Advertisement

Responsive Advertisement

Cerita Hari Baru 2017

Salam Tahun buat semua!

dah masuk 3 hari bulan baru nak ucap. Well, tahun baru kan cuti, of course la memanfaatkan cuti yang ada. Tak der online sangat, pakai handphone untuk ambik gambar kenangan sahajer, nak upload pikir suploh kali dulu. hihi.

So, anak-anak dah start sekolah kan? mesti comel jer tengok kerenah anak untuk hari pertama. IQ sendiri walaupun anak baru setahun lebih, nak hantar dekat pengasuh pun macam nak hantar ke sekolah. Tambahan plak seminggu lepas tak hantar ke pengasuh sebab mak sedaranya cuti. So, seminggu la tak jumpa pengasuhnya. Memang drama nangis la masa hantar dia pagi tadi. Sedih tengok dia nangis nak ikut tapi hati kena kental. Nak cari rezeki buat anak. Sobs.

Hari ni pun mungkin efek cuti selama 4 hari kan, punya la lambat haa pergi kerja, seminggu tak hantar anak ke rumah pengasuh pun dah buatkan IQ terbiasa lewat. Lepas tu, mula la nak pecut kereta laju laju. Tapi bila start kereta je, aiyak...kereta kena blok. Biasa la, parking bukan banyak. Lepas tu park depan sekolah, dah tahu hari ni budak start sekolah, confirm kena blok punya.

Pasangan kekasih malam tadi punya pasal laaa..elok2 ada parking, si bf duk pujuk si gf, lepas tu si bf park kereta tengah2 jalan nak masuk parking. Dah kena parking jauh semalam, menapak la IQ dan adik ipar + Qaid dengan beg2 nya nak naik rumah. Sebal tengok perangai manusia yang tak bertimbang rasa. Kereta je besau, otaknya kecik. No tolerance at all. *sakit hati betul ni* haha!
Nasib baik ada brader2 yang tunggu binik2 dorang setelkan anak dekat sekolah tu alihkan motor2 dan kereta yang double park pun dah alihkan kereta dia. Terima kasih kerana menolong saya. =P...

Then, pecut laju laju pergi kerja. Kereta viva jer, pecut sampai 120km/j. Bahaya tapi tu la rutin pagi2 kalau dah lewat...wuuuu...tetiba plak ada satu kereta myvi ni masuk line kanan tetiba dan bawak kelajuan cukup2 makan je lajunya. Rasa nak marah jugak sebab tetiba IQ kena brek dan slow...rasa macam nak cucuk je kereta tu, tapi lepas tu ternampak plak brader bawak motor putih, topi putih dekat tepi jalan.

Fiuhhh...Allah tu nak tolong kau lagi IQ, kalau laju depan brader tu tadi sah2 kena kejor. haha! Nasib baik kereta myvi tu tolong pelankan kau. kiki...Alhamdulillah..selamat...terima kasih myvi...lepas tu bawak kereta cukup2 makan jugak kelajuannya...dengan harapan, boss tak nampak IQ datang lewat..hihi..

Sampai pejabat lewat 20 minit. Kebiasaan lewat 10 minit jer. aiyok. Esok kena awal lagi sebab hari ni kereta tak banyak, ibu bapa ramai yang ambik cuti sebab anak nak start sekolah kan? so, esok confirm jem yang power punya. Bersiap sedia lah! haha~ by the way, kemain la bawak bekal macam biasa pagi2, tapi sekali hari ni, bekal tertinggal atas meja...huaaa..lapor...sobs..

tragis betul pagi hari kerja tahun baru ni. mencabar betul...huhu..apa pun bersangka baiklah selalu, Allah S.W.T. dah atur yang terbaik untuk kita. Hanya tinggal kita yang perlu sentias berdoa kepada-Nya memohon kesejahteraan kita semua. Permulaan hari yang baik, tahun yang baik untuk kita semua.  InsyaAllah.

Sekian.

Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum IQ,

    Kalau di pejabat saya lambat kena halau balik pastu HR akan tolak cuti, huhuhu

    Tadi pagi saya pun tergesa-gesa dtg keja.. byk pulak kenderaan hari ni..

    Selamat Tahun Baru 2017..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Waaa...kne halau ke? Strict nye..huhu...aah..byk kndraan ble da start sekolah ni.

      Selamat tahun baru!

      Delete
  2. hehe betul ada benda jadi yg kita x suka tapi baik utk kita.

    syg nya dah ada bekal tinggal. takpe ada rezeki lain tu hehe.

    happy new year! moga tahun ni lebih baik utk IQ dan Qa'id

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Alhamdulillah laa brader topi putih tak nampak IQ bawak laju. Hihi.

      Syg sgt. Huhu. Tapi memang diganti dgn lebih best. Petangnya sambut birthday ofismate. Dapat makan kek crepe. Hehe.

      Thanks nad. Selamat tahun baru juga!

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)