Terkenang Final Exam Final Semester Final Year

12:01:00 PM

-- --

Pagi tadi pergi kerja naik motor dengan encik suami. hidup bekerja kat Kuala Lumpur, harap nak naik kereta? memang menggugat keimanan dan kesabaran korang jer. So, alternatif lain adalah naik motor. Motor lama suami yang bakal jadi hak milik adiknya lagi beberapa hari memandangkan suami nak beli motor baru. Motor idaman tu tak der la sangat kot sebab banyak fikirkan soal masa depan yang hakiki. *cewah, kekonon.

Dalam perjalanan, kalau rasa tak nak bagi mual (baby da 10 minggu,masih trimester pertama) memang IQ saja menerawang fikiran jauuuuhhh ke belakang. Maknanya mengelamun. Teringat kisah yang mungkin bagi kesan pada diri sendiri sekarang. Dan pagi tadi IQ teringat peristiwa selepas IQ tamatkan zaman belajar dengan pergi Kursus Latihan anjuran satu syarikat di bawah MARA di ibu kota Kuala Lumpur. 

Dalam tempoh latihan, ada satu ketika kitaorang pergi lawatan tapak ke satu kawasan food court. Bertujuan mempelajari penggunaan Waterproofing di tapak sebenar. Tengah-tengah ambik gambar kawasan tu, dapat call dari nombor tak dikenali,

No.Tak Kenal : Assalamualaikum, ni Izyan Balqis ke?
IQ : Waalaikumussalam, yer saya, Siapa ni yer?
No.Tak Kenal : Ni saya, Dr. ******. Saya nak tanya, keputusan subjek awak teruk ni. Awak ok tak masa jawab exam lepas? Ada masalah ke nak jawab?
IQ : (Dalam keadaan blur sebab tak sangka lecturer yang call) Aah, yer la...betul la saya jawab macam tu. Teruk sangat ke Dr.? ermmm..
No.Tak Kenal : Teruk jugak la, Carry Mark ok. Cuma Final awak ni tak memberangsangkan. Awak ok ke kalau saya kekalkan markah macam ni?
IQ : Ermm...macam tu je la kot Dr.. Tak per la, mungkin bukan rezeki saya.
No.Tak Kenal : Baiklah, kalau macam tu, saya kekalkan markah awak ni. ok. Assalamualaikum.
IQ : Waalaikumussalam Dr.

(Dialog mungkin ada tokok tambah tapi intipati tetap sama, Insya-Allah)

Sebenarnya, masa IQ jawab panggilan Dr. tu IQ memang seriusli blur sangat. Yelah, Kita dalam satu keadaan di luar kawasan yang tak berapa selesa nak berbual, ada ramai orang, nak fikir panjang untuk ingat kisah sebelumnya memang susah la kot. Lepar tu, IQ pun bercerita dengan suami (masa tu masih buah hati) tentang panggilan telefon daripada lecturer IQ tu. Well, IQ memang seorang yang mudah lupa. Dan sebab IQ seorang pelupa tu laaaaaa, suami IQ ingatkan IQ yang masa paper exam subjek tu IQ sebenarnya tengah demam panas. 

Yeaahhh~~ Memang IQ ada demam untuk satu paper masa final exam masa tu. IQ tak larat nak study, nak hafal notes semua. No wonder la result untuk subjek tu teruk sangat. Mana tak teruk, carry mark test semua power tapi bila exam jer kedebummm jatuh. Nak buat macam mana, takdir IQ begitu. Frust jugak la sebab subjek tu boleh dikatakan subjek yang senang nak skor. Apatah lagi subjek elektif kan, subjek yang kita pilih sendiri dan kita rasa kita mampu untuk skor subjek tu.Tak per lah, takdir IQ begitu. Redha jer la.

Pengakhirannya result masa keluar senarai tampal? sobs, IQ lupa yang IQ dapat C atau B, rasanya B sebab B adalah paling teruk dalam subjek. Tu sebab macam IQ cakap, subjek tu ramai boleh skor. Mostly dapat A. Tak per. tu bukan rezeki IQ. Terima seadanya. 

Keadaan lepas tak boleh ditukar balik. Kita hanya boleh mengenang kesilapan kita sahaja. Belajar daripada kesilapan walaupun ada yang beranggapan belajar daripada kesilapan sendiri adalah orang yang looser. Orang yang berjaya adalah orang yang belajar daripada kesilapan orang lain. Tak per, hal yang ni belajar daripada kesilapan kita, hal lain belajar lah daripada kesilapan orang lain. Ye dak? THINK POSITIVE OKAY!

Till then.

See ya.

***Kita tak akan belajar kalau kita tak silap. betul ke?


You Might Also Like

0 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers