Patah Tumbuh Hilang Berganti

2:42:00 PM

-- --
Semalam IQ sekeluarga follow family husband IQ survey kereta second di area Kepong dan Gombak. Quite interesting la rupanya kereta second ni. Kalau pandai cari memang boleh dapat yang berkualiti dengan harga yang rendah berbanding harga asal kereta.

Kitaorang pergi tiga tempat. Satu dekat kepong. Satu dekat kepong tapi arah nak dekat batu caves dah dan satu lagi dekat sri gombak. IQ sampai rasa nak beli kereta second sebijik bila fikirkan kereta sekarang ni kecik dan muat muat je kalau nak jalan jauh..huhu tapi hold dulu...plan nak cari rumah dulu apa apa hal pun...

Dekat tempat kedua kitaorang pergi tu...IQ pakaikan Qa'id kasut. Macam dalam gambar. Kasut converse. Tunjuk la dekat atok dengan opah dia..tapi kasut tu longgar sikit. Selalu pakai stokin tapi semalam tak pulak. 

Last last, bila tengah adik ipar pegang Qa'id..sedar sedar dah tinggal sebelah da kasut. Adehhh..jenuh mencari bawah kereta yang banyak tu tak jumpa jugak. Nampak anjing je ada bawah kereta tu. 

Orang yang jaga kat situ pun cakap tak nampak kasut Qa'id ni. Kecewa kejap. Baru je beli. Baru kali kedua pakai. Huhu. Dah tinggal sebelah da..orang kat situ cakap mungkin ada anjing gonggong dan bawak lari kasut tu bila tiba tiba jatuh kan. Tak ada rezeki Qa'id dengan kasut tu. 

Dah tinggal sebelah jer, tak ada kawan dah dia ni...

Lepas daripada tu, dah setel book kereta, kitaorang hantar adik ipar naik bas dekat TBS. Bila dah nak balik, adik ipar yang lagi sorang belikan Qa'id kasut baru. Terima kasih dekat Pak Ngah Qa'id belikan Qa'id kasut baru....


TADAAAA! Kasut Superman! Ada bunyi lagi tau! hee
Macam biasa la, ibu dia lak excited. wiwiwiwi....hilang kasut, dapat yang baru...bila pakai nampak comel jer. tapi kasut ni still besar dengan Qa'id..tapi ok la...tak senang untuk tercabut..hee

Tunggu opah atuk datang KL lagi bila nak ambik kereta...heee~

Ok.Bai!

You Might Also Like

6 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers