Monolog Sendiri

9:57:00 PM

Tiap kali tengok gambar Arwah, apa yang IQ fikirkan, kenapa Arwah pergi dulu? Sebelum sempat rumah tangga kami kukuh utuh dengan hadirnya lebih ramai anak-anak.... 

Apa yang IQ dapat jawapan daripada apa yang IQ fikirkan itu adalah....sebab itu sahaja yang IQ mampu....mampu jaga anak hanya seorang....mampu bawa diri ke mana sahaja di bawah lindungan-Nya Insya-Allah....mampu berdikari, takdir Allah jadikan hidup IQ begini....mungkin perlu utamakan keluarga juga...berbanding diri sendiri, even dari dulu bukanlah jenis pentingkan diri tapi kemampuan diri mungkin menyebabkan semua bergantung harap pada IQ...itu telahan IQ...bukan betul2... 

Hidup IQ begini, bukanlah IQ menginginkannya. Bukan seperti yang IQ rancang sama sekali. Tapi bukanlah IQ menolak apa yang dah berlaku. IQ masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa di saat semua orang turut sama bergembira tapi bukanlah tangisan malam hari tiap kali ingin beradu dikongsi sekali...

Monolog hati. Sampai ke sudah tak kan pernah habis.....

14 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. pasti ada yang lebih baik lagi untuk IQ selepas ini, perancangan Allah adalah yang terbaik...inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Allah knows the best.. Stay strong akak.. :/

    ReplyDelete
  3. Hidup ni sementara. Indahnya dah ada yang tunggu di sana, alam abadi, selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, moga bertemu semula di sana..Amiin

      Delete
  4. Bertabahlah.
    Perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita.

    ReplyDelete
  5. SALAM DIK..1ST TIME MASUK SINI..THRU BLOG kawan.
    Moga IQ tabah jalani hidup yg telah ditentukan. redha dgn sepenuh hati, semoga allah membalas dgn segala2 kebaikan buat iq dan anak..ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak, terima kasih sebab singgah blog IQ..=)

      InsyaAllah Amiin...Mudah2an...

      Delete
  6. InsyaAllah ada perancangan yg terbaik drNYA utk IQ lps ni...

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah ada perancangan yg terbaik drNYA utk IQ lps ni...

    ReplyDelete
  8. allah maha mengetahui..iq kuat..bersyukur iq ada anak lelaki..harap anak iq besar dapat jaga iq

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD