Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe

10:12:00 AM

Salam 11 Ramadhan.

Hari ahad lepas IQ berkesempatan berbuka puasa bersama family adik IQ. Actually kitaorang dalam perjalanan balik dari Pahang ke KL. Sampai KL, IQ follow dorang beli stok tudung untuk customer dorang di Jalan TAR. Sambil2 tu cuci la mata sikit dekat Jalan TAR tu. Serius cakap, baju-baju yang dijual dekat Jalan TAR pun cantik. Plan nak beli baju raya Qaíd dekat situ. Harap2 ada warna dan saiz yang sesuai dengan Qaíd.

Lepas pergi Jalan TAR, dah hampir waktu berbuka. Kitaorang plan nak makan dekat tempat makan yang adik IQ pernah makan dulu. IQ tak pernah makan lagi di situ tapi IQ teringin nak makan sana juga. So, kitaorang dah sms/call/whatsapp kedai tu sebelum sampai di KL lagi, tapi sayangnya dah fully book. Even baru pukul 3.00++ petang masa tu. Dorang cakap pukul 8.30 malam baru ada meja. Jadinya, nak makan ke tidak kat sana? 
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Qaíd + Medina. Sepupu. 
Kitaorang ambik keputusan makan dekat sana jugak, cuma bila masuk waktu berbuka kitaorang makan ringan2 dulu. Beli makanan dan air siap2 di Jalan TAR dan gerak ke Selayang. Oh ya, Nama kedai tu seperti dalam tajuk entry ni, iaitu The Rack Boutique Cafe yang terletak di Selayang. 

Sampai waktunya, kami tiba di kedai berkenaan. Masih ramai orang belum selesai berbuka puasa, tapi sudah ada meja kosong. So, kitaorang cepat2 parking kereta dan cari tempat duduk. Parking dekat area kedai ni agak terhad. Adik ipar IQ terpaksa double park dan tinggalkan nombor telefon. Mungkin kawasan dia kawasan industri dan deretan kedai. Tak ada tanah lapang untuk dibuat parking.

Pelayan kedai ambik order cepat. Mungkin dah terbiasa keadaan yang ramai pelanggan. Kitaorang order tak banyak sebab dah makan sikit sebelum tu. Order air dan makanan, dalam 15-20 minit order pun sampai. Range masa agak ok la, tak ada pelanggan tertunggu lama. 

Kami order macaroni cheese, wantan goreng dan juga set medium. Makan untuk 3 orang dewasa dan sorang kanak-kanak. Si medina tak boleh makan makanan keras lagi. Si Qaíd pun makan tak banyak sebab IQ da bagi makan dah dia sebelum tu. Dia minum air je banyak even ibu dia tak bagi minum ais, dia tetap nak jugak. Last2 dia geram sebab ibu dia tak bagi air dekat dia. haha!
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Wantan goreng. 2 Air chocolate + air milo ais
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Macaroni cheese. RM 8
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Set Small (RM35) untuk dua orang makan, tapi kitaorang makan 3 orang pun tak habis. Bungkus bawak balik.

Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Qaíd geram sebab ibu tak bagi dia minum air ais. Pastu merajuk XD
Rate makanan dia? Errmmm, IQ first time makan situ, tapi untuk adik IQ yang dah kali kedua makan kat situ, dia cakap makanan dia dah lain rasanya. Ada kekurangan. Sos black pepper untuk chicken chop tu agak kuat rasa black peppernya. Untuk spagetti tu pun sos dia agak manis + masam, sebab macam totally gaul dengan sos tomato puree tu. Untuk Bebola daging, bebolanya agak masin. Mungkin disebabkan puasa, makanannya jadi lari sedikit rasanya. Macaroni cheese je ok rasanya, ok la sebab sos mustard tu penyelamat hidangan tu. IQ agak kecewa sebab tiap kali makan buka puasa dengan makanan yang IQ teringin nak makan, mesti rasa dia so-so je. huhuhu...
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
Mintak kentang goreng tapi jenis tak sabar, kentang goreng panas, nak kena tiup..lepas tu jadi la macam gambar dekat bawah
Berbuka Puasa di The Rack Boutique Cafe
sabor je la ibunyaaa
So, tak per lah, mungkin next time datang lagi, tapi bukan untuk bulan puasa. Harap-harap next time rasanya tak mengecewakan. IQ penggemar makanan western. IQ suka try makanan western dari mana-mana kedai yang menyediakan makanan western ni. Nak rasa kelainan dan kesedapan makanan tu macam mana. heeee...

Ok la, till then. Bai2

You Might Also Like

22 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. plating nampak sedap dahhhh, kalu rasa kurenggg tak best la, chef pose tu, nak rasa tak boleh dia pun masak sedap2 hati je hahaa
    comel Qaid buat muka merajuk, bibit kang !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, mungkin sebab puasa, tak boleh nak rasa makanan macam mana kan?

      aah, merajuk...haha! plus malu mak teh dia ambik gambar

      Delete
  2. wahhhh...sha hari tu pun bebruka disini...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, ada baca hari tu, tu yang terus suggest dekat adik nk makan sini

      Delete
  3. chef dia puasa. x sempat rasa. hehehe.. btw, nice la tmpt ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, chef puasa, tak ley nak rasa. hehe, nice, servis tiptop!

      Delete
  4. Replies
    1. salam kenal! terima kasih, IQ dah follow back =)

      Delete
  5. sedapnye laa hai yang dalam dulang tu..

    ReplyDelete
  6. PErghh... gambar semua memang sedap sgt ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar nampam sedap tapi sebenarnya....huhu...kena try lain waktu plak.

      Delete
  7. Makanan tu nampak tempting betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak sedap kan? tapi kena try rasa duluuu

      Delete
  8. Replies
    1. selamat berpuasa kak intan! *now i know ur real name. hehe

      Delete
  9. wah !! makan dalam dulang.. banyak tu.. rosak la diet.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, memang rosak diet tapi kalau jarang makan, ape salahnya ada cheat day kan? heeee

      Delete
  10. bestnya makan dalam dulang tu. sy tak pernah mkn kt luar lagi since puasa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ dah kali kedua makan luar ni, bukan selalu, selalu param je..XD

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers