Advertisement

Responsive Advertisement

IQ adalah GPS (Global Positioning System)?

IQ tak tahu la nak kata ni kelebihan IQ ke apa. Tapi ni memang habit IQ. Habit IQ suka tengok jalan, hafal jalan dan teroka jalan baru. Pelik? Ermm...tak kot..

Masa zaman belajar, kawan-kawan baik IQ cakap IQ ni GPS. Suruh je IQ tunjuk jalan. IQ memang jenis ingat jalan walaupun baru sekali pergi ke tempat tu. Tapi syarat utama nak bagi ingat mesti pergi waktu siang. Pergi waktu malam memang tak ingat la, sebab nak ingat landmark dan bangunan2 sekeliling tu pun penting. 

IQ dan Arwah Suami IQ suka cari jalan baru. Dulu masa IQ tengah mengandungkan Qa'id pun, kitaorang jalan2 naik motor keliling KL duk teroka jalan. Masa tu baru pindah KL. Kena banyak jalan2, baru confident nak pergi sana sini. Alhamdulillah, sekarang pun tak perlu pakai GPS kalau nak ke mana-mana, kecuali first time nak pergi. Memang kena pakai GPS.

Masa raya yang lepas, IQ balik kampung dengan adik IQ sekeluarga. IQ cuma jadi penumpang dan tak drive balik raya tahun ni. Tapi ini kali pertama untuk adik ipar IQ join kitaorang balik beraya di Terengganu dan Pahang. Jadinya, jalan2 ke rumah sanak saudara of course la dia tak tahu. Kalau tanya adik IQ pun dia lebih kurang je tak ingat, biarpun dari kecik dia datang dan pergi ke rumah sanak saudara kitaorang tu. Ada la yang dia ingat tapi tak banyak la.

So, masa dekat Kuantan, IQ bagi arahan untuk menuju ke rumah Ayah Long IQ dekat Taman Cenderawasih, Bukit Setongkol, Kuantan. IQ just bagi direction sambil tengok Facebook/Instagram. 

"haa usop, depan tu masuk kanan. Ikut kereta putih tu" - IQ

"baik acik" - Usop (adik ipar IQ)

"traffic light depan ni masuk kanan lagi" - IQ 

"ok acik" - Usop

*diam*

"saya syak laa...acik ni buka Waze la, macam mana dia boleh ingat semua jalan pergi rumah sedara mara ni ek?" - Usop

erkkk..

"Ko tak tahu sop, dari kecik acik kau ni duk hafal jalan, adik beradik lain tidur je sepanjang jalan, acik ni tengok jalan. mana la acik tak ingat jalan ke rumah sedara mara semua" - IQ
IQ adalah GPS (Global Positioning System)?
Ini usop. Sengal dia pun boleh tahan. Dia meniaga tudung. Cari @qratuscarves dekat IG yer.
Sebenarnya IQ ni ingat2 lupa jugak kalau pergi rumah saudara mara yang jarang kitaorang pergi. Tapi kalau raya yang lepas ni, memang kitaorang pergi rumah wajib pergi. Memang la ingat sangat, cuma dari mana, arah ke mana kena tahu jugak. Tahu satu jalan je pun boleh sesat, kena tahu banyak jalan, baru tahu short cut tu ada kat mana...

Korang plak macam mana? Kalau pergi beraya, sape lead korang kalau tak ingat jalan? Ke send location dan follow waze jer? Tapi apa yang penting, janji sampai udah ler yer tak? hehe. Bai!

Post a Comment

16 Comments

  1. akk ni klu bab jlan mmg sengal, walupun dah jln bnyk kali mesti sesat, smpikan laki akk tulis peta walpun zaman dah canggih still sesat tauuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly sesiapa yang saya jumpa pun macam akak, adik ipar saya si usop ni pun tinggal KL dari kecik pun still tak ingat jalan dekat KL, kalah dengan saya, saya boleh ingat jalan berbanding dia.

      Delete
  2. oh ya, header bawuuuu, lagi cantikkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, terima kasih! edit pakai phone je..huhu

      Delete
  3. kampung ubai dekat ja.. 10 minit jer dari rumah sendiri.

    hahaha

    takkan nak pakai waze lak kan.

    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai dekatnye, yang tu confirm waze pun tak ada dalam phone. heeee

      Delete
  4. Haaa... Next time IQ gi kuantan lagi, singgah mcD depan HTAA tu.. hihihiks... bagus lah... kalau Ain, perghh... 50-50 la nak ingat jalan kecuali ade landmark yang senang nak ingat.. lagi-lagi kalau rumah tu jenis setahun sekali je singgah, bayangan rumah je ada dalam kepala, arah jalan tu nasib2 la... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. beres, IQ tahu lokasi HTAA dekat mana, so boleh bayangkan dah dekat mana McD tu. hehehe

      Delete
  5. Bestnya mudah ingat macam ni..kalau sy, kena buka waze la memanjang. haha.. lupa aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ ada jugak buka Maps, kalau first time pergi, tapi ok la pakai waze atau maps, boleh jugak berjalan2...=)

      Delete
  6. Saya jenis susah nak ingat jalan. So saya perlukan teman hidup yang senang hafal jalan. Alhamdulillah dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. Alhamdulillah, ada pro and con tu saling melengkapi. =)

      Delete
  7. Hebatnya Izyan..boleh ingat jalan...Saya pulak depends pada waze jea..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la kenapa suka ingat jalan ni, padahal kadang bukan kena pergi tempat tu selalu pun. huhu

      Delete
  8. Hahaha...saya susah nak ingat jalan nak nak kalau org yang drive..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau drive sndri ssh jugak nak ingt, kena ricky jalan sendiri dulu. kalau jdi penumpang boleh tengok kiri kanan..hehe

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)