TCE Baby Expo di Shah Alam Convention Centre (SACC)

11:47:00 AM

-- --


Tu dia kemain mak mak kan? Dah alert dah kalau ada expo baby, dulu alert bila ada sale kat butik, ada expo buku je...hahaha~ Yang ni memang dalam target IQ dah lama..IQ ingatkan sebelum IQ bersalin ni, tak der da expo baby diadakan dan IQ kemain down....yer la, ada satu expo baby tu dalam tempoh IQ berpantang nanti...dan...tuptup muncul expo baby ni...happy giler!!


Okeh, bila expo ni diadakan? Start hari ni sampai AHAD tau! Bertempat di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam. Tak jauh la dari rumah IQ. Celah sana sini InsyaAllah sampai...heee...pernah pergi SACC masa sebelum kahwin dan of course la pameran kahwin kan? hehehe~ Kemain...


Antara barang yang diberi diskaun kaw-kaw...memang rugi sapa yang tak ambil peluang ni. Terdapat banyak jenis famous untuk barangan baby dan ibu di expo ni...uishh...ok...tak sabar...tak sabar...


IQ ingat nak cari satu yang ni. Bagi keselesaan baby bila tidur dalam carseat...ke terlalu awal nak beli? Ke macam mana? Harga dia pun macam best....tapi hold dulu...kita survey dulu...huihuihui...


Pouch Sling ni pun macam best jer nak beli...ala ala kendong boleh freehand gitu. hihi....murah tuuuu..sepuloh hengget je mak mak oii~ ok...rambang mata sudah nak pilih yang mana satu..huihuihui~


Haaaaa....yang ni memang dalam target, hari tu masa shopping barang baby tak dapat nak beli sebab plan tak nak beli banyak KONONnyerr...tapi bila dah balik, dan dengar nasihat orang sekeliling, nampaknya boleh la beli lebih sikit sebab berat baby tak der la naik mendadak dalam tempoh dua bulan kan? So, boleh la beli esok...check list boleh tick dah lepas ni..


IQ memang nak cari minyak yang boleh hilangkan parut. Along IQ pakai bio oil ni, tapi kesan dia macam tak berapa nak cepat sangat...ingat nak beli Dermatix....ke korang ada suggestion lain? Parut bersepah kat peha dengan betis...haha~


Ok, yang ni plak macam best~ macam organiser gituuu...senang nak bawak ke mana mana. boleh la nak aim benda ni jugak....heeee.....


Ok, apa yang korang tunggu lagi? Jom ke TCE Baby Expo ni, mana tau ada yang berkenan di hati. Untuk info lanjut boleh search event TCE Baby Expo ni di Facebook. Banyak barangan lain yang boleh didapati di sana....jom! IQ pergi esok pagi. heeee~

Bai!

Izyan Balqis. 2015.

***ini bukan iklan berbayar.

You Might Also Like

3 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Baby seat utk dlm kereta mesti ramai yg beli kali ini sebab tak lama lagi dah nak implement semua baby dalm kereta mesti duduk dlm baby seat kan..

    ReplyDelete
  2. bestnye tgk brg baby..geram je..:)

    ReplyDelete
  3. Alaaa kenapa la jauh sangat..
    Tak lah jauh mana tapi nak g sana adui..
    Mesti murah kan..


    3 kisah semua wanita wajib baca

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers