Hampir Terkena Dengan Yun Nam Hair Care

1:30:00 PM

-- --

Salam semua..

Hari ni IQ nak cerita pasal pengalaman sebenar IQ. IQ ingatkan kisah IQ ni hanya picisan, mungkin tak ramai senasib dengan IQ, tapi bila IQ google pasal Yun Nam ni, berjela keluar cerita pasal Yun Nam, IQ pun mengeluh, 'Kenapa aku tak gugel dulu sebelum pergi? Huaaaaaa'

Hari apa ntah minggu lepas, IQ tengok Malaysia Hari ini, ada la segmen Yun Nam Hair Care, dia ada buat contest jawab soalan yang budak tadika pun boleh jawab. Betul atau salah. Jawab pakai sms. Gatal pulak tangan IQ taip masa tu ditambah husband IQ pun iya iyakan ajer. Lepas dah send mesej, baru IQ tersedar, "alaa, nanti no.masuk sistem diaorang la ni" macam kena pukau betul, dah buat baru nak menyesal, perangai perempuan betul!

Lepas tu, menjelang tengahari, dapat mesej. Panggilan yang masuk voicemail. Try call balik. Rupanya Yun Nam. Katanya IQ menang jawab soalan dan dapat satu sesi rawatan percuma plus set rawatan hair care. Dia tanya tarikh untuk temujanji. IQ set Jumaat petang. tapi terfikir nak buka puasa..dia cakap siap dalam masa dua jam, so..sempat la nak berbuka..lewat 10minit ke 20 minit je katanya..

Jumaat menjelang. Kepala tengah migrain. So, tak jadi pergi. Plan nak cancelkan aje. Tapi rasa sayang jer. Nampak kesungguhan Yun Nam ni bila sehari sebelum, setengah hari sebelum, 3jam sebelum, sejam sebelum temujanji semua dia akan call untuk remindkan...thats why terjadinya bila IQ mintak dia postpone temujanji...masa tu IQ dah terbaring dekat rumah...plan nak cancel tak jadi...tukar isnin petang...

Isnin pun menjelang tiba. Habis kerja, pick up Qa'id, then tunggu husband balik. IQ pergi Yun Nam dekat The Curve. Parking dekat IKEA sebab parking The Curve mahal, sekali masuk mahu RM10 untuk dua jam!!. Bersungguh nak pergi tebus hadiah kononnya...biarpun husband dah remind, 'jaga jaga kalau diaorang promote ape-ape'

Masuk Yun Nam, terus rasa macam makhluk asing, yes, IQ memang tak berseri masa tu, mekap tak pakai, memang pucat habis, baru balik kerja kan? ...someone like perempuan kampung masuk bandar? hehe. Staff Yun Nam semua tengok IQ semacam jer...kurang asam jugak...diaorang boleh tanya IQ, ada apa? Tak kan la nak cakap nak tebus hadiah kot? IQ pun cakap ada appointment.

IQ sebenarnya risau jugak masa mula mula, kang diaorang bagi pakej mahal mahal kang..IQ double confirm dekat kaunter, yes, dia cakap ni untuk 1 free treatment + 1 free set hair care...ok..lega...husband dan Qa'id masa tu ikut IQ..bila IQ dah masuk dalam...diaorang keluar..

Dipendekkan cerita...masa consulatation, yes...sangat bagus...penerangan consultant pasal kelemumur IQ yang banyak lepas scan kepala IQ...IQ memang ada masalah kelemumur...so, first suggestion dia untuk buat rawatan kulit kepala...step by step dia terangkan....dan dia bagitahu harga untuk rawatan kulit kepala berharga RM400++...erkkk..cakap free...kenapa kena bayar? Rupanya, yang free hanyalah satu part daripada 5-6 part sesi rawatan tu! erkkkk...part yang free hanyalah part kedua SAHAJA! 


Set pameran dalam bilik consulatation (Untuk keseluruhan step)

IQ pun cakap, nevermind, try yang free tu dulu....then, dia bawak ke tempat cuci rambut, dia cuci rambut IQ, letak spray itu ini..and then cuci..masa cuci, dia kutip rambut IQ yang gugur untuk buat report....lepas cuci, dia letak rempah ratus atas kepala IQ untuk rawatan memberi vitamin pada rambut...then, sementara tunggu rempah ratus tu kering, report dah siap...pergi bilik consultation kejap..

Dia dah susun rambut IQ cantik cantik, baby hair dan jugak rambut biasa. Lepas tu, dia da sediakan pakej yang sesuai dengan IQ yang bernilai RM4000++!! erkkk....IQ datang untuk tuntut hadiah, then, dipromote dengan pakej ribu riban ni....dorang tak tahu ke IQ ni jenis berkira sangat tentang keluar masuk duit belanja rumah? haha!! Dah ler gaji da kering, elaun dengan claim pun tak masuk lagi masa tu...berangan la nak buat rawatan ribu riban ni..

IQ tolak pakej tu, dipromote plak pakej lain...RM1900++...boleh installment dua tahun plak dah...rasa macam nak ambik tapi bila difikirkan, baru je nak rasa bebas hutang, dah ada makhluk nak suruh buat hutang balik, memang K.O la...so, IQ tolak lagi...IQ cakap IQ tak ada bajet untuk pakej mahal mahal macam ni...then, promote lagi pakej RM500++...yang ni macam nak terpengaruh dah...tapi fikirkan lagi nak pakai duit untuk raya nanti...haihh...last last bagi alasan kena tanya suami...

Mujur suami IQ blah dari situ awal awal tadi...kalau tak, mahunya lagi senang kerja diaorang. IQ settle lepas tu, tapi terbeli shampoo RM68 exclude GST...sebab IQ memang perlukan shampoo sekarang, pek trial yang dia bagi tak cukup bagi IQ, sebab tak include shampoo pun...

Sampai dekat kaunter, nak bayar...manager dia cakap, kenapa beli shampoo je? Ambik pakej RM500++ dapat free shampoo jugak, plus 10 sesi rawatan lagi...IQ cakap tak per la, nak tanya husband dulu, and tahu tak dia cakap apa pulak lepas tu? Dia cakap, "you sendiri tak boleh buat keputusan ke nak kena tanya husband you dulu?" Masa tu IQ dah tersentap...last last cemane boleh terjawab, family planning..adushh..kau ingat nak rancang keluarga ke IQ ooiii..haha! Macam nak tergelak dengar jawapan sendiri. Then, dorang let go IQ pergi sebab fikir IQ pergi tanya husband IQ tapi sebenornya IQ pergi buat selama-lamanya daripada Yun Nam tu..heee

Staff dia yang uruskan IQ tu ok jer, manager dia jer lebih lebih. Yelah, tak dapat sale daripada IQ kan? Nasib la kau Yun Nam. Cuma Bagus Yun Nam ni sebab ada sediakan kudapan untuk IQ berbuka. Jamah kurma, milo dengan biskut kering satu. 

Itulah kisahnya pada hari isnin lepas. Pengajaran buat semua. Actually, apa yang IQ dapat daripada Yun Nam tu bukan lah hadiah, sebenarnya memang Yun Nam bagi sesi rawatan trial untuk semua orang. Contest dekat TV tu hanyalah gimik. Blerghh...marketing strategy sangat!

Sorry kalau baca cerita IQ ni panjang sangat, geram plus lega...biasa la..haha!

Bai~

You Might Also Like

6 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. nadia pun banyak baca kat blog org psl scam yun nam ni. nasib baik IQ tak terkena. try pakai selsun blue, utk nadia so far ok. murah byk dr yun nam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nad, husband IQ dah remind tapi IQ tetap nak try...mujur lah tak terpengaruh dengan tawaran diaorang.

      IQ dah try selsun blue dlu, tak jalan...plus rambut berlipat ganda gugur...huhu

      Delete
  2. normal lah tu IQ..kalau kita ni jenis mudah terpengaruh, memang habis lah kita..org yg cam tu akak lah tu...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, alaa kak, standard la kan...nama pun perempuan...perempuan mudah tertarik dengan tawaran hebat...walaupun sebenarnya tak berapa nak hebat pun..hehe

      Delete
  3. yun nam memang selalu buat macam tu, termasuk jugakkan yang buat product2 pelangsingan bagai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu kak, tiga serangkai....yun nam, london weight dengan new york skin care tu..same je la tu

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers