PuTiK JaMbU gOlOk = gAjUs ?

6:55:00 PM

-- --

pelik? pelik la sebab bila berlainan negeri, kita akan dengar bermacam-macam jenis bahasa…ye tak?

okeh, ini adalah kesenimbungan daripada bahasa Terengganu…bahasa daerah Dungun yakni kampung belah abah IQ…tok [inenek] IQ memanggilnya dengan panggilan putik jambu golok….asalnya putik jambu golok ini diambil dari buah jambu golok [orang terengganu panggil la kan]…bahasa luar plak IQ tak kaji plak…heee~~

putik ini dipisahkan dari buah jambu dan dibakar dalam satu kuali yang penuh dengan api…nak tengok macam mana? macam niii….

Image002
ini tokki [atok] IQ…tengah bakar putik jambu golok a.k.a. gajus yang dimaksudkan…bakar sampai legam ok!

lepas bakar, nak bagi cepat sejuk, tanam putik jambu tu dalam pasir, nasib baek la pasir kat belakang rumah tokki IQ tu pasir warna putih…kenapa putih? sebab rumah tokki IQ tu da dekat dengan pantai…so, pasir putih ler…heee~

lepas tanam dengan pasir, dan bila da sejuk…da tiba masa untuk mengetuk untuk buang kulit legam tu…macam mana caranya? lihat video di bawah nih, adik IQ akan tunjukkan kat korang macam mana nak ketuk..heee~

haaa…amacam? faham? kalau faham? bagus laa…hasilnya? heee…

IMAG0785 (3)

tadaaaaaa!!!

pernah nampak buah ni di pasar-pasar raya? pernah kan? yang korang makan tu mesti mahal kan? sebab apa mahal? sebab prosedurnya pun susah~ kan? nak sedap lepas buang isinya, letak garam ke…perisa ke…apa je ikot selera korang…tapi bagi tokki IQ…dia suka makan gajus ni dengan air teh O panas…perghhh~~ kecur air liuq IQ….

sekian itu sahaja dari IQ~

happy holiday ok!

sticker IQ2

*** ini je la yang IQ mampu post buat korang, heee~

You Might Also Like

2 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. menarik..
    memang mahal kalau beli tapi nak rasa sanggup je..

    ReplyDelete
  2. meh2...kita bakar, ketuk sama2 dan makan sama2 ek~ heee~

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers