Sakit Gigi Pulak

10:39:00 AM

-- --
Salam Bloggers.

Lama IQ tak update, berhari jugak since isnin lepas, hihi...actually IQ tak berapa nak normal sket lately ni sebab SAKIT GIGI! Sampai pening-pening kepala, berdenyut-denyut gusi IQ ni, hilang mood rajin nak update blog (ditambah idea yang kejap ada kejap tak ada)

Hari isnin lepas, gigi IQ makin sakit. Petangnya IQ ajak adik ipar pergi Klinik Gigi private dekat Wangsamaju. Call siap-siap klinik tu boleh check gigi walk-in ke tak..so dorang cakap boleh. Pergi klinik selepas waktu kerja. Doktor gigi cek katanya gigi dah start rosak, nak tampal dah tak boleh sebab dah kena saraf, ada dua option samada nak cabut ataupun nak buat Root Canal Treatment a.k.a. Rawatan Akar Gigi yang menelan belanja RM800 untuk dua sesi...gigi bongsu IQ pun kena cabut jugak, tapi kena buat pembedahan yang berharga RM600! erkk...

Telan air liur kejap, nak buat rawatan ke nak cabut je gigi ni, last2 decide nak fikir dulu. Doktor bagi ubat dan lepas tu pergi klinik kanak-kanak plak sebab Qaíd batuk lately dan last2 dia kena neb. Kahak dia dah terkumpul dekat paru-paru dia. Masa kena Neb pun kena ada 3 orang pegang dia, kuat betul Qaíd tu meronta. Fuhhh..

Semalam pagi, IQ try pergi klinik pergigian kerajaan plak. Saje try cek dan mintak pendapat doktor dekat klinik tu plak. Doktor dekat klinik kerajaan tu cakap gigi IQ memang dah rosak, samada kena cabut dan buat gigi palsu, ataupun buat crowning ataupun buat breech, amende istilah IQ pun tak paham sangat, tak tanya panjang sebab IQ nak masuk pejabat plak lepas tu, IQ just tanya kalau cabut pada waktu tu boleh ke tak? Doktor cakap kena tunggu hilang rasa sakit pada gusi sebab tak nak rasa sakit sangat masa cabut gigi nanti. Gigi bongsu yang nak kena cabut tu pun doktor cadangkan tampal dulu...tapi kena ikut step sebab semua gigi rosak pada bahagian yang sama iaitu belah kanan, so..kena buat satu-satu, tak boleh sekaligus...

Nak tak nak, teruskan ubat antibiotik dan tahan sakit sampai la sakit tu hilang...bangun pagi kalau tak bengkak pipi tu memang tak sah ler...tahan je la sampai hilang rasa sakit...IQ pilih untuk cabut je gigi ni, nak buat RCT tu tak mampu ler...nak buang gigi bongsu pun mungkin buat dekat hospital kerajaan, jauh lagi murah berbanding dekat private....insurans tak cover dental punya treatment..so, bertabahlah pergi government..cuma tak tahu la berapa lama kena tunggu kan?

ok la, tu je nak cerita...till then...bye2!

You Might Also Like

4 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Uishh peritnya sakit gigi tu sis 😭 Elsa tak pernah lagi rasa sakit gigi. Get well soon ye. Jaga makan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan tak jaga ni, main bantai makan

      Delete
  2. Perghhhh mahal juga kos rawatan untuk gigi kan. huaaaa tapi tak best juga tahan sakit gigi lama-lama. boleh buat hilang mood seharian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sbb makan antibiotik dgn ubat tahan sakit je skrg...sakitnye boleh bawak jadi migrain, silap haribulan boleh demam

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers