Advertisement

Responsive Advertisement

Layan Foodtruck di Wangsa Melawati

Assalamualaikum semua.

Bila tiba waktu sibuk ni la terkenangkan waktu lapang. Tu la orang kata, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Dah sibuk ni mulalah macam2 kerja nak masuk. Plus, bila nak pergi bercuti ni mula la boss dah sedia kerja menimbun, sebelum tu nan-hado kerjanya, sepi manjang. huhu. 

Tu sebab blog ni pun kesepian tanpa update entry. Minggu ni baru update dua entry?? Arghh, tidak!! Idea mencurah2 masuk tapi masa langsung tak ada. Bila ada masa, idea segan silu nak singgah. Menyampah sangat!

Hari selasa lepas, IQ ajak adik IQ pergi makan dekat Foodtruck di Wangsa Melawati. Mesti ramai dah tahu pasal foodtruck ni tapi IQ nak tulis jugak. Haha! Dah lama IQ memendam rasa nak makan dekat foodtruck ni, tapi tak ada yang free nak ajak. Tapi akhirnya IQ dapat jugak ajak adik IQ yang tinggal dekat Taman Melati tu join IQ.
Layan Foodtruck di Wangsa Melawati
Kitaorang pergi lepas Maghrib. Agak2 orang pun baru nak ramai. Pusing dulu satu round, tengok apa menu menarik dekat Foodtruck ni. Apa menu menarik? Kat Foodtruck Wangsa Melawati ada macam-macam menu ok! Dari pelbagai jenis laksa dan nasi lemak, terdapat juga menu western. Haaa...yang ni tak boleh nak tinggal la kan sebab sekarang pun asyik trend menu western merata pun boleh dapat, dengan harga yang murah plak tu!
Layan Foodtruck di Wangsa Melawati
Malam2 IQ selalunya tak makan sangat tapi kalau IQ nak makan, IQ memang akan order banyak. haha! mentekedarah sket. IQ order satu spaggeti carbonara untuk Qa'id + IQ dan spagetti seafood aglio olio untuk IQ sorang. Seee...kalau Qa'id tak habis makan, memang IQ sapu habis! Untuk dua menu ni, IQ bayar RM18. RM8 untuk spagetti carbonara, RM10 untuk spagetti seafood aglio olio. 

MENU MURAH TAPI SEDAP!

Rasa dia? boleh tahan sedap la. Spagetti carbonara tu ada bebola daging dan bebola daging dia sangat lembut ok! sedap! tak liat dan Qa'id pun makan. Selalu Qa'id tak suka makan bebola daging sebab bebola daging ni selalunya keras dan liat. Yang ni lembut, memang terbaik! Untuk Spagetti Seafood Aglio Olio? Yang ni pedas giler! Mungkin sebab chilli flakes dia banyak dan pedas. IQ asyik ulang minum air je. Dah kembung perut yang sedia ada kembung. huhu.
Layan Foodtruck di Wangsa Melawati
Spagetti Seafood Aglio Olio pedas menyengat. Carbonara tak sempat ambik gambar dah habis masa ni
Adik IQ order set burger. Nampak macam sedap tapi IQ tak sempat nak rasa sebab layan Qa'id makan. Tapi yelah, makan dua spagetti memang penuh perut IQ dibuatnya malam tu.
Layan Foodtruck di Wangsa Melawati
Set burger. mengancam habis, tak tahu sedap ke tak. tak sempat nak rasa.
Best foodtruck ni. Korang boleh pilih menu yang korang suka. IQ suka konsep ni sebab boleh lepak dan borak2 sebab terbuka. Cuma kalau bawak budak kecik ni paham2 lak, tak boleh lama. Kalau sampai waktu tidur dia, habis la merengek. 

Lagi satu, jangan lupa buang bekas makanan dalam tong sampah lepas makan sebab ada orang lain lagi nak makan. Kadang kita lupa nak buat sebab dah terbiasa dengan amalan yang tak berapa nak bagus tu. So, boleh amalkan sikap mulia di Foodtruck ni. hihi. 
Layan Foodtruck di Wangsa Melawati
Baca doa ke Qa'id? kemain selfie dengan mokteh yer
OK la, tu je la sempat IQ nak bebel. Esok IQ akan ke Cherating. Ada Family day blogger. So, mungkin tak dapat nak update blog lagi. Lepas balik nanti, sure IQ akan update. Till then, see ya!

LOKASI FOODTRUCK WANGSA MELAWATI

Post a Comment

10 Comments

  1. Spagheti tu nampak macam sedap je.. peberet tuu

    ReplyDelete
  2. Spaghetti mmg feveret ... sedapnyer...

    ReplyDelete
  3. alolo.. comei tangan demok2 baca doa..
    banyk pilihn food kat situ kan.. lately ni akk dah bnyak kali datang. dah bosan baru cari port mkan kat tmpat lain pulak..hahaa

    anyway.. safe journey to family holiday kbba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak memang suka jalan jalan cari makan, IQ jarang nak cari makan melainkan ada yang sudi temankan. haha!

      dah selamat balik. heee

      Delete
  4. boleh try nanti! (bila entah) haha. sedapnya tengok spageti, always b my fav. tambah2 hari ni puasa, lagi laaaa terliur wuwuwu

    ReplyDelete
  5. Alaaaa IQ! Spegeti Aglio Olio dengan burger tu nampak menyelerakan sangat.
    Dah la waktu pukul 2 pagi tertengok haha. Okaylah tu IQ ada juga update blog,
    Syed ni ha dah nak habis bulan 8 baru ada 1 entry kah2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, syed kan sibuk sekarang, line pun tak ada, kalau IQ jadi syed pun IQ jarang update.

      terliur ek? sorry. heee

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)