Advertisement

Responsive Advertisement

Qa'id Demam Panas

Salam monday blues.

Erghh, pagi yang tough dengan jem ditambah pula masuk kerja lewat pukul 9.30!! Mak aihh, lewat sangat. Semuanya sebab si budak kecik Qaíd yang mood dia swing pagi ni plus tak berapa nak sihat lagi...menangis bila kejutkan, nak siapkan dia ambik masa jugak tapi alahai...menguji kesabaran ibu betul anak oii..

Hari jumaat lepas, IQ balik kerja dan terus keluar pergi Wangsa Walk, adik ipar nak gunting rambut, lepas tu IQ rasa nak gunting rambut Qaíd sekali. So, bila dah ambik dorang, adik ipar cakap badan Qaíd dah start panas, tapi dah bagi makan ubat. Aim tak nak lama-lama di Wangsa Walk, takut demam Qaíd melarat. 

Gunting rambut dia, macam biasa la...macam kena pukul..pujuk dengan upin ipin pun tak jalan...menangis aje..last2 gunting ala kadar...senget benget jadinya..alahai...rambut anak ibu dah jadi disaster..huhu...

Lepas pergi Wangsa Walk, balik rumah...pantau suhu badan Qaíd guna digital termometer...makin lama makin naik suhunya...tuam badan dia pun macam tak jalan sangat..last2 ajak adik ipar pergi hospital...pergi satu hospital kanak2 dan wanita tu baru tutup, last2 IQ ke hospital ampang. First time pergi, gamble habis lalu jalan, sampai lalu jalan ada roadblock bagai...huhu..

Drop Qaíd dan adik ipar dekat kecemasan Hospital Ampang. IQ pergi park kereta, mujur ada parking dekat dengan kecemasan. Pergi dekat kaunter kecemasan, soal siasat kejap, Qaíd terus dibawa ke zon kuning. Erkk? zon kuning terus? masuk kecemasan ni dah jadi trauma, sebab teringat dekat Arwah suami, masuk kecemasan terus zon merah hampir 5bulan lepas..huhu..dah2..tak yah ingat sangat..

Qaíd dapat katil di wad kecemasan, lepas tu doktor diagnose Qaíd lagi sekali, pung pang pung pang....dipendekkan cerita, doktor salah diagnose Qaíd, Qaíd memang ada muntah tapi 5 hari sebelum tu....then, dia demam ni sebab tetiba jer dan terus mendadak panas sahaja...doktor bagi ubat terus balik...lega tak ada yang serius...dia mengamuk dekat wad tu pun sebab memang tak suka orang lain pegang.... -_-

malamnya tidur memang tak tidur sangat, suhu badan Qaíd turun naik...makan ubat dan tuam badan dia lagi...hari sabtu tak ke mana, takat ke aeon au2 sebab nak buat cermin mata pak teh Qaíd. Tu pun suhu badan tetiba naik...tak boleh lama...huhu..

da lama Qaíd tak demam macam ni, masa IQ kat pejabat sebelum IQ tahu Qaíd demam tu, terdetik hati IQ, "da lama Qaíd tak demam, kuat badan dia" lepas tu balik2 je Qaíd demam...huaaaa...seorang ibu memang kena berkata baik dan elok2 je untuk anak...kalau tak...jadi la macam ni..huhu...maafkan ibu ed...ibu akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu ni..huhu

dan bila dah ada dekat pejabat hari ni, mula la rindu anak, risau anak tu baru nak sihat, cemane la dia agaknya di rumah pengasuh tu..yes, bila anak tak sihat, memang dia nak dengan ibu dia jer, pantang ke tandas sekejap, ke dapur sekejap, semua nak melalak...sebelum tu, tak heran pun ibu dia pergi mana....huhu..alahai anak ibu sorang ni..

moga anak ibu baik2 sahaja di rumah pengasuh, ok, nak text pengasuh dia kejap..huhu..

till then, bai...


kemain senyum, nampak orang yang tak pernah kenal terus peluk...
di wad kecemasan zon kuning hospital ampang

Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga cepat sembuh qaid comel.

    ReplyDelete
  2. alala demam pun comel senyuman tu. get well soon baby boy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyum menggeletis tu, terima kasih aunty nadia =)

      Delete
  3. Budak kalau demam waktu malam terutamanya kena pantau betul-betul
    Mudah naik panasnya. Kesian dia... moga terus sembuh ye Qaid sayang..
    Bagi hati ibu senang sikit masa bekerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak, malam2 la paling risau, ibu dia ni sampai kena set alarm, sebab tidur mati kak..huhu...terima kasih kak...huhu

      Delete
  4. Semoga Qaid cepat sembuh. Aaminnn..

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)