Advertisement

Responsive Advertisement

Mengidam Musang King

Salam semua...

Selamat hari senin. Huihuihui. Rasa macam tak wujud jer hujung minggu tu...kan? Sebab tetiba jer da kena start minggu baru balik. Huhu...naseb la kau jah, udah bekerja kn...huhu..

Hujung minggu lepas tak plan nak balik kampung di Karak, sepatutnya balik Melaka, tapi memandangkan family mertua tak jadi pindah rumah dan ada majlis plak di Bentong, makanya terus ke Bentong plak kita minggu lepas...hujung minggu ni nak balik Karak lagi, si adik plak nak bertunang...haishhh....nasib baik si suami faham, dan berkata "3minggu berturut turut balik Karak, nanti tak dapat nak balik Karak dah sebab pantang kat Melaka" fuhh...macam paham2 lak si suami tu...

Di Bentong, ada majlis pertunangan kakak kepada bestie, iaitu kakak wanie, kak izzatie. Family wanie dah jadi rapat dengan family IQ gara2 family IQ dan Wanie ni rupanya ada bau2 bacang. Yelah, orang terengganu kan...rupanya ada kena mengena walaupun asalnya si wanie tu hanyalah roomate masa IQ di UTM. Sape sangka kan?

Okeh, sape tak tahu durian best selalunya dari Bentong Pahang. Durian musang king selalunya dikatakan antara yang tersedap dan termahal dijual. Disebabkan daripada bulan puasa lagi musim durian ni telah bermula, maka tak sah la kalau setakat melihat orang berpusu2 singgah di tepi jalan untuk beli durian yang best tu.

Tetiba plak IQ teringin nak makan musang king. Hari tu da bedal durian D24. Kali ni nak rasa musang king plak. Beli pun tak jauh dari rumah. Rumah IQ di Karak tapi masih dalam daerah Bentong, depan taman IQ tu berderet orang jual durian. Ada d24, d7, d9...dan jugak musang king. Tapi orang bernasib baik jer dapat musang king sebab stok dah tak banyak...lepas IQ beli musang king kat satu gerai tu, terus sold out. Gerai sebelah pun tak der stok dah...nampak tak kelarisan musang king tu....
Tapi harga musang king ni memang antara yang termahal jugak la. Kalau beli kat KL mungkin boleh cecah 38 ringgit sekilo. IQ dapat 26 ringgit sekilo. Tu pun kurang dua ringgit jer. Uncle tu tak nak bagi 25 ringgit. Tak bagi can. Huhu. IQ beli semua, 3 biji dan jumlah kena bayar 82 ringgit. Haaaa..3kilo lebih jugak tu...demi baby yang nak rasa musang king kan....*padahal mak baby yang nak..huhuhu

Tapi disebabkan IQ dah terbaca kat satu post di FB berkenaan makan durian ketika mengandung ni, IQ berjaga2 jugak...Musang king ni antara yang paling panas kalau dimakan...IQ cuma makan dua ulas durian pada petang tu...dah berpusing baby IQ dalam perut...memang minum air masak banyak2...kesian kat baby kepanasan..

Esoknya IQ makan lagi musang king tu. 3 ulas plak kali ni. Ummi IQ pun cakap pasal petua makan durian. Nak elak panas badan, minum air letak dalam pangsa durian tu. IQ try la buat macam tu, memang baby dalam perut pun kurang berpusing walaupun IQ makan 3 ulas durian tu. Kadang IQ fikir tu semua mind set tapi ada baiknya dengar cakap orang tua tua ni. Heeeee

Puas hati dapat musang king. Isi padat. Memang sedaappp...hehehe...mai la ke bentong kalau nak makan durian. Heeee..

Ok lah. Till then...
Bai!!

Izyan Balqis. 2015.

Jangan terliur tau. Heeee..

Post a Comment

5 Comments

  1. hr tu time puasa kitorang dapat musang king free hehe rezekiii. nak beli tak mampu.

    ReplyDelete
  2. memang terliuq la kan.. sedapnyaaa.. nasib dah pekena hari tu, nampaknya nak kena lagi sekali la kan

    ReplyDelete
  3. Nasib baik la tak mkn durian. Hehe. Kalau tak dh terliur dh ni. Hehe

    ReplyDelete
  4. nurul aula~ haaa...pekena la lagi sekali selagi ada musim...

    aisya~ alaaa, kenapa tak makan durian? hilang nikmat orang malaya.heee

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)