Kenduri Kahwin Kawan Baik di Johor

11:30:00 PM

-- --
Salam semua.

Fiuhhh, baru la boleh menarik nafas lega SIKIT sebab kerja yang hampir sebulan buat nak sampai ke penghujungnya...tak siap lagi tapi boleh la nak rilek rilek sikit..huhu..

Dalam kesibukan kerja yang melampau, IQ tetap cari peluang untuk pergi kenduri kawan baik IQ yang tak asing IQ ceritakan dalam blog IQ ni...kawan baik IQ zaman belajar dekat universiti lagi...si Farah Zulaikha....akhirnya bertemu dengan calon yang terbaik buatnya...

Masa Farah tunang bulan 11 yang lepas, IQ plan nak pergi tapi IQ hanya mampu merancang, Allah S.W.T. yang tentukan semuanya. Seminggu sebelum Farah bertunang, Arwah Ummi IQ tetiba jatuh sakit. Saat saat Arwah mula sakit dan koma selama dua bulan...

Kali ni, IQ cari juga peluang untuk hadir ke majlis pernikahan Farah dan juga majlis kenduri kahwinnya. Tak kira la IQ ada training course di pejabat IQ..semua IQ skip untuk dia sorang...yelah, kahwin kawan sekali seumur hidup, training course bila bila boleh ambik, cuma berbayar ke idok jer la...hehe~

IQ ambik cuti jumaat tapi khamis IQ EL sebab Qa'id demam panas...minggu tersebut family IQ memang kena virus demam yang kritikal..sampai balik melaka pun IQ yang drive, sebab husband IQ langsung tak boleh drive...demam sebab tonsil...tau tau je la dengan sakit kepalanya lagi.... IQ demam tapi tak teruk mana, mampu la nak drive...huhu...

Dah dah, berbalik kepada majlis nikah Farah. Majlis nikah Farah jumaat malam, jadi, dari Kota Damansara ke Melaka, petang sikit ke Chaah, Johor. Mujur Jasin dengan Chaah tu tak jauh. Lalu jalan dalam ambik masa sejam jer...lalu highway pun sejam jugak tapi pusing jauh...so, guna jarak yang paling dekat...thanks Google Map..hehehe

Kata Farah, nikah lepas Isyak. Plan nak pergi rumah dia daripada homestay lepas Maghrib. Pergi rumah nenek Farah still tak ramai orang. Qa'id macam nak tidur tapi biarkan Qa'id dengan ayahnya dulu. Jenguk bilik pengantin, Farah still tengah make up.

Orang start ramai tak tau daripada pukul berapa sebab IQ cuma duduk dalam bilik pengantin. Tup tup orang dah panggil pengantin keluar. IQ jalan belakang farah tetiba kena duduk dengan pengantin pulak atas pelamin.

Alhamdulillah, Farah selamat menjadi isteri kepada Aminuddin dengan sekali lafaz. Alhamdulillah. Syukur sangat. Tak sangka kawan baik yang sorang ni dah kahwin...*sebak kejap..huhu..

My dear Farah Zulaikha dan suami, Aminuddin. Selesai akad nikah.

Biasa lah, nak ambik gambar dengan pengantin tapi tak der orang nak tangkapkan. hehe
Selesai majlis akad nikah, terus balik homestay, Qa'id dah tidur dengan suami dalam kereta...alahai, kesian buah buah hati ibu..

Esoknya majlis, pergi lewat sikit. Plan nak tunggu wanie dan keluarganya tapi terawal sikit. Pergi rumah pengantin, Farah masih bersiap. Tup tup wanie pun sampai...then, 3 stooges lengkap di majlis perkahwinan...ecececeeee..

Dulu IQ kuruih, tapi sekarang paling bam bam antara bertiga.  Tak sangka plak baju sedondon dengan wanie ni sedondon dengan pengantin pulak..

Geng geng satu kos civil dekat utm. Plus budak tecit menempel dekat ibu dia..

IQ tak dapat nak stay lama2. Plus pengantin lelaki pun lambat sampai..konon nak balik dah, tup tup pengantin lelaki sampai....siap dapat tengok adegan kena bayar tol lagi....seronok betul kenduri dekat Johor ni...pengantin perempuan tak payah nak beria keluar pergi dekat pengantin lelaki, tunggu je dekat pelamin...sonang koje...tak penat nak jalan dengan kasut tinggi..hehe..

Sempat lagi pengantin santek...sambil tunggu orang bayar tol

Last but not least gambar kami bersama atas pelamin nan indah lagi permai...pfttt...ayat kemain!
*contrast saturation gambar telah diubah..bagi power sikit*
BY THE WAY, I JUST FALL IN LOVE WITH THE PELAMIN...SO GORGEOUS!!

Tahniah buat Farah dan suami...semoga kekal ke akhirnya....


Gambar dengan suami + pengantin tak der sebab kitaorang tak stay lama lepas pengantin lelaki sampai, plus suami IQ pun sakit kepala sangat sangat. Perjalanan balik ke Jasin Melaka pun IQ yang drive. Family wanie follow belakang sebab dorang pun nak pergi melaka...berkonvoi sampai Tangkak.

Malamnya suami IQ dah tak tahan sangat, pergi hospital dapat ubat terus elok. Kalau tahu ubat hospital berkesan daripada ubat klinik, memang pergi hospital dulu sebelum ke kenduri kahwin...haihhhh~

Ok lah. Selamat pengantin baruuuuu....semoga...kekal abadiii....bahagiaaaa....

AMIIN. 

K.bai~


You Might Also Like

4 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. memang sebak kawan baik kahwin, rasa suami dia rmps dia dari kita hahahha! tapi dlm ms yg sama happy utk dia kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu...betul sangat sangat tu nad...alahai....sebak...

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers