kOrAnG pErNaH kEnA cUlIk? iQ pErNaH!

6:22:00 PM

-- --

selamat petang semua..ok..mood IQ da bertambah pulih sekarang..terima kasih pada yang bagi sokongan pada IQ, IQ hargai sangat-sangat..sayang sangat-sangat!

melihatkan pada tajuk, IQ nak tanya pengalaman korang dulu..korang pernah kena kidnap? apa korang rasa? wang tebusan ada tak? haaa..macam-macam persoalan kan bila timbul soal culik nih…dan pada zaman sekarang, kalau da kena kidnap, nak berjumpa dengan ahli keluarga balik hanya tinggal 0.001%  je..betul tak cakap IQ nih? dunia sekarang makin kejam kan? IQ da makin seram nak duk sorang-sorang tepi jalan raya, bila-bila masa je ada orang naik van, berenti depan IQ, humban IQ dalam van tu..huh! mintak simpang ler~

okeh..IQ nak cerita ni berdasarkan pengalaman IQ masa IQ kecik-kecik dulu..ok! walaupun IQ masih kecik masa tu, dalam umur 7-8 tahun masa tuh, IQ da boleh la nak fikir orang tu orang jahat ke tak…bermula kisah bila ummi IQ mintak IQ ke kedai belikan barang…tak tau la barang apa, barang nak masak kot, IQ pun da lupa, masa tu pagi lagi…masa IQ nak pergi kedai tu pun IQ tak mandi pagi lagi [ok, ni la sebabnya IQ susah nak mandi pagi sampai sekarang, sebab dari kecik da macam tu!]

IQ pun ambik beskal chopper IQ dan memboncengnya..korang tau kan beskal chopper camne? rugi korang tak pernah tengok…beskal tu jadi beskal turun temurun femly IQ…beskal besar, tapi tayar kecik..ok2..sambung cerita…ummi IQ akan tengok IQ berbasikal sampai dia tak nampak IQ..so,nak dijadikan cerita, start IQ keluar dari pagar rumah IQ, IQ diekori oleh seorang pak cik tua yang agak selekeh la..bawak beskal gak macam IQ…dia follow IQ dari belakang bermula dari depan rumah IQ lagi…

lebih kurang la macam beskal IQ masa tu…cuma handle tu macam besar sangat..haha! [gambar sumber goole]

then, konon nak tunjuk dia ni genteman kot, [masa tu ummi IQ masih nampak IQ lagi dari jauh],dia suruh IQ bawak beskal betul-betul..jangan bawak tengah jalan sangat..konon takot kena langgar dengan kereta la kot…well, jalan kat situ just jalan taman kot..tapi IQ fikir positif, IQ just ikut la apa pak cik tu cakap kan? so…pak cik tu terus ikut belakang  IQ sampai la ummi IQ tak nampak [masuk selekoh]

bila ummi IQ da tak nampak..bermula la adegan jahat pak cik tadi, dia suruh IQ berhentikan beskal IQ..IQ pun berhentikan beskal la kan..ingatkan nak bagi duet syiling wat beli gula-gula la kan? rupernya tak…korang tau pak cik tu nak wat apa??? pak cik tu nak angkat IQ naik atas beskal dia…!!! dia usha line clear…then, terus angkat IQ..tapi…bila IQ da start nangis masa tu, terus je dia gelabah…yela, nak angkat IQ depan rumah-rumah kat taman tu, kalau IQ nangis, orang lain dengar, mesti kena kejar punya pak cik tuu…

at last, pak cik tu blah camtu je…IQ yang nangis melalak kat tempat kejadian tadi pun berenti bila tengok pak cik tadi da blah..menjadi jugak helah IQ kan? padahal memang penakot! yelaa…sape tak takot nak kena angkat dengan orang yang tak kenal kan?? lepas kesat air mata, terus IQ pergi ke kedai, tak jauh pun kedai tu dengan tempat kejadian…dalam 80 meter je, cuma terlindung sket oleh selekoh-selekoh tajam…

then, sampai kat kedai, mungkin tuan kedai perasan ada air mata kat mata IQ, then ,dia tanya kenapa nangis…IQ cakap la ada orang tua nak angkat IQ naik atas beskal dia…tuan kedai tu boleh selamber cakap “alaaa…orang gila la tu kot” aihh..dia nampak ke pak cik tu tadi? macam nampak je kan? kalau betul orang gila pun, tak ley wat maen gak…maunya dia jadikan alat %&&*^*..haaaa! sapa nak tanggung…??

pak cik tu macam lan gambar nih..dikira macam orang gila ker?? [gambar sumber google]

ALHAMDULILLAH…naseb baek tak jadi pape kat IQ masa tu, IQ cerita kat femly IQ..diaorang semua risau..well, yelaa..kalau IQ kena culik, ntah bila IQ dapat ditemui balik kan? ntah-ntah..IQ da tak hidup da sampai sekarang…dan tak boleh nak berblogging macam sekarang kan? syukur Alhamdulillah…

amacam? korang lak camne? ce cite ce cite!

ok la..sampai di sini dulu kisah IQ…

see ya!

*** naseb baik zaman dulu tak sekejam zaman sekarang kan?

You Might Also Like

0 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers