aYaHkU sAyAnG

9:31:00 AM

-- --

aku ada suatu cerita untuk dikongsikan dengan korang semua..cerita mengenai seorang ayah…kisah benar…dan mungkin menjadi pedoman kepada insan yang bergelar ayah ataupun insan yang bakal bergelar ayah…hayatinya bersama-sama…

*****************************************************

aku ada seorang ayah..yelahkan..semua orang ada ayah…kalau tak ada seorang ayah, tak akan wujudnya aku yang sempurna sifatnya ini…Alhamdulillah…aku cukup sifatnya…muka aku pun mirip ayah…aku anak perempuan ayah ke2…aku bukanlah anak yang manja dengan keluarga aku…tak semua apa yang aku nak aku dapat…yelah…aku bukan anak yang cantik untuk mendapatkan perhatian lebih..cukup hanya kata-kata gurauan bercampur sindiran dengan rupa aku yang kurang cantek berbanding adik beradik aku yang laen…

namun, Allah itu maha Adil bukan? walaupun aku kurang dari segi rupa, aku dikurniakan otak yang agak cerdas…dari awal persekolahan aku telah menunjukkan prestasi yang baik…mungkin itu jugak menyebabkan seorang ayah menyayangi aku…sebab kecerdasan otak aku…kalau bukan otak aku, aku tak akan dapat perhatian dia…bagi ayah, aku adalah kepentingannya masa depan…untuk kesenangannya masa depan…betul ke?

aku berjaya dari suatu peringkat ke suatu peringkat…membuatkan ayah aku berasa bangga dengan pencapaian aku..dan mula mengatur masa depan aku…lepas PMR, aku ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah teknik dalam bidang elektrik namun atas nasihat ayah aku, aku terpaksa berubah bidang dengan mengambil bidang awam…mempelajari suatu yang tak ada minat aku sepenuhnya membuatkan aku semakin lemah dalam pelajaran..walau apa pun, aku teruskan juga sebab masih ada subjek yang menarik minat aku iaitu lukisan kejuruteraan…ye~~ itu subjek kegemaran aku dan aku selalu mencapai gred tertinggi setiap kali peperiksaan….dan aku mula memasang niat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang senibina suatu hari nanti di peringkat universiti nanti..insya-Allah…

habes SPM, seperti yang diinginkan, aku mula memohon senibina untuk permohonan ke universiti…namun, bila ayah ketahui, mula ayah beri ceramah..tak mahu aku mengambi bidang senibina itu…luluh hati aku…yelah..masa depan aku…keinginan aku ditolak ke tepi…skill aku ada di situ tapi demi kepentingan dirinya sendiri…tanpa mengetahui kemampuan aku, terus sahaja mengarahkan itu ini…aku geram namun demi menjaga hatinya..aku turutkan jua…aku buat permohonan kali kedua…tapi dalam masa yang sama, aku turut memohon untuk matrikulasi, maktab perguruan, dan juga politeknik…berkat kesungguhan…semua permohonan aku dapat…tapi disebabkan tawaran matrikulasi yang sampau dahulu, jadi aku terus pergi ke matrikulasi…walaupun aku dapat matrikulasi dua tahun tapi aku pergi jugak…dan sampai la satu masa…ayah telefon dan beritahu aku aku mendapat tawaran ke universiti dalam bidang awam..seperti yang diinginkannya…masa tu aku baru je berada seminggu di matrikulasi…tapi akhirnya aku membuat keputusan untuk stay di sama..malas untuk berpindah ke sana sini lagi…

namun, dengan keputusan aku itu, telah membuatkan ayah kecewa…ayah kecewa dengan sikap aku yang tidak mahu mengikut kehendaknya…setiap kali aku pulang bercuti, aku pasti dimarahi…atas sebab aku tidak mengikut katanya…aku berasa teramat sedih..kenapa ayah bersikap demikian…walaupun  aku masih di peringkat awal remaja, aku masih berfikir dengan waras…masih ada perasaan untuk dukacita dengan sikap ayah…

tempoh untuk matrikulasi hampir tamat…hubungan aku dan ayah semakin baik memandangkan dia telah menasihati aku untuk mengambik bidang awam di peringkat ijazah nanti…seperti yang dijangka.bidang awam juga dimahukannya..,padahal, niat aku ingin mengambil bidang senibina namun kerana tak nak melukakan hati ayah lagi, aku turutkan jua…aku memohon awam…Alhamdulillah..aku dapat bidang itu..dan ayah gembira sangat…

ayah ingin sangat aku mengambil awam untuk memudahkannya mendapatkan projek-projek yang besar…memudahkannya pada masa depan…supaya aku dapat menguruskan syarikatnya suatu hari nanti..walhal, aku tak berminat langsung dalam bidang awam ini..aku minat senibina..bukan awam…

sekarang, prestasi aku dalam bidang awam semakin hari semakin merosot…sem berlalu sem…keputusan aku makin tidak memuaskan…semakin hari apa yang pelajari semakin memeningkan kepala..sebab aku tak dpat memahaminya…susahnya..ayah tau ke keadaan aku begini…yang dia tau mahukan result aku gempak..kalau aku bagitahu aku tak dapat buat yang terbaik dalam subjek macam mana? adakah aku dimarahi? tapi salah siapa? ayah mahukan masa depan aku demi kepentingannya…bukan kepentingan aku..

aku buntu…tolong aku…apa yang perlu aku buat?

 

****************************************

 

***setiap jalan ada penyelesaiannya…fikir-fikirkan laa~

You Might Also Like

3 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. teringat kat arwah papa ika ble baca entry nie.. =(

    ReplyDelete
  2. ika...jangan sedih tau~~ ni cuma contoh cerita shja...

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers