apa yang IQ buat dengan Google? Meh nak cerita..

Bulan lepas, IQ nak pergi klinik kesihatan yang terdekat dengan area rumah IQ untuk checkup Qaid 1 tahun 3bulan, search dekat google paling dekat adalah KK AU2. So, IQ pagi2 dah menapak pergi KK AU2 sebab nak book tarikh, first time nak pergi KK untuk checkup anak lepas pindah rumah keramat ni, so kena book tarikh dulu....

Sampai dekat sana rasa heaven sangat, sebab apa? Sebab dekat dengan rumah. Dulu rumah dekat kota damansara, tapi klinik checkup Qaíd dekat Kelana Jaya kau! haaa, jauh bebenor...huhu...kali ni rasa best sebab dekat..huihuihui...Tapi bila nak book tarikh checkup tu sekali tak boleh plak. Kenapa?? 

IQ tak tahu la sistem pembahagian pesakit ni dia bahagikan macam mana...pihak klinik cakap, rumah IQ tak tergolong dalam senarai di klinik tu, kena pergi klinik setiawangsa..a.k.a Dato'Keramat dekat Giant...rumah flat dan rumah teres dibeza-bezakan....klinik dekat situ untuk orang yang tinggal dekat rumah teres sahaja! ok, sangat diskriminasi...tak suka...huhu..

Baru nak happy2 dapat klinik dekat, dah kena pergi klinik lain plak, klinik yang dikatakan tu tak der la jauh sangat TAPI yang jadi masalahnya bila IQ search dekat Google Map tak ada!! IQ terpaksa cari sendiri klinik tu berdasarkan papan tanda sekalian, pusing 2-3 kali baru jumpa, tu pun nak tahu tu klinik bila ada ambulans klinik kesihatan dekat situ...

Klinik Kesihatan Dato'Keramat ni bukan ada bangunan macam klinik kesihatan yang kita biasa tengok, klinik ni berada di bawah satu dewan besar dan klinik kesihatan ada di bawahnya....sekali pandang memang tak macam klinik pun, pintu masuk pun bahagian sisi bangunan...

That's why IQ ambil jalan untuk tambah lokasi klinik ni dalam Google Map, mudah untuk pengguna lain nak cari lokasi klinik ni kan? So, tadaaa, IQ just add nama klinik dan lokasi yang betul dalam google map tu. TAPI bukan bila kita add dia terus masukkan, tak tak...ianya perlu masa sebab pihak Google akan melawati kawasan tersebut dulu untuk mengesahkan tempat dan lokasi adalah betul..

penerangan tentang Google tu IQ agak jer, haha! sebab tu yang dorang kabor pada IQ dalam email yang dorang akan review dulu dan semalam akhirnya dorang approve lokasi yang IQ edit dalam google map tu, sebulan jugak dorang ambik masa....so, lepas ni kalau ada orang cari Klinik tu tak ada la tercari2 macam IQ dulu..bagus tak bagus tak? terasa macam IQ dah jadi seorang warganegara yang sangat berguna, haha! *gelakbesardisini*


email yang IQ dapat semalam, PUBLISHED!
Sama-sama Google Maps team. =P
Kalau korang rajin add location dalam Google Map ni, nanti dapat la points,
tapi points untuk apa pun IQ tak pasti..
Your edit is live! nak drive ke sana dari pejabat IQ ambil masa 18minit, dari rumah? 5 minit aje. =))
So, tak susah dah orang lain nak cari tempat ni =)

Expectation IQ pada klinik dato'keramat ni dulu rasa macam akan lambat, akan susah sebab ramai pengunjungnya, tapi bila tiba hari checkup Qaíd, even ramai orang datang, sistem dorang sangat cepat!! Dalam masa tak sampai sejam pun boleh setel checkup Qaíd, hari tu jadi lambat sebab Qaíd tidur, tak boleh nak ambik berat dan tinggi, so kena tunggu Qaíd bangun tidur dulu...kalau Qaíd tak tidur mahunya setengah jam dah siap..haha!

So, never underestimate them...even kliniknya macam nampak tak nampak, khidmat dorang sangat cepat dan tungtas! tahniah staff klinik kesihatan dato'keramat. sangat efisen, eh betul ke ejanya ni? haha!

ok la, till then, bai!

Post a Comment

6 Comments

  1. haha bagus tolong masukkan location dalam maps. Memang ada sesetengah tempat yang tak ada dalam google, even tempat yg agak dikenali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe, IQ sendiri pusing banyak kali, lagi satu kadang2 maps pun tak betul, kena baiki baliklocation, hari tu sesat..haha

      Delete
  2. Reen baru taw sal ni yg kita boleh add location. Thank you share.😊

    ReplyDelete
  3. baru tahu ni.. salam kenal dr mama jue.. mama jue follower 871

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)