Advertisement

Responsive Advertisement

Hidangan Jepun di Rakuzen, Publika

Dalam ofis IQ ni, ada 4 orang je staf perempuan termasuk IQ, so...kitaorang akan makan sekali tiap kali lunch. Dan minggu lepas, ada sorang officemate menyuarakan hasrat nak makan sushi,   SUSHI?? Satu jenis makanan yang IQ tak pernah nak telan. Tak tahu la kenapa, IQ rasa macam can not go dengan sushi ni. Tertanya-tanya jugak kenapa ramai minat makan sushi. So, lepas tu, IQ cakap IQ tak minat nak makan sushi. Tapi dia cakap, dekat tempat tu ada set hidangan jugak selain sushi. So, terus ON. 

Macam biasa, tempat makan best-best yang dekat dengan area office kitaorang memang dekat Publika jer. So, book Grabcar dan pergi Publika dengan tambang hanya RM3 sahaja.

RAKUZEN - First time IQ jejak restoren Jepun. Sebelum ni layan makanan negara lain. Kali ni layan makanan jepun pulak dah. So, secara tak langsung ada la sedikit review  untuk bahan dekat blog ni. kuikui. Rakuzen ni terletak di West Gate, Publika. Kalau naik Grabcar tu, suruh je pemandu Grab masuk West Gate sebab Rakuzen terletak dekat betul-betul sebelah pin stop West Gate tu.

SEPERTI BERADA DI JEPUN
Entrance Rakuzen. Ala ala negara Jepun, penuh buluh katakan. Tempat dia sangat exclusive bagi IQ. Sesuai kalau buat short meeting atau business meeting dekat Rakuzen ni sebab tempat duduk dia sangat private. Kalau duduk tu tak ada nampak customer meja sebelah macam tu. 
Haaa..ni la ofismate IQ yang nak makan sushi tu. Tapi end up tak makan sushi pun. hehe. Menu dekat Rakuzen ni banyak tapi IQ tak reti nak pilih yang mana satu IQ nak makan. Terpaksa IQ mintak ofismate IQ guide IQ menu ini apa itu apa. haha. 
Settle order, wefie dulu. Haaa...nampak kan macam mana meja kitaorang tu. Meja jenis macam ni banyak. So, private sangat! Kalau datang berdua, dorang akan bagi meja untuk dua orang dan bukan meja macam ni. Nampak dekat belakang tu macam duduk dalam hutan buluh kan? Sebab konsepnya macam duduk dekat Jepun sangat.
Tapi kalau dilihat betul-betul, ianya bukan dari buluh sebenarnya. Ianya hanyalah part of plastic material yang semestinya bukan kayu atau buluh pun. Nice la. Nampak macam buluh betul.

HIDANGAN JEPUN YANG UNIK
So, first meal pun sampai. Yang ni ofismate IQ order. Konon nak makan sushi, tapi tak jadi order sushi. Order menu ni. Menu ni gabungan cendawan dan daging. Rare sangat sebab tak pernah rasa pun menu macam ni. Rasa dia? macam makan cendawan+daging+kicap. Tapi cendawan dia kuat jugak la rasa dia. Kalau yang tak minat cendawan mesti tak suka makan. Bagi IQ, IQ suka cendawan, so IQ suka jugak la menu ni.
Menu kedua sampai untuk ofismate IQ. Hidangan nasi+ daging potong halus+ buah2+sup+puding cendawan?? Daging tu sedap jugak. Tak pedas. Puding cendawan tu nampak macam dessert tapi sebenarnya kena macam dengan hidangan utama sebab ianya macam telur+cendawan+buah zaitun+ayam macam tu. Rasa macam pelik sikit kalau orang tak biasa makan. Macam IQ la, termakan buah zaitun, rasa macam potong habis selera! huhu. Hidangan ni berharga RM36. Harga terpampang di buku menu termasuk segala cas. 
Set hidangan untuk IQ! Fried prawn dalam bekas bentooo. Ok la rasa dia. Tapi tak ada rasa jepun sangat sebab fried prawn ni mana-mana hidangan pun ada. Well, IQ macam kurang rasa nak try makanan Jepun. Lagi satu tak berani nak makan hidangan jenis lain sebab takut tak boleh nak telan. haha! Haaa. IQ pun dapat side dish macam ofismate IQ dapat. Tapi daripada 4 side dish, IQ makan dua je. Yang lagi dua, bagi dekat sape-sape yang nak. hehe. Hidangan IQ ni berharga RM35. 
Ni plak hidangan untuk akak ofismate IQ. Akak ofismate IQ ni suka makan ikan. So, menu yang dia pilih mestilah ikan. Ikan ni ikan saba. Betul ke tak ejaannya. Side dish semua sama melainkan main dish sahaja berbeza. Harga untuk hidangan ni RM30. Beza nasi dan ikan pun harga lain-lain dah.
Ini plak hidangan terakhir sampai untuk ofismate IQ yang teringin nak makan sushi tu. hihi. Dia pilih hidangan bento yang ada nasi dengan unagi (belut). IQ memang tak reti makan belut, so IQ tak try pun hidangan ni. hihi. Hidangan ni berharga RM48. Paling mahal antara semua hidangan. Fehh...belut memang mahal ek?

Mostly hidangan dia bagi IQ rasanya ok la. Not bad. Tapi tak kena sangat dengan tekak IQ. Mungkin sebab makanan Jepun ni tak ada rasa pedas. Kawan IQ yang cakap macam tu, IQ mengiyakan aje. haha! Untuk nak repeat lagi tu macam tak ada kot.....haha! Sebab tekak IQ tak masuk sangat dengan makanan Jepun ni. Berbeza dengan makanan Korea. Korea punya makanan ada rasa pedas, cuma ada rasa manisnya juga. 

Pilihan air dekat Rakuzen ni ada macam-macam. Tapi kalau kita order air Green Tea atau ais kosong, dorang akan top-up air korang selalu. Kalau 3x cawan korang kosong, 3x la dorang akan tanya, nak refill ke tak. Dorang akan serve kita kaw-kaw la. Akak ofismate IQ ni dah 3x dorang refill air. Balik ofis terus berkejor ke tandas. hehe. Minum air banyak sangat.

Ok la, kalau sesiapa rasa nak try makan makanan Jepun ni, boleh try makanan dekat Rakuzen ni. Rakuzen ni ada banyak cawangan. 16 cawangan ke 17 cawangan semuanya. Salah satunya di Publika. Kalau korang berada di area Jalan Duta ni, boleh singgah di Publika ni dan rasa menu makanan Jepun di Rakuzen ni. 

Klik Maps untuk lokasi tepat.
LOKASI RAKUZEN PUBLIKA

Post a Comment

16 Comments

  1. hurmm akak dah lama tak merasa makanan jepun. Last masuk time form 6 je la ...tu pun sushi king. Bila dah kawen ni, suami dan anak-anak takmo makan sushi...tak reti makan mentah katanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ pun dah lama xmakan makanan jepun, baru dpat rasa balik, walaupun xberapa nak suka

      Delete
  2. lama x makan sushi. adoiiiiii.. p sebut plak. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi la makan kak she, peminat sushi nampak gaya tu

      Delete
  3. Replies
    1. xtau, sebab tak pernah gak makan, ni pun try menu lain

      Delete
  4. suka makan sushi, tapi suami pulak kureng makan sushi ni..

    www.cikza.com

    ReplyDelete
  5. tgok entry IQ ni sedap pulak, lama tak makan sushi..

    ReplyDelete
  6. tempat menarik..lama juga tak makan makanan jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? boleh la makan lepas ni, kot2 bby mengidam. eh? hehe

      Delete
  7. nampak macam sedap je. terliur plak. tambah plak kita ni memang hantu makanan jepun. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, DP suka makanan jepun ek? baru tahuu..heee

      Delete
  8. Sya Dulu keje dalam ni..Nak Tanya korng tw ke makan mknan kt Rakuzen ni halal ke tak halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk tahu gak. apa yang halal apa yang tak halal food dalam rakuzen ni

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)