Advertisement

Responsive Advertisement

2015 Tahun Suka Duka

Salam semua.

IQ nak highlight peristiwa yang besar berlaku sepanjang 2015. Tak banyak. Ada la satu dua.

Januari 2015.

IQ disahkan mengandung. Excited pun ada. Takut pun ada. Berulang cek dengan pregnancy test. Tak cukup dengan pregnancy test sendiri, jumpa doktor untuk mengesahkan. Alhamdulillah. Rezeki daripada-Nya.

March 2015.

Morning sickness teruk! Tapi sebenarnya bukan morning sickness pun tapi evening sickness! Benda ni sebenarnya terjadi sebab perut kosong. IQ memang terkenal dengan perut kosongnya memang meraung bila kena evening sickness ni. Asal balik kerja, mesti meluru pergi bilik air. Membuang isi perut. Balik kerja memang tak boleh nak singgah mana-mana. Berlarutan sampai bulan puasa. Memang masa mula2 bulan puasa memang tak boleh singgah mana-mana bazar ramadhan. Kalau nak singgah pun, tak boleh lama-lama. Huhu.

Julai 2015.

Raya pertama sebagai seorang isteri. Dan perkara paling best, dapat raya dengan family belah IQ! In case, mungkin sudah suratan dapat beraya dengan ummi buat kali terakhir sebelum ummi jatuh sakit sekarang. Terima kasih dekat mak mertua bagi peluang kat IQ untuk beraya dengan family IQ. 

September 2015.

Title IQ berubah. Menjadi seorang ibu. Pengalaman paling berharga. Walaupun pada mulanya IQ memang takut. Takut nak menghadapi proses bersalin. Dan yer, memang pengalaman yang IQ tak lupa, sakit lebih 12jam. Dan akhirnya keluar seorang anak lelaki pada tanggal Hari Malaysia.

November 2015.

Tanggal 13 November 2015, pada pukul 5 setengah petang, ummi IQ dengan tiba-tiba diserang strok. Sebelah badannya lumpuh pada ketika tu. Apabila sampai di hospital, ummi IQ tak sedarkan diri sampai saat ini. Ada pendarahan di dalam otaknya. Matanya celik tapi macam mata anak patung. Tak ada reaksi. Sekarang dijaga sepenuhnya oleh kakak IQ yang sulung. 

22 November 2015, adik perempuan IQ bernikah dengan pilihan hatinya, yusuff. Pernikahan sepatutnya pada 4 Disember 2015, tapi terpaksa diawalkan disebabkan keadaan ummi IQ yang sakit. Majlis resepsi diadakan pada 5 Disember 2015.

Disember 2015.

Ulangtahun pertama IQ dan suami. Tak ada sambut kat mana-mana memandangkan 5 Disember tu adik IQ buat majlis resepsi diaorang di FRIM Kepong. Seharian di sana sebab kakak IQ dan familynya tak ada, jaga ummi IQ di Pahang. Maka, IQ yang uruskan majlis adik untuk hari berkenaan. Alhamdulillah. Berjalan dengan lancar. 

Namun, suami IQ buat kejutan untuk ulangtahun kami. Plan asal nak makan luar lepas dapat kejutan. Tapi last last order pizza delivery. Lepak depan tv anak beranak. Tak ada candle light dinner ape ade hal. Janji makan bersama. 

----

Tu-lah antara peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2015. Penuh suka dan duka. Memang menjadi kebiasaan, tiada yang gembira sepanjang masa, mesti ada terselit kisah duka. Kita tak akan tahu. Dan yang pastinya...orang lain tak akan pernah tahu kedukaan kita apabila yang kita perlihatkan kepada mereka hanyalah senyuman manis sepanjang masa.

Selamat tahun baru 2016 kalian. Moga tabah menghadapi dugaan dan cabaran tahun hadapan. Bersiap sedia untuk menghadapi kemelesetan ekonomi yang kritikal! *eh, termasuk bab ekonomi plak daaa....prepare before trouble beb...kau apa tahu...haha

Bai!

Post a Comment

3 Comments

  1. Happy new year IQ. May 2016 treats you better :)

    ReplyDelete
  2. Mak MD pon pernah kena stoke.. Alhamdulillah sekarang dah boleh jalan semua.. Banyakkan doa and selalu bagi beliau semangat.. Apapun Selamat tahun baru.. Somoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya inshaAllah.. MD singgah follow sini..

    ReplyDelete
  3. tahniahnyer ., sukaduka memberi keinsafan

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)