Advertisement

Responsive Advertisement

Qaíd Aqhar Membesar

Say Hye Qaíd!
Melihat anak membesar memang satu perkara yang bahagia buat semua ibu bapa, apatah lagi anak membesar dengan sihat, cerdas, cergas dan aktif dalam segala aspek membuatkan ibu bapa bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T. yang berikan.

Melihat Qaíd membesar di hadapan IQ memang menjadi keutamaan IQ sekarang apatah lagi sejak Arwah meninggal, hanya Qaíd seorang yang mampu meredakan segala resah di hati, melihat dia tersenyum sudah hilang semua masalah dalam kepala. Ajaibnya senyuman seorang anak yang masih putih hatinya.

Qaíd dah nak masuk 1 tahun 8 bulan bulan May nanti. Keletahnya makin hari makin mencuit hati sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Mulutnya saja tak pernah nak berenti bercakap even cakapnya dalam 10 patah perkataan, ada la satu ibu dia ni faham...yang lain kena tanya lagi sekali...tu pun kalau faham, kalau tak faham, buat-buat faham aja la jawabnya..

Semalam balik dari kerja, buka pintu rumah, bagi salam...terus si Qaíd datang pada IQ dan peluk. Alahai manisnya anak ibu buat macam tu kat ibu...mintak didukung even berat dia dah 12kg rasanya, semput nak dukung tapi layan aje la, muscle ibu dah level orang pergi gym dah ibu tak der heran dah..

Dalam kepala IQ dari semalam serabut pasal IQ ada nampak seorang lelaki duk ushar kereta IQ dan hafal no.plate IQ, IQ dah cuak seharian semalam, dari pergi kerja sampai la balik kerja, nampak si Qaíd hilang sekejap perkara tu, nak tidur tak tenang, risau orang nak aniaya IQ, curi tayar ke curi kereta ke...risau ler, tu je la kereta yang ada, kalau hilang yang tu, nak cari yang lain pun makan masa, lagipun sayang kereta tu, kereta pertama la katakan, Arwah Ummi dan Arwah suami la orang kuat dalam urusan pembelian kereta ni sebab dorang la pendorong kuat IQ masa IQ masih dalam proses beli kereta dulu, hilang kereta tu, hilang la kenangan IQ bersama kesayangan IQ yang dah pergi jauh...

harap bukan niat lelaki tersebut nak aniaya IQ, dan jika Ya, pesongkanlah hatinya dari menganiaya ibu tunggal anak sorang ni Ya Allah...

ok la, till then, bye!

Qaíd dengan Pak Teh (adik ipar no.4)

Post a Comment

12 Comments

  1. Semuga Qaid membesar menjadi anak yang soleh. Mudahan dijauhkan Iq daripada manusia-manusia yang mempunyai niat tak baik.

    ReplyDelete
  2. MUdah2an jadi anak soleh yang akan menjadi kebanggaan ibunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, penyejuk mata dan hati selamanya InsyaAllah

      Delete
  3. Qaid pasti jadi anak yang soleh.

    be safe IQ. banyak baca ayat qursi sebagai pendinding, inshaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nadia.

      InsyaAllah, tak lepas baca, mhon dijauhkan dari perbuatan jahat manusia

      Delete
  4. takutnya kalau ada orang yang hafal nombor pendaftaran kereta tu untuk tujuan yang tak elok. Semoga IQ sentiasa dilindungi ya.

    Makin lama makin besar ya Qaid, semoaga jadi anak yang soleh. Yang penting baju Qaid ni sy tengok semuanya comel2 hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin, terima kasih syed

      aah, makin besar dah, amiin, hehe..kena gaya pilih, InsyaAllah semua jdi comel..=)

      Delete
  5. Semoga Qaid jadi penyejuk mata.. InsyaAllah Allah pelohara Qaid..

    ReplyDelete
  6. aloloo..omei duduk dlm kereta sorong tu, biasa buat dulu, klu balik kmpong itu la permainannya, gilir2 naik..haha
    anak ni penguat semangat, smoga qaid membesar dgn sihat & terhindar dr perkra yg tidak baik..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kalau balik kampung, heaven la dia, ramai yang melayan...tak ada gilir2 naik, gilir2 tolak je ada, dia sorang je cucu opah dia setakat ni

      betul, InsyaAllah Amiin

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)