Kisah Yang Tak Tercerita

11:12:00 AM

-- --
Salam hari jumaat.

Baru berkesempatan nak menaip, nak kata sibuk tu tak jugak, internet rumah seminggu down sebab kabel TNB yang supply untuk internet kena potong oleh geng geng MRT depan kawasan rumah tu. Dorang terpotong, jadinya internet seminggu nan hado, duk tengok cerita yang didownload aje....bila internet da ok, Hypp TV pulak buat hal...Adehhh~ IQ pakai Hypp TV sebab malas nak langgan Astro cekik darah tu. hihi...tapi bertabah la kalau tak ada internet...

Minggu lepas mak mertua ada buat rumah terbuka. Tetiba je! Dapat arahan kena balik kampung. HAHA! Kebetulan adik mak balik raya dari Jeddah kan...so, ambik kesempatan buat bacaan yassin dan selawat sama.

ambik gambar orang je la, si kembar tu anak acu (adik mak), si baju biru menantu acu, si baju hijo adik ipor IQ, si Qaid dan jugak Adam Naufal!! Adam sama umur dengan Qaid, cuma lahir dua minggu awal jer. yeay! Qaid dah ada geng ngulor mengaji dengan opah dah lepas ni...haha!

Setel rumah terbuka, cuti satu hari. IQ sekarang kerja nak cuti jer, nak habiskan cuti sebelum berhenti kerja bulan depan kan? diaorang tak bayar cuti yang tinggal, so cuti je la IQ sekarang....

By the way, minggu lepas kitaorang kena pindah ofis, saja buat kenyatan kata kena pindah tapi masa pindah IQ tak tolong pun sebab tetiba kena pergi site, konon ada meeting tapi rupanya discussion je. Blerghhh...so, ada la IQ tangkap gambar ofis buat kenangan kan...ofis ni tempat interview dulu dulu, tempat nak bergosip bagai...seronok la ofis ni...ofis sekarang tak best...tak happening...haha!

apa apa hal pun IQ tak heran sangat. tak lama lagi pun IQ tukar kerja baru, yang akan dirindu hanyalah kawan sekerja, bukan pejabat mahupun boss...haha~

pejabat 6 dimensi.

Actually IQ nak tanya masalah blog dekat korang ni...siapa yang jawab pertanyaan IQ ni nampaknya dia baca pos IQ ni sampai habis...haha! kan? heee..got you!

Siapa perasan bila kita update pos, pos terbaru kita tak keluar di bloglist sendiri mahupun kawan kawan mengikut masa yang sebenar? Pos kita akan keluar lepas satu atau dua atau tiga hari selepas kita pos....tak best kan? Serius tak best! Kawan kita baca blog post yang dah lama! Dah basi...huhu...lagi satu nak masuk giveaway ke contest ke mesti tak best...huhu...terlepas semua...no wonder jugak traffic macam low sangat...kenapa yer? ada yang boleh bagitahu jawapan?

ok la, till then. jangan lupa drop jawapan dekat bawah, IQ curious giler nak tahu kenapa...huhu..help meeee...

bai!

You Might Also Like

4 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Jadi mcm tu ek bloglist..xperasannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. reen kena cek tau, sebab kita tak kan perasan tapi kalau kita tahu blog kita ada dalam bloglist kawan2, kita boleh tau...

      Delete
  2. Nadia jadi mcm tu jugakk. Tak tahu kenapa huhu ingat nadia je kene mcm tu. Ada yang lepas 8jam br punblish. Tp skrg dh awal skit but still not in time. Tgk setting timing semua okay ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nad? try search kat google, tapi masalah ni macam pernah berlaku 2-3 tahun lepas, ke sebab google dah tukar .com kepada .my? haihhh..penin den

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers