Advertisement

Responsive Advertisement

Nak Potong Rambut Qaíd Ke Tak Nak?

Salam hari jumaat semua!

IQ sebenarnya tengah fikir nak potong rambut si Qaíd ni. Rambut dia dah panjang sangat dah. Yang depan dah cecah mata, yang belakang dah cecah leher kolar t-shirt. Side tepi pun dah tutup telinga separuh. Haihhh, ada orang da siap tanya, ni boy ke girl? haiyaaa...pagi tadi tengok dia garu2 pun macam dah rimas sangat dengan rambut dia sekarang. huhu

Boy ke Girl anak ibu ni? 
Rambut Qaíd baru sekarang nampak cantik lurus berbanding masa dia baby. Masa dia lahir, rambut Qaíd lebat. Masa dia 3 bulan rasanya, kitaorang decide potong rambut Qaíd nombor 1. Pendek sampai nampak kulit kepala, tapi tak lama daripada tu, Qaíd diserang bisul dekat kepala sampai 4 kali round! Bayangkan kalau kita sendiri kena bisul satu bijik pun dah meraung sampai demam2. Inikan pula baby kena berpuluh bisul atas kepala. Tak tahu punca dari mana kena bisul. Teruk sangat keadaan kepala Qaíd masa tu. 

Masa kena bisul umur 4 atau 5 bulan. Ni round ke-4, kena bahagian depan, masa mula2 kena belakang kepala. Bahagian tepi jadi nipis rambut sebab gugur.
Disebabkan bisul tu, rambut Qaíd lambat tumbuh. Rambut dia gugur sikit sebab makan antibiotil untuk lawan bisul dan rambut dia jadi tak sekata sangat. Ada yang panjang, ada yang pendek. Tapi tak dipotong sampai la Birthday Qaíd yang pertama. Potong tepi dengan mesin. Disebabkan amoi tu tak berapa nak cekap, jadilah rambut Qaíd senget sebelah. Lagi.

Rambut tu tak dipotong sampai la 4-5 bulan jugak. Baru potong lagi. Kali kedua potong pun amoi jugak tapi just guna gunting, sebab amoi tu cakap, budak-budak mana boleh potong rambut pakai mesin, mesti dia takut maaa...haha! betul jugak kata amoi tu, Tak terfikir plak IQ sebelum ni. Kali kedua potong pun senget sebab even potong rambut pakai gunting pun Qaíd tetap meraung sebab takut dengan stranger. Senget lagi rambut anak aku masa tu. haha!!Kadang-kadang ada jugak opah dia curi2 potong rambut depan Qaíd sebab dah masuk mata sangat. Potong sendiri pun rasa macam ok je kan? hurmmm..


Gambar first masa potong rambut sempena 1st birthday.
Gambar kedua gambar lepas potong, macam abang askar jadinya. Mesin punya pasal.
Gambar ketiga. Pakai gunting tapi terlampau bergerak, senget sebelah rambut jadinya.
So, IQ rasa IQ nak potong sendiri rambut Qaíd tu pakai mangkuk dan juga gunting untuk kali ni. hek hek. Mr bean boleh buat, IQ mesti boleh buat! Mr Bean cerdika ape kan? haha! Adehh, senget lagi kali ni tak ley nak salahkan orang lain sebab diri sendiri buat. XD

Doakan IQ berjaya potong rambut Qaíd. Kalau tak berjaya, kedai jugak la jawabnya. haha!

till then, bai!

Post a Comment

21 Comments

  1. ahha..ptong mcm mn pun Qaid tetap comel..

    ReplyDelete
  2. Jgnlah potong..comel gitu..haha..itik kuning mari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rimas dah budak tu, kne potong jugak nad...eh..itik kuning!

      Delete
  3. Qaid as always, senget2 pu tetap hensem...
    auntie suka!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rambut sejemput dulu tak nampak sangat..ni rambut banyak mesti ketara sgt nampak

      Delete
  4. Geramnya tengok foto yg atas sekali bertulis boy ke girl anak ibu.

    Geram

    ReplyDelete
  5. Hahaha comel je rambut helmet tu..Good luck sis, semoga tak senget lagi.

    ReplyDelete
  6. All the best menggunting sis.. hehe

    ReplyDelete
  7. Potong stail Cristiano Ronaldo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak minat. haha! sayang rambut dia potong macam tu

      Delete
  8. No 2 tuhh, nampakkk style lahhhh~ hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. slope pakai mesin je tu. tu pun ad senget2 sebab dia banyak gerak..heee

      Delete
  9. rambut Qaid cantik, halus dan lurus. hehe good luck IQ ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. Ikut rambut ibu dia. hehe. tenkiu. setel dah. Haha!

      Delete
  10. hensem budak ni..geram nengoknyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee..terima kasih lagi aunty nad! IQ geram tengok pipi dia je

      Delete
  11. Rambut Qaid lurus..panjang pun still nampak kemas..tak payah potong pun tak apa..hehe

    ReplyDelete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)