Betul-betul Kelam Kabut

11:39:00 AM

-- --
Salam blogger.

Kelam kabut! Pagi2 hari isnin ni kalau tak kelam kabut memang tak sah! Minggu lepas rilek sket sebab mak lang Qaíd tak kerja, memang tak hantar dekat pengasuh hampir seminggu tapi hari ni kena hantar balik la sebab mak lang dia dah start mengajar balik. 

Ikutkan tak ada la kelam kabut sangat, prepare makanan Qa'id macam biasa pagi2. Memang siapkan segala benda ikut kebiasaan tapi tetiba je stuck bila nak keluar dari rumah, kunci rumah hilang!!! Puas cari kat mana-mana memang langsung tak jumpa. Cari dalam beg tak jumpa, atas rak tak jumpa, dalam poket seluar tak jumpa, memang rasa betul2 lost.

Terfikir kot kot family mertua terbawak balik melaka sebab dorang datang rumah hujung minggu lepas tapi tak nak tanya dorang lagi. Last assumption IQ masa tu IQ tertinggal dalam kereta. Tapi macam mana nak ambik dalam kereta?? Adehh~ 

Last2 mintak tolong pengasuh Qaíd, campak kunci kereta dari atas dan pergi dekat kereta. Last2 ADA!! Alhamdulillah...ada juga akhirnya. Risau! Kalau tak memang dah EL IQ hari ni...kuikuikui...Thanks cik hanum tolong saya, nanti gaji saya belanja..hehehe...

Lately IQ agak lewat pergi kerja, banyak perkara nak diselesaikan tambah2 plak gigi sakit nak kena pergi klinik. Memang minggu lepas pun 2x IQ excuse datang lambat sebab renew lesen dan pergi klinik. Boss dah mula nampak IQ asyik datang lambat. Nak buat cemane boss. Saya single, semua benda saya buat sendiri, lain la ada suami dulu. Anak tak sihat pun suami yang cuti. 

Memang berbeza kehidupan IQ sekarang dengan dulu. Sekarang tak sampai setengah tahun pun balance cuti tinggal 4 hari je. Sebabnya? ANAK. Dulu masa Arwah suami masih ada, dia memang selalu akan ambik cuti sebab dia banyak cuti dan mudah nak apply cuti. Beza dengan IQ masa tu, dan sekarang mudah ke susah ke IQ kena hadap. Raya nanti ambik cuti tanpa gaji la nampaknyeeee...huhu..

Tu je la nak cakap, kisah pagi hari permulaan minggu ni memang tough kali ni. Banyak lagi selingan berlaku hari ni yang membuatkan IQ rasa, banyak dosa IQ ni...sebab banyak sangat benda berlaku awal pagi ni...adehhh...bertaubatlah sebelum terlambat IQ...huhu..kadang kita rasa kita betul, tapi sebenarnya kita salah....admit it..then you will realise how fool are you..kesalahan tak semestinya besar, tapi kesalahan kecil pun lama-lama boleh buatkan hati kita hitam...insafi kesalahan sendiri...moga iman masih ada di hati..

Till then...bai

***benda last IQ ngadap masa IQ drive pagi tadi pergi kerja adalah melihat seorang pemandu yang tak ada sivik buang sampah dari kereta hanya melalui tingkap. Lelaki ok! Sorry, tak semua lelaki macam lelaki tu....tapi jangan nak kereta je bersih tapi hati sama kena bersih ok!

ini bukan gambar pagi tadi. tapi saje nak tunjuk budak ni dah makin besar dan panjang akal. beg duit acik nina dia pun dia nak sapu main....

You Might Also Like

24 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. bertabah lah, rasa simpati dgn luahan IQ ni.. insyaAllah ada jln mudah yg Allah bantu..

    bab yg buang sampah kat kereta tu memangggg hakakkk gewammm, lelaki jugak hokey.nak marah konon nak hon..sekali tngok berjambang, berspek mata hitam, misai taring.. terus tak jadi..takot i hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak suzie, IQ akan sentiasa kuat...untuk anak IQ

      haha, itu lawak, saya pun hampir nak hon semalam, tapi nak try tengok muka pemandu tu, tapi xsempat, dia dah melencong ke tempat lain...

      Delete
  2. hmm..Sebak pulak bila akak luahkan pasal cuti.. It takes time nak biasakan semua tu kan kak, tapi demi anak, semua pun boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, makin hari makin Allah prmudahkan urusan akak, Alhamdulillah anak pun baik jer...huhu

      Delete
  3. nasib baik ade org boleh tolong..kalau dh kelam kabut memng ape pun tak mampu buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, nasib baik ada orang yang boleh diminta tolong, kalau tak memang la terperuk dekat rumah satu hari...huaaa

      Delete
  4. Semuga Iq terus tabah hadapi dugaan seharian. Semuga Allah mempermudahkan urusan Iq setiap hari. Aamiin

    ReplyDelete
  5. Memang ada hari ups and downs. Sabar je la kan. Berkesempatan amalkan dhuha, inshaAllah dipermudahkan segala urusan.
    Dah struggle seharian nampak muka budak comel tu mesti hilang lelah kan? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nadia, mmg akan ada hari baik dan kurang baik....InsyaAllah akan cuba amalkan lepas ni...

      yang tu usah dikata, balik kerja kalau tak nampak muka dia mesti tak lengkap hidup

      Delete
  6. Hmmmm sedih pula saya baca entry IQ ni. semoga IQ sentiasa tabah dalam apa sahaja cabaran yang mendatang dalam hidup. Bukannya mudah nak uruskan kerja lagi, anak lagi dan semuanya kena buat seorang diri. Semoga Allah permudahkan urusan IQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, mudah2an macam tu la...terima kasih syed untuk doanya..

      Delete
  7. Memang kelam kabut bila pasangan dah tak ada. Saya alamiinya. Terkejar kejar. Nak ketjs, nak urus anak, urus rumah tangga. Macam2.

    Saya tak ambik maid, bimbang dia termengandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, betul tu..mmg terkejar2...klu x, mesti psangan tu yg akn tolong kte buat apa2...

      termengandung? ok, konpius kejap

      Delete
    2. Saya pun kompius kejap

      Delete
    3. XD saya keliru sket, skrg bru paham, slow sket.

      Delete
  8. Samalah kita, saya baru paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa, baru faham..kena baca banyk kali..hihii

      Delete
    2. kak suzie pn konpius ke? XD

      Delete
  9. Samalah kita, saya baru paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awak berdua baca blog saya lagi awak tak faham. Sebab saya tulis dalam keadaan tak faham. Susahnya saya nak faham tulisan sendiri. Saya lambat paham.

      Delete
    2. IQ kena ambik masa luang yang banyak untuk baca blog adam. banyak isi nak dihadam

      Delete
    3. betul2 (nada upin ipin)
      kata2 adam dlm penulisan sungguh indah, kdg2 kena baca ulang kali nak bagi faham, bagai sasterawan, ada talent keluar buku sebutir, jngnkan blog zie, semua bahsa pasar hahaa merapu, meraban hahaa

      Delete
    4. ZIE AZIE & IQ,

      alaaaaa .... tulisan kita bertiga sama je. Ada yg lebih ada yg kurang. Apa2 pun saya suka baca blog you berdua. Pada saya entry you semua ok, santai. I love reading yg santai2.


      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers