Photobucket Dah Tak Menyokong Gambar Untuk 3rd Party Hosting?

12:05:00 PM

Photobucket Sudah Tak Menyokong Gambar Personal Untuk 3rd Party Hosting?
Semalam IQ menjengah blog-blog untuk blogwalking. Tujuan asal pun nak cari info untuk entry blog. Ada satu blog ni IQ tak dapat baca dengan jelas, disebabkan wallpapernya bermasalah. Yang IQ nampak, gambar wallpapernya guna jenis tile untuk gambar yang dibekalkan oleh Photobucket. Bagi sesetengah orang, mesti tahu kan Photobucket ni apa..IQ sendiri pun menggunakan Photobucket untuk dapatkan URL link bagi meletakkan gambar terutama di dalam blog IQ ni. Tapi masa tu IQ fikir mungkin Image IQ dalam akaun Photobucket IQ tak ada masalah. So, bolayan.

Tapi pagi ni IQ buka blog IQ, alamak.......dah jadi sama plak macam blog yang IQ lawat semalam. Ada satu gambar dalam blog ni IQ guna URL dari Photobucket. Bila IQ tengok gambar tu dah bertukar rasa macam alaaa...kenapa macam ni? Adoi.
Photobucket Sudah Tak Menyokong Gambar Untuk 3rd Party Hosting?
Tak santek tak ada gambar kasut wedding ku dulu.
Then, IQ pergi ke laman web Photobucket. Masukkan email dan password. Nampak macam tak ada yang berubah. Gambar-gambar dalam Photobucket masih ada tersimpan elok. Cuma gambar profile tak ada. Try update gambar profile baru tapi tetiba jadi gambar yang sama keluar dekat blog IQ tu. 

Then, IQ try pergi laman web Photobucket yang khas untuk error ni. www.photobucket.com/p500. Dan ini yang keluar.
Photobucket Sudah Tak Menyokong Gambar Untuk 3rd Party Hosting?

Rupanya IQ kena upgrade untuk guna gambar-gambar IQ tu di luar Photobucket dah sekarang ni! *betulkan kalau IQ silap. Tapi itu yang IQ baca. Jadinya, gambar-gambar yang IQ simpan dalam Photobucket dah tak boleh digunakan untuk laman web lain. Sedihnya! So, apa motif buat Free kalau hakikat nak guna untuk benda lain pun kena bayar? Sedih la macam ni.

Jadinya, IQ ambil keputusan untuk delete akaun Photobucket IQ. Gambar-gambar yang ada dalam Photobucket boleh didownload yer semua. So, download siap-siap gambar anda sebelum delete akaun (itupun kalau korang nak delete akaun korang la). IQ ambik keputusan untuk delete akaun Photobucket sebab IQ dah jarang guna dah. Plus, IQ ada jalan lain untuk simpan gambar-gambar khas untuk digunapakai dalam blog IQ. Nanti kalau IQ rajin, IQ share yer.

Photobucket Sudah Tak Menyokong Gambar Untuk 3rd Party Hosting?
Download siap2 yer. Sayangi Gambar Anda
Dah settle back up, delete ler akaun anda. Pandai jugak Photobucket ni. Dia bagi tempoh berfikir balik plak satu hari in case kalau nak tarik balik niat nak delete akaun tu. Anyway, tak ada maaf bagimu. HAHA! Sebab IQ dah patah hati dengan Photobucket. kikiki...
Photobucket Sudah Tak Menyokong Gambar Untuk 3rd Party Hosting?
Delete Account. Finish!
Settele. Fiuh...Till then, bai!

You Might Also Like

20 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Ooooo, baru faham .... ada few blogs yg mrs pip terjah mmg ada notice photobucket .... mrs pip mmg tak guna photobucket ni ...
    Nnt share kat mana IQ store semua gambar .. kot2 senang, boleh mrs pip create account juga ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dari semalam IQ nampak...kesian dekat mana2 yang memang pakai photobucket ni buat widget semua.

      nanti IQ share tapi tak tahu la ada orang nak baca ke x

      Delete
  2. ooo. perasan gak kat sesetengah blog tu, semua gambar-gambar bertukar icon. huhu. Ingatkan blog owner sengaja hide kan.. baru tahu kisahnya bila baca entri IQ ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, gambar IQ yang satu tu pakai gambar IQ dari akaun Photobucket. ada satu widget tu terpaksa buang sebab background widget ada gambar photobucket...

      Delete
  3. Ada juga perasan semalam... mesti nak start charge lah tu... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, dah nak start bayar la tu, dunia skrg xde yang free

      Delete
  4. Alaaa..dah kena bayar la lepas nie. Migha dulu suka guna gambar dari photobucket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ pun suka, senang nak letak gambar dalam blog. siap bagi URL dah untuk paste dkat mne2

      Delete
  5. tak pernah ada akaun Photobucket lagi. tak nak bukak la kalau macam ni. Sekarang Ain simpan gambar2 dalam Google Photos & Telegram je. So far masih selamat gambar2 yg disimpan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ pun pakai Google Photo je skrg, xpon google drive.

      Photobucket ni selalu orang guna untuk photo editing. untuk pakai URL link

      Delete
  6. hahaha kecewanya kak IQ hikhik. yelah benda yang dah tak boleh nak guna langsung kenapa simpan lagi kankankan hehe

    singgah klik ads :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/07/food-review-polperro-steak-house-shah-alam.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecewa la jugak sebab akak ni dulu suka buat photo editing. dulu blog ni meriah dengan gambar tau. hehehe

      Delete
  7. erm...saya ni ketinggalan sedikit bab2 benda ni..so tak tahu pun kewujudan photobucket...bila IQ share barulah tahu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. photobucket ni dah 11 tahun rasanya, tapi xsangka plak dah tukar cara pengurusan dia macam ni

      Delete
  8. Saya ni memang tak tau pasal photo bucket. Bucjet untuk ke market tau lah. Lagi pun tak berani saya nak buat akaun photo bucket. Bimbang silap. Saya pulak tentang it saya ketinggalan.

    Iq tengoklah blog saya. Tak berubah ubah sejak awal. Tak cantik pun tak apa asalkan dapat saya tulis kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ni xcantik pun tak apa adam, janji ada isinya, ada infonya, ada tulisannya. so..no worry

      Delete
  9. Patutlah mama asik nampak kotak Tu je skrg

    ReplyDelete
  10. ooo.. tq IQ.. sbb smalam YB She dh tegur.. tak perasan pasal ape yg dh diskas.. hehehe

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers