Akhirnya Cabut Jua

11:00:00 AM

Pipi masih terasa kebas. Kesan bius tadi masih ada. Bius pukul 9.00++ tadi, nak masuk 2 jam dah...memang power kena dua inject tadi...

Sakit gigi melanda da berbulan, tapi duk tahan sebab doktor cakap tunggu dah tak sakit. Gigi beberapa hari sebelum ni memang dah tak sakit tapi tetiba sakit masa makan ikan dua hari lepas, rasa nak meraung menjerit masa tu semua ada. Then, melarat sakitnya tak henti sampai la hari ni.

Decide nak pergi pagi semalam tapi pagi semalam Qaíd cirit, habis satu bilik terkena dibuatnya. Ibu Qaíd ni terpaksa ambik masa untuk mop dan rendam apa yang patut. Plan nak jumpa doktor gigi ditangguh ke hari ni.  Akhirnya seksa sakit gigi hilang bila tercabutnya gigi geraham kesayanganku ini.

Lepas hantar Qaíd, terus pergi klinik gigi di Klinik Kerajaan AU2, Daftar dan bayar RM1.00. Tunggu nama dipanggil dalam setengah jam jugak, ramai yang sakit gigi tak kira umur. huhu. Bila nama dipanggil, terus berdebar. Sebelum tu ralit tengok handphone, lupa niat nak cabut gigi. Bila dah kena panggil, mula la seriau tu datang.

Masuk dalam bilik doktor, doktor cek..cakap nak cabut yang mana. Doktor cakap kalau bius masih ada rasa sakit kena tunggu beberapa hari lagi baru boleh cabut, kalau dah bius tak rasa apa-apa dah, boleh terus cabut. Angguk je la IQnya...kena dua das bius, rasa nak nangis, bius kedua terasa sangat sakit dia...fuhhh..

Sementara nak tunggu kebas gusi, pipi mulut semua ni, kena tunggu dekat luar dulu. Dalam 15-20 minit baru dipanggil masuk balik untuk cabut. Sekali tengok pengepit yang doktor nak pakai, gerun IQ oii! Redha je laa...huhu..

Doktor ambik masa juga nak cabut gigi IQ tu sebab gigi tu kukuh sangat! Memang kuat betul sampai doktor kena betulkan seat balik baru boleh ada kekuatan nak cabut. IQ ni dah rasa dah macam darah dah sebati dengan air liur. Erkkk......Lepas beberapa minit baru doktor berjaya cabut...fiuhhh! akhirnyaaaaa..

Doktor cakap gigi IQ susah nak cabut sebab selalunya gigi ada dua akar jer, tapi untuk gigi IQ ni ada 3 akar! dah ada baki akar yang terpatah di dalam gusi, kalau bermasalah kemudian hari perlu cabut kemudian.  huhuhu...kesian gigi..kuat pun berlobang...

IQ dapat kapas dan ubat. MC tak mintak plak sebab ada banyak kerja hari ni, tak perlah...tak teruk kot...kot...kang habis bius meraung nasib la kau IQ...huhu..

IQ sampai opis dah ni, rasa nak termuntah sebab rasa darah je dalam mulut, pernah dengar orang cakap tak elok sangat kumur kalau cabut gigi..so, IQ kurangkan kumur dengan air...tadi pun lepas cabut doktor tak suruh kumur pun, letak kapas terus siap...huhu..betul la tu kot..huhu..

harap gusi cepat putih dan bertenanglah gusi dengan ketiadaan gigimu itu...

till then, bai

You Might Also Like

10 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. seriaunya bca.... saya baru lepas operted gigi..buang gigi geraham bongsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. buang gigi bongsu lagi menakutkan sebab operate! IQ bakal buat nanti, bukan sekarang, mungkin lepas raya...huhu

      Delete
  2. uiiii cabut gigi, aaaa pengsan hahaa
    dulu akk suka gi KK AU tu, kalu checkup anak pun kat situ, situ selesa sikit, walupun tak stay kat keramat dah tapi suka jalan2 area sn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengsa sungguh kak, habis bius tadi meraung dalam opis! haha!

      yeke? boleh ek pergi klnik mcm tu je? sbb dlu sy nk buat checkup anak dkat stu xbley, even rumah dekat pun, kne ikut kawasan katanya

      Delete
    2. tu 4 tahun lepas qis, sekrang tak tahu la, dah ada rule baru kot, leceh kan kalu ikut kawasan padahal duduk area situ jugak kan..

      Delete
    3. tu la kak, nak cari parking kt stu pun senang, ktanya ikt kawasan negeri, au2 dah termasuk dalam selangor...ke cemane

      Delete
  3. Sakit kannn.huu. reen dua tahun lepas cabut sbb da berlubang teruk. Huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, sakit sangat! dulu masa cabut time belajar tak der la rasa sakit macam ni...adehhhh

      Delete
  4. Ramai orang ada pengalaman cabut gigi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang rasa punye, mse kecik2 dah rse...hehe

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers