JiRaNkU sAyAnG~

2:54:00 PM

-- --

salam kepada semua, apa kabar? amacam cuti? bosan? sama laa…hee~ bagi menghilangkan kebosanan korang, meh sini IQ nak cerita sket, pasal jiran IQ…ni bukan ngumpat..tapi sebagai teladan bersama~ meh kita baca~

1

IQ ada satu je jiran iaitu di sebelah kiri rumah IQ…sebelah kanan rumah IQ ni cuma ada semak samun, so..jiran IQ tu satu-satunya jiran dengan bentuk rumah dan kaler rumah pun sama, hanya rumah kami yang kembar yakni sama, dengan rumah laen tak sama sebab kami tak berada di satu tempat perumahan, sekadar di tepi pinggir jalan utama~

2

jiran IQ ada sorang anak yang kuat sangat menangis, tapi suka bermain…dia akan bermain sorang-sorang kat luar rumah…kalau dia nak menangis, dia akan nangis…kalau nak meraung, meraung la dia sorang-sorang~ dulu masa keluarga IQ baru-baru pindah kat situ, kitaorang cuba la nak ramah mesra, bagi juadah, macam-macam la, anak dorang tu kitaorang ajak maen dengan adik IQ yang bongsu tu tapi sambutan kurang baek, sebab keluarga jiran IQ ni kurang mesra sket….dia tak benarkan anak dorang maen dengan adik IQ tuu~ juadah yang kitaorang beri pun dipulangkan balik…errkkk?

3

setiap kali IQ kuar rumah, tak kira la nak sidai baju ke, nak basuh kereta ke, mesti ada yang ngintai…terutama? sila lihat gambar di atas…pasangannya pun lebih kurang jugak…balik kerja je mesti pandang ke arah rumah kitaorang…kiranya macam skodeng la kan…dulu masa ummi IQ sakit tengah malam, kitaorang bising-bising nak pergi hospital pukul 3 pagi tu pun IQ perasan dorang duk ngintai, bukan nak tolong…tanya pun tak~ ishhh3~

4

yang peliknya, bila IQ terperasan dorang duk tengok/lihat/skodeng kitaorang, pandai lak nak sembunyi…tapi tak pandai nak cover, bley plak tutup pintu sekuat mungkin…haihh~~ dan ada jugak masa pintu rumah dorang dihempas sekuat hati oleh sesiapa je dalam rumah dorang tu setiap kali kitaorang balik dari keluar rumah…GEDEGANG skali…GEDEGANG dua kali…naseb baik la pintu tu berkualiti, kalau tak..mau tercabut/pecah pintu tu agaknya~

5

yang ni paling latest, masa IQ dan adik beradik IQ kemaskan rumah bahagian ruang tamu dan jugak ruang tengah tempoh hari…memang agak kecoh la kalau kitaorang kemas rumah…apatah lagi kalau IQ yang jadi ketua pembersihan hari berkenaan…memang kecoh habes, macam-macam bunyi ada, bunyi vakum, bunyi perabut, bunyi IQ menjerit mintak tolong pun adaa~ haha!

6

tengah-tengah IQ sibuk aturkan perabut dalam rumah tu, terdengar la jugak bunyi yang sama dari rumah sebelah….haihhh~ kemas rumah jugak…satu sifat yang da lama kitaorang perasan…sifat copy paste~ adesss~ yang ni buatkan kitaorang tergelak…dari pemakaian, penggunaan teknologi, rutin harian, semua nak copy~ anak dia yang tak biasa tengok pun duk copy dari adik perempuan IQ tu…tak paham IQ jadinya~

banyak kali jugak la family IQ ada masalah yang boleh ditolong oleh mereka tapi tindakan mereka? buat bodoh je…masa ummi IQ kena sengat lebah, dorang tak tolong pun…duk tengok je ummi kena sengat, adik ayraf pun kena…sedih bila jadi macam tu, yang dorang kesahkan, anak diaorang yang asik maen kat luar tu kena sengat lebah~ haiihhhh~

7

MORAL OF DA STORY : IQ bukan nak buruk-burukkan sesiapa, namun ini diharuskan jadi teladan di mana hidup berjiran mestilah bertegur sapa, jangan jadi kera sumbang, tak baik orang cakap…tanpa jiran, susah untuk kita menghadapi masalah apabila berseorangan dan tiada bantuan dari ahli keluarga yang laen… hmmm~ mungkin dorang tak tolong kitaorang tapi Insya-Allah, kitaorang akan tolong dorang jika mereka memerlukan kitaorang~ heee~ yang penting jangan berdendam! ingat tuu!! Smile

sekian.

*** sapa yang tak ada jiran kat rumah korang? salute la korang sebab boleh independent sorang-sorang~ haha! Smile with tongue out

You Might Also Like

6 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. jiran belah kanan i cina,belah kiri india..

    yg india tu ok la jugak..
    time deepavali dy bg maruku or pape even dy x ramah sgt.

    tp yg cina tu,huh mmg sakit aty.
    ble ktOwg bukak lmpu kt beranda uma,trus dy tutup lampu kat branda dy. nk jimat lah tu. mmg bingit ler.

    ReplyDelete
  2. hooo,stalker sangat jiran sebelah =_=

    ReplyDelete
  3. org melayu ke?
    haha. .racist gila ;DD

    ReplyDelete
  4. semoga jiran IQ tu berubah la..kita duduk berjiran kan? :)

    ReplyDelete
  5. hahhhahha!!!! lawak ar...like komen syaims!! hahahha

    ReplyDelete
  6. nak wat camne...idop berjiran...apatah melayu kena la tolong same2 melayu kan? huuuu~~~

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers