Ketenangan Itu Ada Bila...

7:20:00 AM

-- --

Salam semua.

Genap minggu ketiga Arwah Suami IQ pulang kepada Penciptanya. Dah kenapa kan IQ seminggu sekali baru nak update blog? Huhu. Banyak benda sebenarnya dah berlaku sepanjang tempoh seminggu ni. Pening memang pening. Tapi nak buat macam mana, ketenangan IQ hanya bila IQ berada di sini....di Melaka ini...

IQ letak jawatan IQ sebagai Scheduler atau pun planner dari company yang IQ baru join 4 hari. Ketenangan yang IQ harapkan tiada bila IQ berada di KL sana. Mungkin disebabkan anak IQ pun berada di melaka, dan IQ sendiri masa tu berada di KL. Rindu pada Arwah tak terubat, inikan anak pula jauh di Melaka.

Masa IQ nak balik ke KL dari Melaka tempoh hari pun punya IQ sebak. Nak lambai tangan pada anak pun tak mampu. Ucap bye2 pun nak mencebik bibir. Sedihnya Ya Allah....IQ gerak ke kubur Arwah sebelum betul2 gerak ke KL. Pilu. Allah sahaja tahu perasaan IQ masa tu. Tiadanya mereka berdua dalam kehidupan IQ memang buat IQ tak tentu arah. Lumrah seorang isteri dan juga seorang ibu.

Dikuatkan hati selama 3 hari bekerja di tempat baru. Namun, hati tidak kuat. Masuk Hari keempat IQ minta untuk letak jawatan. Ingin cari ketenangan terlebih dahulu. Ada rezeki akan kembali ke sana. Alhamdulillah. Boss korea IQ sangat memahami. Ditawarkan lagi bekerja di sana jika keadaan IQ dah pulih. InsyaAllah...

namun IQ masih mencari peluang kerja di Melaka, biarpun peluang kerja sebagai planner di Melaka teramatlah tipis. Mungkin akan kembali sebagai Site Engineer ataupun Project Engineer. Jawatan ni selalu lelaki yang pegang. Tapi IQ tetap nak cuba. InsyaAllah. Ada rezeki, ada la nanti.

Ketenangan IQ ada bila IQ berada di melaka. Sampai hati rasa macam nak settle down di sini sahaja. Bukan di tempat lain. Keputusan memang macam terlalu awal. Tapi iye lah, IQ perlu fikirkan masa depan IQ dan Qa'id. Orang mungkin mudah mencadangkan, tapi bukan mudah IQ nak laksanakan. Yang hadapi semua tu IQ, bukan sesiapa.

Apa jua keputusan yang IQ ambil, itu semua sudah berpuluh kali difikir, bukan main taruk buat keputusan. Bukan mudah....bukan mudah...selama IQ berkahwin, IQ akan ambil pendapat Arwah, tapi sekarang segalanya bergantung pada IQ sendiri. Pendapat orang lain hanya IQ boleh dengar dan pertimbangkan. Kalau baik, boleh IQ ambil, kalau tak baik, mohon maaf IQ ucapkan.

Rindunya dekat Arwah. Rindu nak gelak sama sama. Rindu nak berbual tentang segala benda. Rindu tentang segalanya.

Al-Fatihah.

You Might Also Like

5 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. salam takziah... semoga sntiasa tabah utk mghadapi hari2 akan datang..

    ReplyDelete
  2. inshaAllah apa yang baik bagi IQ, itulah yang terbaik. Ameen

    ReplyDelete
  3. Reen doakan semua urusan IQ di permudahkan.

    ReplyDelete
  4. Aku doakan Allah mudahkan urusan ko izyan. Kalau ada info kerja kat melaka aku bgtau ko. Take your time, rehat, istikharah banyak-banyak eh. If you ever need anything, bagitahu je tau. Jaga diri izyan..

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers