Car Boot Sale Kota Damansara

11:30:00 PM

-- --
Salam semua.

IQ pernah cakap dulu kan IQ nak cari tempat untuk jual barang terpakai. Dan rupa-rupanya jualan barang terpakai ni dekat sangat dengan rumah IQ..jualan barang terpakai ni dipanggil Car Boot Sale sebab opkos kita buka boot je untuk menjual. HEee..

IQ suarakan niat IQ untuk bercarboot sale ni dekat adik IQ. Oleh kerana adik IQ ni ada baju yang melambak tapi pakainya sekejaaap sangat, maka dia amatlah berminat nak join. Niat IQ nak buat CBS ni sebelum ummi IQ meninggal lagi. Rumah di Karak pun kena clear so, makin banyak barang nak dijual/didermakan.Niat tertangguh hari ke hari, minggu ke minggu, sebab IQ lebih utamakan balik Pahang untuk jenguk arwah ummi...sampai la Arwah kembali ke rahmatullah... *Al-Fatihah*

Hari Ahad lepas IQ berpeluang join adik IQ. Kenapa adik IQ yang jual dulu? Sebab memang dia la paling bersemangat nak buat CBS ni. Dia siap buat survey, dengan suami dia siap call organizer sume untuk join.. Alhamdulillah, Ahad lepas kali pertama kami join CBS di Kota Damansara. CBS Kota Damansara ni 5 minit je dari rumah IQ sebab IQ tinggal dengan Seksyen 4. Dekat sangat dengan kawasan Gulamee ni.

IQ join adik IQ lambat sikit. Bangun-bangun terus cari barang nak jual dan terus gerak ke tapak. IQ jual barang-barang kahwin IQ dulu. Rumput hantaran, bunga pelamin, bunga hantaran. Semua tu IQ jual balik..Alhamdulillah...semua habis dijual..cuma ada dua tiga bunga jer yang tak dijual lagi...

Adik IQ plak jual koleksi peribadi. Baju, barang-barang koleksi, beg..minggu depan adik IQ join lagi...katanya nak jual baju lagi...tapi kali ni, lagi banyak...Insya-Allah...jemput la datang yer!


Suasana di CBS Kota Damansara. Kereta sorong tu menarik kalau ada anak dua orang kan..hee

Sesi round round dengan adik. Adik cekup topi untuk suami dia. RM5 jer, jenama Columbia plak tu...memang berbaloi.

Tarikan kami? Kereta pink ni la. Nak cari sonang jer yop!

Akak sebelah ni ramah sangat. Lepak lepak sambil bual bual layan panas terik. Huhu

Antara barang koleksi peribadi. Next time barang lain bakal muncul. 

 N last but not least. Opkos IQ dan adik IQ. Muka penat adik IQ tu, tak cukup rehat. Tidur lewat bangun awal...kesian...

So, kalau ada kelapangan, datang la ke CBS Kota Damansara ni. oh, lupa nak cakap, CBS Kota Damansara ni setiap hari Ahad dari pukul 7.00pagi sampai pukul 12tengahari. Bagi IQ kan, kadang jualan camni bagus kalau kita rasa kita tak perlu sesuatu barang, tapi mungkin ada orang lain boleh manfaatkannya..kan? 

Ok la, till then. Bai!

You Might Also Like

2 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Jauh sgt rumah ko ni. Kalau dekat jb ke boleh aku join. hahaha

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers