Advertisement

Responsive Advertisement

Lunch di Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara

Salam semua.

Hari jumaat yang lepas, IQ dan ofismate IQ decide nak makan sedap-sedap sebelum menjelang Ramadhan lagi dua hari. So, kitaorang plan makan tempat makan yang biasa kitaorang pergi ni sebelum puasa. Kedai-kedai makan ni jarang pergi sebab agak pricey. Kalau baru dapat gaji baru la dapat pergi. Tapi memandangkan dah nak puasa, so..bedal je la even gaji pun tak masuk lagi. huhu..

So, dalam list tu ada kedai Korea yang menyediakan menu Dakgalbi. Sebab tu la diberi nama kedainya Mr Dakgalbi. Well, IQ tahu mesti sesetengah orang dah pergi kedai makan korea ni. Sebab kedai ni ada status halal ok! So, boleh la kalau nak mencuba makan makanan korea di sini. Kedai ni bawah ofis IQ je. So, hari2 nak makan pun boleh tapi tengok ongkos la. Kalau nak makan tiap hari, kopak la duit mak naakkk..haha!
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Pilih pilih
Setiap kali makan di Mr Dakgalbi ni, IQ biarkan ofismate IQ yang pilih. Selalunya IQ akan makan mee ramen, berbanding dua orang lagi ofismate IQ pilih untuk makan nasi. Sebagai hidangan pembuka, dorang akan sediakan menu sampingan sementara menunggu menu utama dimasak. Menu sampingan disediakan seperti Coleslow, jeruk lobak putih, Kimchi dan juga sup. IQ suka makan jeruk lobak putih sebab rasa dia macam jeruk biasa tu. 
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Jeruk Lobak Putih
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Coleslow
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Sup
Selalunya IQ tak makan lobak putih ni. Tapi untuk jeruk lobak putih ni IQ boleh habiskan sorang-sorang. Kimchi ni plak tengok keadaan. Kalau kimchi yang baru dibuat mungkin IQ boleh makan, kalau kimchi yang dah lama dibuat, rasa masam dia kuat sangat, so tak sedap sangat bagi IQ. Masa IQ pergi ni, kimchi dia sedap, so melantak kimchi banyak2. XD
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Kimchi untuk awak...eh? XD
Dorang akan masak mee ramen dulu. Baru masak nasi. So, dorang akan masak depan kita ok. Bab ni seronok tengok dia masak tapi dah habis makan, masuk ofis mula bau baju sendiri. Kenapa? bau dakgalbi!! Kuat baunya sampai melekat pada baju. Kena bawak perfume siap-siap. Sembur lepas makan. huhu.
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Prepare nak masak
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Mee Ramen dengan paste dan Cheese 
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Masak masak
Bila dah siap masak, apa lagi? Makan laaaa...selalunya IQ akan makan ayam dengan daun salad yang diberi. Gumpal2 masuk mulut. Omnomnomnom...Sedaaappp. Hari tu IQ makan banyak sangat sebab IQ kelaparan, tak makan pagi. Lately tak makan pagi, prepare makanan untuk Qa'id tapi tak bawak bekal ke opis. huhu. 
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Dah siap!! Nasi + Mee Ramen 
Mr Dakgalbi Solaris Mont Kiara
Muka masing-masing kelaparan nak makan
Harga untuk makan dekat sini? haha, IQ macam biasa, terlupa nak snapshot harga lagi. Adehhh..maaf kawan-kawan. Tapi bahagi 4 orang, IQ kena bayar RM25.00 jugak. So, dalam RM100.00++ jugak sebab masa ni ada salah sorang daripada ofismate IQ bungkus bawak balik. heee..

Kalau korang rasa nak makan makanan Korea, boleh la try makan dekat Mr Dakgalbi ni. Ajak ramai kawan-kawan baru best nak makan. heee..ok la, tu je nak cerita. bai!

Try fish eye lense beli dekat Chilindo, sape pernah beli dekat Chilindo? haaa...nanti la IQ cerita pasal ni...kalau mood rajin terlebih. haha!

Post a Comment

20 Comments

  1. dakgalbi tu seyes nampak sedap :D

    ReplyDelete
  2. elsa tak pernah masuk sini kak hakhak. memang simpan niat nak makan sini. tapi banyaknya sayur hmm elsa dah lah tak makan sayur hmmmm

    elsa jemput join ga baru elsa :* http://elsaalicious.blogspot.my/2017/05/giveaway-duit-raya-rm100-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, suruh orang lain makan, kadang2 bila dah gaul2 macam tu dah tak tahu mana satu sayur atau rice cake ape semua...

      InsyaAllah IQ join. =)

      Delete
  3. Byknya makanan..boleh habis ka?
    Tapi mesti sedapkan..
    Bestnya masak depan2 ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, habis je mrs pip, 4 orang makan ni. heeee

      best tapi baju berbau makanan jadinya

      Delete
  4. wah kimchi baru memang sedap.... syiok kalau makan ramai-ramai... selamat berpuasa IQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, kan? memang sedap kimchi tuu...selamat berpuasa jugak kak! =)

      Delete
  5. dah lama teringin nak makan ni. tapi kat sini macam takde jee haha.

    ReplyDelete
  6. errr tak balh masuk kot korea food,hikhik..
    nmpk grang tol IQ, takut hakak tgok hahaa, mood rajin dtg la, boleh crita lebih pasal eye lense tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, xjauh beza rasa dakgalbi ni dengan makanan kita, kalau menu lain mungkin IQ tak ley telan jugak kak...

      haha...nanti la kak, kalau rajin saya update...wiwiwiwi

      Delete
  7. Tak pernah makan makanan korea. Haritu pernah beli kimchi org wat. Tapi tak termakan sbb bau kuat sgt. Huhu..

    Nti citer sal fisheye lense yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimchi kalau baru dibuat memang sedap, bau dia memang agak kuat sikit tapi ok je rasanya.

      hehe, tengok la, kalau rajin dia melambung tinggi. hehe

      Delete
  8. Teringin nak cuba.. tapi partner tak minat plak menu2 camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari kawan2 yg boleh makan la camtu, meh gi dgn IQ meh..hihi

      Delete
  9. teringin betul pergi sini.. ramai tengok kawan2 makan kat sini.. menyelerakan ni:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom pergi! banyak franchise mr dakgalbi ni, boleh cuba. =)

      Delete
  10. Lama tak makan sini.. sedapnya..huhu.. lapar dah malam-malam baca blog kak IQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa...boleh la jadi menu berbuka =P..malam2 pergi selongkar dapur sana. XD

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)