Simpan Gambar Online Untuk Dapatkan URL Code (Tutorial)

10:50:00 AM

Simpan Gambar Online Untuk Dapatkan URL Code (Tutorial)
Hari tu IQ ada kongsikan tentang Photobucket dah tak support gambar untuk 3rd Party Hosting kan? Boleh baca di sini jika ada yang boleh baca. Benda ni penting bagi sesiapa yang selalu menggunakan URL Code gambar terutama untuk web dan widget designing. Kalau image yang kita guna dah fail, memang web atau blog kita jadi disaster!

IQ ada try satu web yang famous jugak seperti Photobucket, iaitu ImageShack. IQ dah register semua siap. Last2 baru IQ tahu ImageShack hanya beri SATU bulan percuma sahaja untuk online image storage ni. Free trial la sebenarnya dan kena bayar juga selepas tu. Jadi, apa yang IQ buat? Delete akaun balik. Dan cari web yang lain pula.

Sebenarnya IQ dah try guna Google Drive. Tapi URL Link untuk Google Drive berubah setiap hari yer. IQ tak pasti kenapa. Bila IQ guna URL gambar dari Google Drive, esoknya Gambar IQ di blog jadi crash. Maknanya, gambar tak keluar. Bila IQ paste URL Link balik, URLnya berbeza berbanding hari sebelum. Benda berlarutan sampai 2-3 hari jadi IQ decide nak tukar web lain. Untuk Google Photo, IQ ada guna juga tapi IQ tak nak ambil masa lama lagi nak acu-try-test ni. Penat.

Sekarang ni IQ nak kongsi satu web yang boleh simpan gambar online untuk dapatkan URL Code secara PERCUMA! Disebabkan Photobucket dah tak percuma, jadi beralih la kita kepada web yang lain pula. Yelah, kadar yang Photobucket tawarkan juga tinggi harganya, nilai dalam USD, mana la mampu nak beli kan? So, sebagai blogger picisan, pakai je mana yang mampu. hehe.

IMGBB Penyelamat IQ


Simpan Gambar Online Untuk Dapatkan URL Code (Tutorial)

Last sekali IQ jumpa web ini! IMGBB. Satu web yang simple dan sangat mudah digunakan. IMGBB ni sangat mudah dan user friendly yer. Tak serabut dan mudah digunakan. IQ memang suka web simple-simple ni.
Simpan Gambar Online Untuk Dapatkan URL Code (Tutorial)

Buat akaun baru yer. Isi details. Yang paling penting, emel dan password harus diingat. Nanti ada email masuk untuk verification akaun IMGBB. Klik link verify dan akaun terus boleh digunakan! Yeah!
Simpan Gambar Online Untuk Dapatkan URL Code (Tutorial)
Sign In dengan emel dan password yang didaftarkan.
Simpan Gambar Online Untuk Dapatkan URL Code (Tutorial)
IMGBB ni boleh tunjukkan image kita kepada umum macam Facebook ataupun Instagram juga. Tapi jangan risau, IMGBB ni boleh privatekan profile yer. Klik Edit Profile di Nombor 1 dan boleh ubah setting Private Profile di situ. 

Seterusnya, boleh upload gambar dah sekarang! Klik Nombor 2 untuk upload gambar. Selesai upload gambar, jika nak dapatkan URL link bagi gambar berkenaan, klik gambar yang dah siap diupload.

Simpan Gambar Online Untuk Dapatkan URL Code (Tutorial)

Klik pada Embed Codes dan di situ boleh lihat pelbagai Code yang kita boleh guna untuk web ataupun blog. Untuk kes IQ, IQ guna Image URL. IQ copy code dan masukkan dalam HTML Widget di Blogger. Mudah sangat! Kan?

So, apa yang korang tunggu lagi? Daftar IMGBB sekarang untuk memudahkan kerja anda! heh, kemain promote. Ini bukan iklan berbayar yer. hehe.

K. Till then, bai!

You Might Also Like

12 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. tak faham sgt sebenarnya hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kes photobucket hari tu kak, sebab IQ cari tempat boleh save image online...

      Delete
  2. nice sharing.. tq ye. tp kena godek2 sndiri dlu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try godek2, IQ pun tengah menggodek lagi ni

      Delete
  3. Thanks iq sebab share. Saya taj tahu bab2 komputer ni, baguslah iq share info ni. Sgt berguna

    ReplyDelete
  4. Kalau syed senang ja, buat new post lepastu upload gambar yang kita nak dekat ruangan entry tu and copy html code dia. at least benda tu akan kekal dekat situ selagi tak dipadam takdalah jadi macam photobucket nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah jugak nak try macam tu, tapi xkan nak upload gambar yang nak letak sidebar dekat entry plak. hehehe

      Delete
  5. Entah2 IMGBB pun nanti tak percuma bila orang dah ramai guna tu.
    Harap2 tidak. Tapi saya tak ada banyak gambar nak disimpan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa, jangan la doa macam tu adam. kalau x, IQ kena cari alternatif lain lagi la. huhu

      Delete
  6. Tq for sharing , hari tu jenuh cari web utk dptkan url image huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome! hehe...kena rajin search, ni pun baru try...hrap2 xjadi macam photobucket

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers