Advertisement

Responsive Advertisement

kAhWiN 4…SeRoNoK kEr?

salam hari jumaat buat semua!

IQ nak buat topik bincang-bincang sempena hari jumaat nih…tajuknya macam tajuk entry nih…

apa pendapat korang…mengenai kahwin 4? adakah hanya untuk seronok? adakah menuntut sunnah Rasulullah? atau…bagaimana?

pendapat IQ…sebagai seorang perempuan…yeahh~ mana ada perempuan yang suka dimadukan…kan? tapi adakah lelaki betul-betul kesah kalau perempuan tak suka lelakinya kahwin lebih dari satu…?

kebanyakan lelaki sekarang [tak semua] yang berkahwin lebih daripada satu hanya kerana nafsu, bukan tuntutan sunnah…mereka hanya fikirkan keseronokan bukan tuntutan…jika kita lihat sekarang memang kurang masalah berkaitan kahwin ramai sebab tak ramai nak meluahkannya isi hati masing-masing…terutama para isteri yang dimadukan…dan masalah sekarang hanya banyak berkaitan dengan kahwin dan cerai…kenapa cerai? kerana para isteri tidak rela dimadukan…betul?

kalau korang nak tahu, masalah yang seringkali berlaku apabila lelaki berkahwin lebih daripada satu adalah KEADILAN…jarang lelaki boleh berlaku adil sepenuhnya apabila sudah berkahwin ramai…

contohnya nafkah zahir dan batin…lelaki lebih cenderung melebih-lebihkan isteri muda daripada isteri tua…segala keperluan akan dilebihkan pada isteri muda, perkara utama diberitahu kepada isteri muda…isteri tua pula bagaimana? hanya untuk menjaga pakai dan makannya sahaja…

perkara utama bila lelaki ada niat hendak berkahwin ramai mestilah berfikir tentang anak-anak…anak-anak akan menerima impak yang besar kesan kahwin ramai…sebab, keperluan anak-anak akan kurang dititikberatkan…anak-anak terpaksa menerima keperluan yang ala kadar…ataupuun tidak cukup…dan mental anak-anak pun akan terjejas…kenapa terjejas? kerana suami dan isteri akan sering bergaduh…kan?


hati anak perlu dijaga bukan hati yang bernafsu perlu dituntuti!

mungkin orang ramai belum ambik kesah pasal hal nih, kerana nampak macam tak bermasalah sangat, tapi bila sampai kemuncaknya, iaitu apabila si isteri sudah tidak mampu menahan perit…si isteri yang akan mintak cerai…

dan berlaku la penceraian akhirnya…dan apabila timbul kes perceraian, baru masyarakat sekeliling nak ambik kesah…dan mula berkata sana sini…pada asalnya, tak ambik kesah tapi sekarang, nak jaga tepi kain orang plak…

kenapa IQ boleh terdetik nak berdetik untuk berkata tentang hal nih? sebab ramai lelaki yang IQ kenal pasang niat nak berkahwin ramai, yeaahh~~ memang mulut senang berbicara tapi hakikatnya? sengsara yang menanti…

yang berjaya menempuhi hidup bermadu, tahniah IQ ucapkan dan pada yang sedang sengsara, tabahkan hatimu…perjuangkan hak anda!

cukup sampai di sini.sekian.

*** macam pelik kan IQ boleh buat entry macam nih…well, just wondering apa nasib sebenarnya isteri dan anak-anak apabila insan bergelar suami atau ayah yang berkahwin ramai!

Post a Comment

3 Comments

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)