#ShoppingRaya : Hampir Tertipu Dengan Harga Baju Raya

9:59:00 AM

Salam 10 Ramadhan buat semua!

Kemain ceria kan IQ hari ni? Tapi silap sebenarnya, IQ pagi ni menderita sakit. Sakit apa? Sakit gigi lagi!! Adehhh, hari tu baru cabut gigi, ni gigi lain plak sakit. Tapi IQ dah dimaklumkan oleh doktor gigi yang gigi bongsu IQ dah berlubang, cuma tunggu sakit je, tapi kenapa dia start sakit bulan puasa? Tak boleh nak makan ubat tahan sakit jawabnya..huhu.

IQ sebenarnya nak cerita pasal shopping raya. Tak ada la shopping sangat sebenarnya. IQ just temankan adik IQ bershopping je. Even IQ ada jugak target nak beli baju yang IQ nak, tapi itu kalau jumpa, kalau tak jumpa tak nak beli. Tapi Alhamdulillah jumpa jugak. Kepakaran wanita kan pada shopping. Mesti ada shopping punyaaa..

Hari sabtu minggu lepas, plan nak balik rumah kakak IQ dekat Pahang. Tapi sebelum tu nak singgah Bangi untuk shopping raya. Adik IQ dah aim nak beli baju dekat satu butik ni. Menapak la kitaorang ke Bangi Sentral. Jalan jem usah cakap, dah ler hari tu panas lit lit orang utagha cakap. Parking bawah Kompleks PKNS Bangi, mujur ada parking berbumbung. Tak ada panas sangat keretanya nanti.

First pergi butik Leeyanarahman. Ramainya orang! Baju butik ni agak mahal la bagi IQ. Kalau beli sepasang, bajet hanya boleh beli sepasang je la. Tak boleh beli baju lain dah. haha. Tapi adik IQ dah nak aim beli, last2 tak beli jugak sebab dilema. Keluar butik dengan sekeping gambar sahaja. haha! Tapi dia aim nak datang minggu depan plak. -__-
Shopping raya Leeyanarahman
Ambik gambar je la, belinya idok juga. IQ jugak yang keletiham, main kejar2 dengan Qaïd. -.-"
Lepas tu pergi Minaz. Butik ni lebih kurang je macam butik sebelum tu. Tapi butik ni paling padat sebab nak masuk pun kena berperingkat. Mungkin sebab hari tu Che Ta dengan anaknya Aisyah datang butik, tu yang ramai kemain. Pergi sini pun tak der beli apa-apa sebab adik IQ cakap baju saiz dia tak ada. Dorang tak sediakan banyak saiz buat masa tu. Kena tunggu minggu depan plak. Aiyak...penat je datang, last2 size tak ada. 

IQ sebenarnya plan nak beli kebarung. Tapi kawan IQ cakap IQ tak sesuai pakai kebarung sebab IQ pendek. -__-. tinggi dah 154cm tapi disebabkan kaki pendek, so tak cantik pakai kebarung. Kalau kebarung pendek sikit ok la. Tapi IQ nak cari jugak, kot2 ada yang sesuai. hihi. So, mata IQ memang melilau cari butik yang jual kebarung. Ada la dua tiga butik tapi warna yang IQ nak memang tak ada. Sedih! 

Sampai la IQ pergi satu butik ni, yeay! jumpa kebarung yang IQ nak! Tapi warna lari sikit dari warna yang IQ nak tapi ok la. Tengok harga tertulis 199RM. Ok la, bajet RM200 je untuk baju raya tahun ni. Terus pergi fitting, ajak adik IQ sekali sebab nak tanya pendapat dia. Bila fitting dah cun, nak bayar la plak kan. Bila bayar, tetiba harga jadi RM270.00++. Aik?? bukan RM199 ke? Salesgirl tu boleh cakap tu yang baju tepi2 dia je. Grrr...tanda harga betul2 bawah baju yang IQ pilih tu, tetiba dia boleh cakap tanda harga tu untuk baju lain. Nasib baik tak swap kad lagi. Last2 IQ cancel beli baju tu. Sebab IQ rasa tak berbaloi beli kebarung plain dengan harga RM270.00++. Lari bajet, tak boleh. Nanti nak raya tak ada bajet raya, mana nak cari kan? Bila dah single macam ni, nak kena kawal semua bajet. Lain la dulu, kita dah kekeringan, ada orang back up. hihi.
Sumber Google
Hati sebenarnya sakit hati jugak sebab ramai seller buat perangai macam tu. Letak harga lain, tapi sebenarnya harga lain. Kalau ada pelanggan yang malas nak fikir banyak kali tu mesti dah bayar dah. IQ dulu macam tu. Tapi disebabkan sekarang IQ kena kawal perbelanjaan sendiri, so...IQ kena tegas! huhu. Last2 IQ tak beli pun baju raya IQ dekat butik2 dekat Bangi Sentral tu. Kat mana IQ jumpa baju raya IQ? Dekat Kompleks PKNS Bangi tu haaa...kebetulan nak cari air untuk buka puasa, mata ternampak booth jual kebarung banyaaaakk sangat! Banyak pilihan! Dan warna yang IQ nak pun ada! Murah pun murah ikut bajet IQ. Alhamdulillah...setel baju raya IQ. Baju melayu Qaíd tak sempat nak ushar. Next time pergi cari lagi. 

Kenapa IQ pilih kebarung tahun ni? Entah. Teringin nak pakai kebarung plak. haha! Adik ipar IQ cakap, ni mesti terikut2 cerita Misteri Wan Peah. Haha! IQ ni tengok tv pun boleh kira dengan jari. Dan IQ memang tak tahu Wan Peah pakai baju kebarung dalam drama tu. Lawak la plak rasa. Kata Cik Sepet kita, tahun ni, Kebarung jadi trend utama. Mungkin sebab tu juga banyak sangat kebarung IQ nampak di mana-mana tempat. Semalam IQ pergi Jalan TAR pun banyak kebarung cantik2 orang jual. Nasib baik la IQ tak nampak warna baju yang IQ nak cari tu, kalau tak mesti menyesal beli hari sebelum tu. huhu.
Kebarung wan Peah
Misteri Wan Peah. Best ke cerita ni? orang kata best.
Tu la cerita shopping IQ. hihi. Cukup dah, tak nak shopping dah. tapi tak boleh percaya sangat kalau perempuan cakap macam ni, sebab bab shopping memang ayat perempuan kelaut sikit. kuikui. Moga Allah tetapkan hati, jangan shopping lebih2! hehe.

Sekian, bai2!

You Might Also Like

19 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Memang kena tengok dan tanya betul² harga baju ni, kadang pihak butik pandai nak kelirukan pembeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak mas, kadang2 sengaja letak harga lagi murah, sampai2 dekat kaunter dah harga lain, mula la cakap customer salah tengok harga. huuu

      Delete
    2. beli kebarung di pkns butik dalam pkns ke? mencari jugak kebarung, x berjumpa yang harga sederhana..

      Delete
  2. Tak beli lagi baju raya ni. Tak prepare apa-apa lagi untuk raya.Tapi lawa jugak pakai kebarung untuk raya ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak prepare awal sebab malas nak shopping last minit, confirm masa tu berjuta orang nak shopping jugak..huhu..

      aah, lawa, try la cik epal pakai. =)

      Delete
  3. Kalau Anis, mmg fight jgk harga tu sebab sepatutnya ikut tanda harga la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak fight, sebab hati tak ada la nak sangat baju dari butik tu, sebab warna dia xmatch sangat warna yang IQ nak, so...kalau tak dapat pun tak kesah, boleh cari lain.

      Delete
  4. tak cari lagi baju raya, tak tau nak beli bila, cuaca semedang panas je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kak zie, panaaaassss sangat! serius rasa menggelegak otak, nasib butik2 tu ada aircond. heeee

      Delete
  5. yeayy berjaya jumpa. Nadia tak jumpa lagi. takde nanti tak payah beli, bukan mandatori pun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa nadia, beli laa...kot2 tersama kaler..hahahaha!!

      Delete
  6. eee merepek merepek je alasan harga tu. nasib baiklah tak bayar lagi. tu lah tu perangai peniaga nak tipu kita hishhh. btw akak 154? hahaha elsa 152! masih dalam kategori comel. jangan risau hahaha

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/06/whoscall-aplikasi-untuk-kesan-scammer.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, 152 ke elsa? hehe, geng2 la ni...XD

      memang saja bagi alasan, xbagus betul cara berniaga dorang

      Delete
  7. Tak suka jugak bila ada yang macam ni..huhu.. mahal nya kebarung hampir RM300...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, kan..memang situasi tu buat kita jadi macam krik2 tapi kena tegas...

      aah, tapi sedap pakai, tapi still rasa tak berbaloi, padahal plain je kebarungnya...tak ada special sgt

      Delete
  8. Hati2 IQ...sekarang ni tanda harga pun tak letak betul. Dah siap fitting semua dah pun sampai harga tu jadi mahal...adehhh rasa nak marah pun ada ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, tu la kak juju, kena beware, ingatkan giant je buat macam ni..hehe

      Delete
  9. Baju anak sy dapat habis shopping sebelum puasa hari tu. Baju utk saya, saya jahit sendiri jer, pun dah siap jugak, tinggal baju utk en.suami je lagi yg belum setel

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju anak senang je kan nak cari? baju anak IQ mostly da hampir lengkap, tunggu baju melayu je

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers