Advertisement

Responsive Advertisement

Kasut Baru Lagi Untuk Encik Kereta

Salam semua,

Dugaan lagi. Baru je lepas tukar dua biji tayar sebelum raya yang lepas. Ada IQ update kat blog (klik di sini). Tup tup kena tukar lagi. Staff pusat servis tu memang da warning suruh tukar 4 biji tayar sekaligus tapi yela, nak raya, bajet memang ngam ngam jer. Sebiji tayar masa tu dah RM140 jenis Goodyear saiz 12. So, masa tu just dapat tukar dua dan kekalkan dua tayar yang best condition. 

Dan semalam, akhirnya tamat riwayat salah satu tayar yang konon best condition tu. Tayar tu dah start menggelembung sebelum ni dan akhirnya meletup! Mujurlah tak meletup masa kitaorang dalam perjalanan. Alhamdulillah Allah masih lindungi kitaorang suami isteri dan juga baby dalam perut ni. huuuu~~


Keadaan tayar selepas dibuka dan dipasang tayar spare buat sementara waktu. Besi memang terkeluar habis, permukaan memang nampak macam haus sebab tayar tu menggelembung dan bila kita bawa kereta, kita akan rasa kereta bergegar walaupun kelajuan hanya 90km/jam. 

Kenapa tayar menggelembung? Sebab tayar dah tamat tempoh penggunaannya. Kereta IQ ni produce dalam tahun 2013. So, tayar pun MUNGKIN ambik yang tahun sekitar tu. Jadi, tayar pun expired dan start gelembung sana sini.


Mujur ada kedai yang buka, tapi yelah, hari ahad kan? IQ pergi kedai tayar kat area Kota Damansara ni pun dalam pukul 10 pagi, kedai baru nak buka, diaorang baru nak sapu sapu lantai, kemas tools diaorang...komputer nak tengok stok tayar pun baru nak on....memang awal betul. 

IQ plan nak balik Karak kejap semalam, mestilah balik awal pagi sebab balik hari kan? tapi tertangguh kejap sebab tayar pecah ni...huhuhu~

Kedai tayar ni bagus. Setiap kerosakan yang baru akan dimaklumkan kalau kita nak tukar. Kalau tak nak pun tak per. Itu atas pilihan kita kan? IQ pilih untuk tukar beberapa item lagi sebab harganya boleh dikatakan OK jugak la...berbanding kalau kita tukar di pusat servis. Kali ni, IQ pilih jenis tayar Bridgestone sebab tu jer yang ada...Haha~~ Mungkin ada yang cakap, kedai luar murah sebab belum tentu barang ori ke tak...tapi itu semua kita boleh kenalpasti sendiri. Rajin rajin lah buat review pasal barang kereta...heee~

Ok la, kereta dah ok, senang kejap hati. Kejap je la, nanti nak kena servis plak kan....tak lama dah tu...haihhhh~ melayang lagi duit....seronok duit terbang....haha!

ok la, till then~

Bai!


Post a Comment

6 Comments

  1. pernah jugak tayar menggelembung tapi tak meletup macam IQ sebab sempat detect. Nasib uncle kedai tu bagitau, kalau tak dah terbabas agaknya.

    ReplyDelete
  2. hikhik, itulah dilema bila pakai kete kan...sy ni pon kete dh nak masuk 3tahun, rasanya x lama lagi kena tukar tayar jugak..dh la 2biji kete nak kena pikir, lagi parah n hazabedah..ekekeke...

    p/s : awak due bila??

    ReplyDelete
  3. bahayanya tayar meletup kalau tgh drive. nadia pernah eksiden sbb tayar meletup, kene jahit kt kepala 17 stitches. tu nampak gangster tu haha

    ReplyDelete
  4. @Mila Hilas:

    due 23 sep ni. ikut EDD asal mse mula2 checkup.

    ReplyDelete
  5. @Farhana Jafri:


    tayar ni meletup masa belum jalan lagi...nasib baik jugakk..huhu

    ReplyDelete
  6. @NADIA vs BERON:

    erkkk....ok, 17 jahitan...tapi tang mana jahitan tu? xnampak pn...hehe..gangster kampung ek nadia? XD

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)