Advertisement

Responsive Advertisement

Renew Roadtax Kereta

Salam blog,

normally kalau tak ada post dekat blog, sebab tak ada apa nak diceritakan kan? IQ sendiri tengah mood ke laut sket so tak der nak update ape sangat, mood tak best nak menulis, nak tulis ayat macam post sebelum ni selalu kang tak ada plak pengunjung blog IQ ni...heee..

so, nak cerita kali ni pasal IQ renew roadtax kereta!! tapi bukan IQ la yang setel sendiri, IQ suruh agen insurans yang setelkan. Segala benda IQ pernah buat, kecuali roadtax kereta ni. First time nak renew sendiri, kenapa dan berapa apa semua memang tak tahu...selalu memang Arwah suami IQ je yang buat..

Sebenarnya dua atau 3 minggu sebelum Arwah Suami meninggal, Arwah ada cakap pada IQ, "sayang kena belajar renew roadtax sendiri lepas ni, sayang kena buat geran kereta sendiri bla bla bla" Dalam hati IQ masa tu, ape la laki aku ni duk merepek, selalu dia buat, kenapa nak suruh aku belajar plak kan? Tu yang bermain dalam kepala IQ masa tu, padahal tu tanda Arwah nak pergi buat selama-lamanya...huhu...

SO, that's it! IQ just tanya macam mana nak renew roadtax dekat kawan IQ sebelah meja ni yang super power punya. Kenapa super power? Sebab segala benda dia tahu. Berpengalaman luas betul! So, dia rekemen kawan dia untuk buat insurans kereta IQ, sekali dengan roadtax.. dan kebetulan IQ dah bawak cover note insurans yang tahun lepas, so lagi mudah urusannya..

Kereta IQ dah 3 tahun, so, kadar susut nilai dia makin bertambah...so, insurans pun kurang la sket bayar...tahun lepas rm700++ tahun ni rm600++...kereta kecik je, so, tak ada hal sangat, roadtax pun takat rm20 je tambah dengan caj perkhidmatan...

ikutkan IQ boleh je buat dekat MyEG apa semua tu, tapi kadar kemalasan yang membuak tu tak boleh nak dibendung, malas nak isi details ape semua, so, suruh la orang buatkan...hehe...lagi satu, buat insurans dekat MyEG nanti kalau ada apa2 kemalangan, urusannya jadi leceh sket, ini yang IQ baca tempoh hari...so, tak jadi nak buat insurans dekat MyEG..

semalam buat roadtax, petang semalam juga dah sampai roadtaxnya!! tak perlu ke kaunter pun. sonang, pagi buat, petang sampai. petang buat, esok harinya sampai. Cepat dan mudah...kan?

ok la, tu je nak cerita.. k.bai


Post a Comment

12 Comments

  1. Kakak tak pernah buat tapi kakak tahu macamana nak renew semua tu sebab utk sykt tempat kakak kerja kakak yg uruskan semua kenderaan milik sykt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh yeke kak, senang la kalau tahu buat, rupenye mudah je nak renew kan kak? ingatkan rumit. hehe

      Delete
  2. Reen pun xreti nak renew lesen. Suruh perodua watkan je. Taun ni nak mtk tlg cikgu tmpt reen keje ni tlg renewkan pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ek, boleh ek sruh perodua buatkan? baru tahuu..

      Delete
  3. Selamat berkenalan blogger.

    Jom exchange link : https://wanfaizumi.blogspot.my

    Post Pengenalan : https://wanfaizumi.blogspot.my/2017/01/welcome-dunia-blogger-bertukar-link.html

    ReplyDelete
  4. saya pulak memang buat dengan myEG je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. myEG senang kan? tapi tu la, org dah rekemenkan, so, segan plak nak tolak..hehe

      Delete
  5. Saya pun tak pernah renew sendiri. Husband yg buatkan semua.

    ReplyDelete
  6. nadia renew guna myeg. and last year accident, Alhamdulillah takde apa2 yang leceh nak uruskan insurans. straight forward jeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan, nadia ada excident hari tu, owh, xleceh ke? IQ baca hari tu ada orang cakap macam leceh, xpe la, next year plak =)

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)