Majlis Pertunangan Adik Perempuan

11:15:00 AM

-- --
Salam semua.

Hari sabtu lepas, adik perempuan IQ selamat jadi tunangan orang. Majlis buat kecil-kecilan sahaja, sambil buat rumah tak berapa nak terbuka yang hanya didatangi kawan kawan sekolah adik yang bongsu. Hehe.


Mak buyung interprem awal awal jer. Lepas tu terus jadi jurugambar tak berbayar. Lama tak pegang kamera nak tembak tembak, dan malam tu terus out. Meraung suruh encik suami urut badan. Hamek...

Rombongan sampai lewat setengah jam. Tapi in case makanan jamuan pun belum sampai. Mintak mak sedara masakkan, memang perghh..sodaaapp...Setel berbalas pantun, setel tunjuk cincin dan sarung cincin....maka adik perempuan IQ bertukar lah status menjadi tunangan kepada tunangnya, si Yusuf menyengih tak sudah...hehe..seronok benau yer...



bakal mak mertua pun kemain senyum. alahai... XD


buat simple pun rasa meriah. Alhamdulillah =)


hamek, kemain gedik nak tunjuk. berinai bagai..sape yang mekapkan? pengantin yang mekap sendiri. tak ada sapa pun mekapkan dia. heeee...


dan memang planning dari awalnya... hari pertunangan adik perempuan tu dibuat pada hari ulangtahun ummi IQ. Ummi IQ 8 Ogos, dan adik perempuan tu pun 5 Ogos ulangtahunnya...jimat sambut sekali...kek dibawa khas dari Kota Damansara...heeeee...

Setel semua acara, maka malamnya IQ meraung kesakitan, sakit badan cheq oittt...sakit giler! nak duduk tak kena...last2 terbaring atas katil jer..huuu...tengah shoot gambar adik bertunang tu, boleh plak cramp peha ni haaa...macam-macam...lepas tu cramp tapak kaki...ishhh ishh ishhh..mak buyung memang tak boleh nak ambik job shoot la kalau da sarat ni...hehehehe~~

ok la...tunggu hari besarnya pula disember nanti. Insya-Allah...

Sekian. Bai!

Izyan Balqis. 2015.

You Might Also Like

5 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Tahniah adik IQ. Cantik hehe. Simple is always better :)

    Dah sarat kene mengarah je x blh beraksi dah hehe

    ReplyDelete
  2. tahniah utk adik.. selamat dh jadi tunangan orang..
    :D

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaa...

    Mak buyung bile duee ni..

    ReplyDelete
  4. nadia~ tu la, kena retired buat sementara...huhu

    ezy loy~ terima kasih buat pihak adik.. =)

    cikrenex~ jangan puji lebih2..nanti kembang semangkok hidungnye..haha! due bulan 9 nanti...huhu

    ReplyDelete
  5. Wow Comelnya adik you. heheh putih.
    Takpa siapa lagi nak tolong bukan kakak kan hehe.
    Takpe penat penat pastikan cukup kalsium k mesti segar bugar badan

    Tips cerahkan kulit dengan mudah

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers