Update Ramadhan. Done?

11:10:00 AM

Salam 5 Ramadhan.

Mengeliat otak ni sebab tak tahu nak update ape. Tapi tangan ni duk gatal nak update. Haha! Biasa la, bila tak ada kerja sangat dekat ofis ni mula bosan dia kemain. Nak ushar baju raya dekat online risau tersalah beli. Tapi kena ushar jugak...tengok design mana berkenan.

Kerja dalam bulan puasa ni memang agak mencabar tapi disebabkan dah biasa puasa masa bulan Rejab dan Syaaban yang lepas, so tak terasa sangat laparnya. Lapar terasa bila tak puasa tapi tahan makan sebab tak boleh makan. haha! Siapa tu? Kesian dekat akak2 yang ABC ni, sebab nak makan kena cover, sorok bawah meja ofis. hikhik.

Projek IQ dah lama start tapi untuk skop kerja IQ, baru bermula 1-2 bulan ni. Dan bermula minggu lepas, IQ kena pergi site setiap jumaat!! Last jumaat IQ dah start pergi, minggu ni kena pergi lagi. Minggu lepas tak puasa lagi, minggu ni dah start puasa jadi macam agak keletihan nanti sebab duduk tengah panas memang mengeringkan tekak. fuhh...harap bertahanlah jumaat nanti dan yang akan datang. Buat site evaluation kejap2, tanya sikit2 dekat site engineer, lepas tu balik ofis...hihi..ok la tu kan...kena faham bulan puasa ni..heee
Projek Hospital KPJ Damansara 2 Sungai Penchala
Setakat hari ni, IQ baru dua kali jejak Bazar Ramadhan yang berlainan. Satu area rumah IQ, satu lagi dekat area belakang Wangsa Walk. Tapi IQ tetap tak jumpa menu best yang jadi pilihan IQ macam yang IQ cerita pada entry yang lepas. Daging kambing grill dengan sos black pepper. Susah agaknya nak cari kambing belah2 sini. Area Damansara/Shah Alam banyak je IQ jumpa. Kat sini susah plak. huhu. 

Nak try pergi Bazar Taman Melawati lah, konfem jumpa dekat sana, sebab Bazar Taman Melawati paling famous dekat KL ni, tapi tak tahu la kesanggupan IQ macam mana nanti...mana tak nya, orang mesti ramai giler! pernah pergi sekali dengan Arwah tahun lepas. Baru pukul 4 pun orang dah ramai. 

Semalam pergi Bazar first time IQ bawak si kecik tu. Mak aih, memang tak reti duk diam. Nak berjalan tapi orang ramai. Mula la kena dukung. 10kg++ berat dia, semput ibu, tak sampai 5 minit dah turunkan dia balik. huhu. Mak Lang dia je la mampu nak dukung dia lama2. Kuat betul mak lang dia, al-maklum la bekas palapes. Ada la sorang pak cik tegur Qaíd, dia tanya umur Qaíd ni ada dalam 3 tahun? IQ pun jawab, tak ada la, baru setahun 8 bulan, baru nak masuk 2 tahun. Pak cik tu terkejut. haha! Qaíd ni memang badan besar panjang. Ikut sebijik Arwah Ayah dia. =)

Tetiba Qaíd meraung. Dipanjatnya dia atas badan IQ, macam panjat pokok dibuatnya. Ingatkan kena gigit semut, rupanya kuah sup panas berbungkus yang IQ pegang terkena kaki dia. huhuuh, maafkan ibu sayang...tak perasan plak, nak pegang sup lagi, nak dukung awak lagi...adehhh...patah pinggang ibu ni ed. huhuhu
Budak bertuah. Qaíd Aqhar.
gitulah kesah Ramadhan IQ setakat ni. Qaíd makin besar makin banyak ragamnya, tak tahu la kalau dah pandai cakap mahunya dia tanya macam dekat ibu dia ni. Habis la ibuuu..

Terima kasih untuk doanya pada mereka yang komen untuk entry yang lepas. Hanya Allah yang boleh membalas budi kalian. 

till then. Bai2

You Might Also Like

18 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. kesian si kecik tu kena tuam dgn sup..kah2 kahhh
    apa la ibu niiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, tak sengaja kak, kesian dia menjeri semalam, adehai...

      Delete
  2. Gamba si kecik tuuu.. eii gerammm..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, IQ tengok pun geram, cubit pipi dia!

      Delete
  3. Hebatnya kerjaya Izyan...kena pi site setiap hari jumaat wauuu mencabar betul...comel yer anak geram tgk dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak der la hebat mana, biasa2 je, pergi melawat site untuk progress terkini...

      Alhamdulillah, secomel ibu dia. haha! XP

      Delete
  4. Kena letak Qaid kat troly untuk jenjalan.
    Tak penat mendukung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selalu guna stroller kalau nak bawak jalan2, tapi kalau nak gi bazar xprefer sangat sebab ramai orang

      Delete
  5. Dalam takda idea nak update, panjang juga jadinya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab biasa menaip ni, dalam kepala tak ada idea, tup2 cukup dua muka surat karangan..haha

      Delete
  6. qaseh tak kerja pun penat bila bulan puasa ni , kerja lagi lah hehe bertabah ye .. qaseh lagi lah tak jejak lagi bazar ramadhan ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, nak buat cemane qaseh, demi sesuap nasi, hehe..

      seronok sebenarnya klu xprlu ke bazar, jimat duit...

      Delete
  7. budak2 tgh membesar..saya dulu pun byk tanya gak kat mak saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak bertanya ni bagus, untuk perkembangan otak, kita je la tak terlayan nanti

      Delete
  8. Fuhh turun site time puasa ni, memang mencabar betul. Comelnyaa si kecik tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencabar. Tapi mujur la jumaat kali ni tak panas hujan. Heee..

      Comel2 nakal. Geram dibuatnya

      Delete
  9. Kesian qaid kena sup. Tak pasal2 terkezuttt. Heee. Kt bazar kryg ade jual kambing gril tp xsure ade sos ape. Nti kot2 dtg sini leh IQ singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahhh..dekat kerayong ek...sedap x kambing grill tu ? IQ dah jumpa dekat sini tapi tak rasa lagi...next week kot

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers