kOmUnItI bLoGgEr Di fAcEbOoK

11:37:00 PM

-- --

sekali lagi ini adalah luahan pendapat IQ…kalau terasa, IQ mintak maaf bebanyak awal-awal lagi~ sebab ini IQ rasa sebagai salah seorang komuniti blogger itu~

IQ tak nak sebut komuniti blogger apa yang wujud di dalam facebook tu sebab yang pastinya korang semua tau kan? okeh, baguslah kalau korang tau group apa yang wujud dalam facebook tu….sekarang IQ nak tanya apakah perasaan korang kalau masuk group yang tak dilayan oleh komuniti itu sendiri? okeh, memadai la kan sebab ramai komuniti lain dalam group tuh, namun, macam pelik la kan, entry/post orang laen yang dikenali ramai, dilayan begitu baik sekali, namun pada yang jarang masuk group, bila say ‘hye’ tak ada yang sambut….apatah lagi kalau gambar profile berdua means couple…bersangkut paut ke?

IQ terasa sket dari lubuk kecil hati IQ sebab IQ tak dilayan dalam group-group nih…kita memang nak cari kenalan dalam komuniti nih, tapi tak perlu la nak memilih dalam nak berkawan…nak cari yang single, yang hensem, yang cantek…tak adil laa~ kita nak cari ilmu  dan bertukar pendapat dalam dunia blogging ni bukan setakat nak bersosial….

IQ baru masuk satu group dua tiga hari lepas, dan IQ baru je tinggalkan group tu sebentar tadi….kenapa IQ buat macam tuh? sebab perkara lama berulang kembali, tulis komen tak dilayan! padahal IQ komen dalam post orang laen….dorang boleh plak sambung bercerita bagai….damn! siyes terasa hati siot! dirasakan tak wujud hanya kerana gambar profileku ‘couple’…adil sungguh korang nih~

orang cakap, kalau tak mulakan macam mana kita nak kenal….ye! IQ akui itu semua namun, rasanya da banyak kali gak la IQ buat macam tu, tapi tetap di’bolayan’kan…siyes! tak ada guna group ini ditubuhkan kalau hanya memilih blogger cantek/hensem.popular dan sebagainya~ blogger otai pun sering post mengenai hal ini, supaya tak mudah alpa…apa tujuan berblogging nih…bukan sekadar menaip, meng’publish’ je~

kalau nak dapatkan follower melalui group di facebook ni memang senang la kan kalau dapat kenal ramai kenal blogger tapi kalau blogger sendiri memilih blogger untuk menjadi kawannya? apecer plaknya tuh kan? kalau tengok follower tuh 400++ tak jadi mustahil la sekarang sebab ramai yang boleh nak show link kat group tuh dan biarkan orang follow…yes! IQ pernah buat camtuh dulu, tapi tu dulu, IQ da tawar hati nak buat camtu bila kejadian itu berlaku…follower IQ sekarang hanyalah atas kehendak follower sendiri….dari awal IQ berblogging selewat tahun 2009 hinggalah sekarang, tanpa buat sebarang contest ataupun segmen…IQ peroleh follower sebanyak itu~

biar la korang nak cakap IQ nih bebel apa….tapi IQ rasa IQ patut suarakan demi korang sedar hakikatnya…mungkin ada ramai lagi yang senaseb dengan IQ dan menulis tentang perkara ini….mungkin ada yang terus-terusan memboikot komuniti di facebook ini…IQ tak der buat macam tuh lagi…walaupun IQ da tinggalkan satu group, satu group lagi masih ada sebab kelihatan macam lengang disebabkan kewujudan group baru yang diperkatakan…bak kata orang la kan, sekejap je riuhnya, pastu senyap ler…

walau apapun, majulah dunia blog selagi kita mampu~ menulislah dan luahkan apa yang bermain di fikiran anda, bukan hanya menulis perihal diri sendiri…ingat kembali kenapa kita berblogging ini~

ok la..sekian..selamat malam

see ya!

*** bebelan malam hari…tapi siyesly! IQ da serik!

You Might Also Like

4 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers