Terjumpa Dato' Siti Nurhaliza Di Pembukaan Butik Creación + Shopping Di Jakel Mall

10:40:00 AM

-- --
Salam monday blues semua,

Semalam family mertua IQ ajak IQ pergi Jakel Mall. Macam biasa pagi ahad selalunya IQ ke Car Boot Sale Kota Damansara dulu, last last dapat mesej dari encik suami bagitahu yang mak mertua nak shopping kain di Jakel...berdesup balik siapkan diri dan anak....encik suami tak ikut sebab kerja...

Sampai di Jakel Mall, park dekat belakang sikit...dengar bunyi bising-bising...rupanya ada pembukaan butik...rupanya pembukaan butik Dato' Siti Nurhaliza iaitu Creación. IQ macam biasa buat lagak biasa konon dah biasa jumpa artis ni....tapi mak mertuaku lagi excited bila jumpa Dato' Siti ni...yelah..bukan selalu...




IQ ambik gambar dari jauh je pada mulanya...IQ fikir family IQ nak cepat...so, sekejap2 dekat sini kira ok la kan...

TAPI...


Mak mertuaku dan adik ipar lagi advance, siap beratur ambik gambar dengan Dato' Siti...wahhh..ini sudah lebih...nak jugak! 


So, ada la gambar dengan Dato' Siti plus dengan adik ipar perempuan yang paling bongsu ni...


Misi mencari kain baju raya di Jakel Mall, memandangkan tahun ni IQ beraya belah suami IQ, diaorang nak cari yang seragam untuk wanita wanita ayu dalam family... XD
IQ jenis suka kain yang nampak cantik + kain sedap terus sambar...



Cantik kan? IQ prefer beli time diaorang buat HAPPY HOUR..masa tu boleh la nak dapat kain sepasang RM50 untuk kain yang berbelas semeter...yang kat atas ni contoh kain berbelas semeter, ada la dalam RM16.00++...kain sedap dan cantik...

Kat Jakel Mall ni staff dia sampai berebut nak tolong potongkan kain...sampai merajuk2 dengan kawan sekerja dorang...yelah, potong kain dapat komisen..sapa tak nak kan? dalam resit bayaran pun ada tertera nama si pemotong kain a.k.a. si promoter...dari kain kitaorang yang sepatutnya sepasang sorang jadi dua pasang sorang plus 3 pasang untuk mak mertua...punya kemain hebat staff tu promote...ishhh ishh ishhh..


Ayah mertua dan Qa'id...bobot atok sangat...


Tetiba ada gambar adik ipar ni...macam suspicious plak..haha! 


Budak yang tak banyak ragam, nak susu ragam sikit-sikit...kalau nak tidur, lentok je kat mana-mana...senang sangat..


Ok la, tu jer nak cerita...
BAI!

You Might Also Like

6 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Nadia pun dah beli kain sepasang utk raya. yg lain nnt beli siap je hehe. tapi beli kt kamdar je hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ fikir nak beli siap je, tapi family mertua dah ajak, follow ajer ler..heee

      Delete
  2. CT tu sweet dan peramah dari dulu sampai sekarang. Buat semua org suka kan:)
    Cepat beli siap-siap jahit. Kakak dah mula jahit sikit-sikit dari sekarang. Kalau boleh bulan puasa tak nak pegang mesin jahit lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak boleh menjahit yer? kan best kalau sy pn pndai menjahit..huhu

      Delete
  3. kalau uncle ada kat situ, uncle pon nak selpi dengan CT satu das!

    hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu sy confirm mmg uncle xlepaskan peluang jugak kan...sy thu uncle suke selfie...hehe

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers