Advertisement

Responsive Advertisement

Adehhhh...Silap IQ Lagi

sumber Google
Salam warga blog,

Keletihan. tu je IQ boleh gambarkan sekarang ni. Pagi isnin memang selalu rush sebab banyak perkara nak kena setel pagi-pagi buta. Malam tadi tak ada tidur awal sangat, so pagi pun memang lemau nak bangun awal. Hujung minggu agak keletihan sebab ada kenduri dan jugak temankan adik pergi beli stok tudung. Tentang kenduri nanti IQ cerita kemudian. Nak cerita apa yang berlaku pagi tadi...fiuhhh..

Ingat tak IQ pernah cerita IQ kena marah pasal IQ blok parking kereta orang dan letak nombor handphone kecik dekat dashboard? Boleh baca entry tu dekat sini. Cerita pagi ni pun sama. Kes IQ blok parking kereta orang lagi. Tapi kali ni IQ tinggalkan nombor telefon sebesar alam dah..cuma...

IQ tak dengar call masuk!!! IQ tengah sibuk siapkan bekal makanan untuk Qaíd. Sebelum start masak tadi IQ dah jengah tingkap. Nampak tak ada orang dekat kereta IQ blok tu. Tapi IQ silap tak letak telefon dekat dengan IQ, handphone IQ dalam bilik. Adehhh..memang silap IQ kali ni. 19 kali orang tu call rupanya.

IQ tersedar bila IQ terdengar orang jerit-jerit tapi mujurlah bukan sebab IQ blok parking tu kot. (KOT je la, kalau betul kesian sangat, maaf sangat-sangat). IQ call balik orang tu untuk mintak maaf, dan katanya dia da pergi kerja naik motor. Nada suaranya macam baru lepas nangis. huhu...IQ memang mintak maaf sangat2. Memang silap IQ kali ni tak letak handphone dengan telinga awal-awal.

IQ tengok handphone lagi. Ada mesej masuk juga. Fuhhh...memang marah sangat. huhu...adehai IQ, kenapa la dengan ko pagi ni..loqlaq pagi-pagi...


Adehhhh...Silap IQ Lagi 
Pagi2 IQ memang kelam kabut sikit. Bangun awal pun kelam kabut, bangun lewat pun lagi la kelam kabut. Sebab tahu-tahu je dengan budak kecik kan? Kalau dia bangun awal, kecoh dengan dia nak itu ini, kalau dia bangun lewat pun, nak kena tukar pampers dulu sebelum hantar pengasuh. Mulut Qaíd pun sama macam bertih jagung sekarang. Kalau ibu dia membebel lambat, dia pun sama nak membebel. Anak ibu sangat. Arwah ayah pendiam orangnya. So, Qaíd banyak ikut ibu nampaknya..huhu

IQ memang kalau boleh tak nak blok parking orang. Tapi semalam terpaksa sangat. Dengan bilangan parking yang semput, terpaksa la blok parking orang lain. Memang penuh parking sekitar rumah IQ tu. adehai...nampak gaya macam nak kena cari rumah lain la ni Qaíd...hurmmm

Anyway, memang tak semua orang paham situasi kita. Orang tak kan tahu kita hidup sendiri tanpa bantuan suami. Nak kena urus segala benda seorang diri. Tapi IQ harap IQ akan terus kuat, sebab IQ tak nak benda macam ni jadi penghalang IQ untuk membesarkan Qaíd dengan baik. Memang kadang-kadang rasa nak putus asa, tapi kenapa nak putus asa sedangkan tiada apa yang menghalang, hanya perlu usaha lebih sebab bersendirian. Kan?

ok la. sekian bebel pagi IQ. jumpa entry kenduri next! bai

Post a Comment

6 Comments

  1. i feel u dear..
    akk simpati dgn IQ, tabah ye banyakkan berdoa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, salah sy kak...InsyaAllah...mudah2an

      Delete
  2. Alahai. Takpe IQ. Bukan sengaja xnk agkt call kan. Tp da tak mmg x perasan. Kuatkan semangat demi qaid k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...selalu alert, tapi sbuk sngat pagi2, alert x alert sgt jadinya..huhu

      Delete
  3. huhu.. naseb baik just bgi msg je , Kalau kena calar2.. naya gka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, risau jugak, xpun kne pancit tayar kn...haha...

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)