Tak Rugi Kalau Bagi Signal

9:53:00 AM



Mood pagi ni sedikit panas. Kalau bawak kereta pagi2 tak pernah mood tak kelaut. Sebab apa? Tu haaa...pemandu-pemandu dekat KL ni 'berhemah' sangat. Sakit jiwa IQ dibuatnya!

IQ tak tahu kenapa la dengan pemandu dekat KL ni macam nokharom sangat. Nak masuk kemain himpit kereta kita, bagi la signal akak/bang oii! baru la orang tahu kau nak masuk ke kanan ke kiri ke, baru la orang boleh bagi laluan pada kau nak masuk, ini jadi perahsia sangat, tak nak bagi signal tapi kemain menghimpit nak masuk, macam masuk rumah orang tak ada adap, tak bagi salam terus menonong masuk nak duduk atas sofa. cess!

Ini kali kedua da IQ cerita perangai entah hape-hape pemandu dekat KL ni terutamanya. Sakit jiwa. Tak nak spesifik la kaum apa jantina apa. Tapi IQ tahu la siapa yang selalu buat perangai memandu entah hape-hape tu kaum apa dan jantina apa..kadang tak kira pun...semua konon nak cepat, bantai masuk tanpa tengok kiri kanan.

Nak bawak kereta ni mata kena la jadi mata burung helang sikit, pandang side mirror dan back mirror tu, tengok blind spot, jangan main taruk masuk...bagi je la signal even tak ada kereta belakang kereta kau, praktikkan selalu, tak ada la menyusahkan orang lain terutama motor, kesian dekat motor, kalau dorang laju, korang masuk tanpa signal, dia langgar kereta korang jugak...sape salah? korang la! nak masuk tak tengok kiri kanan, signal tak bagi...dah kena jangan nak tunding jari jer...

hari-hari mengadap jem, tahu la perangai pemandu dekat KL ni macam mana, tak adanye orang kedekut nak bagi kau masuk kalau kau bagi signal, IQ sendiri selalu bagi signal lagi mudah dorang nak bagi laluan dekat IQ sebab dorang tahu ke mana arah tuju IQ sebenarnya..ye tak? Tak der la orang tetiba brek emergency semata-mata kau masuk tiba2 tanpa signal...makan maki hamun orang lain je nanti..

nampak tak IQ dah geram sangat sebenarnya? sebab tadi pun ada la satu kereta ni, main himpit je kereta IQ sebab nak masuk lane, nak masuk depan IQ plak tu, signal langsung tak bagi! lepas tu IQ bagi la laluan, lepas tu dia masuk lane lain pun tak bagi signal, dan bila lane yang dia masuk tu lambat gerak, dia nak masuk lane IQ balik, agak2 nampak macam tayar kereta dia nak masuk lane IQ balik, IQ bagi hon sekali haaa...geram! nak masuk tak bagi signal...agak agak la amoii...tukar2 lane tak bagi signal...susahkan orang laaa..

haha! cukup la entry geram IQ kali ni. dah lepas dekat sini...fiuhhh...haha! bai~

You Might Also Like

4 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Nadia pun panas dengan orang yang tak reti bagi signal ni. takde adab. kadang2 kita punya tunggu dia lalu sekali dia masuk simpangg.. grrrrr. nasiblah masih ada sabar dalam jiwa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandu malaysia banyak dah hilang sabar, dan jadi tak bertamadun, sape yang sabar tu memang terbaik la, huhu

      Delete
  2. Memang panas kalau orang tak reti nak bagi signal ni. Padahal benda mudah je pun, kalau bagi signal mesti orang bagi laluan. ni tidak, main himpit je kereta dia kat kita. Kalau kita slow takpa lah, kalau laju? tak memasal kena kereta kita pulak. KL drivers memang banyak yang reckless. Sakit hati pula tapi nasib baik tak pernah accident lagi dekat kl tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu tak per, sangat la entah hape hape perangai bawak keretanya, kita yang berjaga2 pun sakit hati sangat tengok orang lain bawak kereta macam nokharom. huhu

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers