Resipi Mudah: Sayur Kobis Masak Lemak Pilihan Untuk Kanak-Kanak

11:22:00 AM

Selamat hari senin warga blog sekalian alam. Hari ni IQ sangat2 la lemau nak pergi kerja sebab semalam kena flu yang amat teruk. Bangun pagi memang tingtong, sebab malam tadi makan ubat dan bangun pagi still rasa mengantuk. Tapi nak tak nak kena bangun juga. Nasib baik baju dah gosok malam tadi, tapi tetap sampai office lewat sebab kepala masih tingtong.

Tingtong2 pun pagi2 tetap kena siapkan bekal makan Qa'id. Dalam kepala memang rasa pening nak pilih menu bekal dia hari2. Kadang2 ulang je macam minggu lepas. Tapi kena jugak pelbagaikan menu untuk elakkan dia jemu nak makan. So, pagi ni IQ decide nak buat menu yang agak lama IQ tak buat, iaitu Sayur Kobis Masak Lemak + Ikan Tenggiri Grill Dengan Butter. Untuk ikan tu IQ tak tunjuk la, saje nak bagitahu menu bekal Qa'id. heeee

Sayur Kobis Masak Lemak ni PALING SIMPLE cara masak dia. Tak perlu nak tumis2. Mudah dan cepat. Tutup mata pun boleh, haa gituu. IQ pun tahu resipi ni dari kawan office IQ. Bila tahu satu menu, seronok la IQ sebab dah boleh tambah list menu bekal Qa'id hari2. Ok, jom ushar bahan-bahan yang perlu ada untuk masak sayur kobis masak lemak ni. Resipi khas untuk ibu-ibu muda yang baru nak belajar masak lemak, macam IQ ni. hehe. Tak per, rajin2kanlah masuk dapur, nanti skill masak akan bertambah. Haaa..


Resipi Mudah Sayur Kobis Masak Lemak

*menu untuk 10 orang makan. Dewasa + Kanak-kanak

Bahan-bahan:

1/2 biji Sayur Kobis (potong ikut suka)
1/2 biji Bawang Besar (dipotong nipis)
10-20 ekor ikan bilis 
1 batang Lobak merah (dipotong panjang)
1 kotak kecil Santan (Santan perah lagi bagus)
Gula Secukup Rasa

Cara Masak:

1- Masukkan ikan bilis dan bawang besar ke dalam periuk. Terusnya masukkan sayur kobis menutupi bawang besar dan ikan bilis tadi.
2- Isi air mengikut ketinggian kobis yang diletakkan dalam periuk. Seterusnya letakkan periuk atas dapur dan buka api sederhana. Biarkan sehingga air mendidih.
3- Setelah air mendidih, masukkan santan satu kotak. Kacau untuk mengelakkan santan berketul-ketul.
4- Masukkan lobak merah dan juga garam. Kacau lagi dan lagi sehingga santan tadi pecah lemak.
5- Setelah santan dah pecah lemak, boleh tutup api.
6- Siap untuk dihidang.
Resipi Mudah: Sayur Kobis Masak Lemak
Bekal Qa'id hari ni
haa, senang tak? Senang kan? Tak perlu tumis2. Mudah sangat. Semalam IQ dapat call dari adik IQ. Hanya untuk tanya pasal resipi ni. Dia pernah makan sayur kobis masak lemak yang IQ masak. Katanya macam Arwah Ummi kitaorang masak. hehe. Tapi yang paling penting, manakan sama lauk yang kita masak dengan lauk yang mak kita masak kan? IQ rindu sangat nak rasa masakan Arwah Ummi IQ. Lauk mungkin sama, tapi rasanya tetap berbeza. huhu.
Resipi Mudah: Sayur Kobis Masak Lemak
banyak kuah dari isi, sebab budak2 kurang sayur. Qa'id suka carrot, so..lebihkan letak carrot.
Ok la, sebelum meleret2 tacingnya, IQ nak ucapkan, selamat mencuba! ok bai~

You Might Also Like

12 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Sesekali makan sayur rebus2 gini okay juga.

    ReplyDelete
  2. rajin nya ibu qaid ni...hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena masak, biar air tangan ibu dia je dia suka..hehe

      Delete
  3. Sedap ni... bukan kanak2 je suka... bapak kanak2 pun suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bapak kanak2 kena suruh mak kanak2 buat la macam tu.

      Delete
  4. saya suka kobis masak lemak.. tapi jarang buat sendiri..sebab still tak confident nak masak bersantan macam ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ pun xde konpiden sgt msak msakan bersantan...sebab tak reti sgt nk tengok santan tu pecah minyak. Haha...agak2 je bley ler

      Delete
  5. Resepi ni paling sis suka IQ, terutama bila takde idea memasak..
    Makan dengan sambal belacan pun sodap, hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh...makan dgn sambal belacan mmg sodap. Kecur air liur dibuatnya

      Delete
  6. kita suak makan sayur masak lemak ni..sedpa..tambah dengan belacan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..sume mkan dgn sambal belacan...mcm best je

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers