Salam hari isnin.
Betul2 monday blues IQ hari ni, rasa penat sangat nak bangun, hari ni puasa tapi tak sempat nak sahur, aim bangun pukul 5 pagi tapi terjaga pukul 6 pagi!! Si kecik merengek nak susu lambat, pukul 6 baru nak susu, selalunya pukul 5 dah merengek. Penat sangat badan, sebab dua tiga hari ni tidur lewat tengok drama korea, haha! sendiri buat, sendiri mau ingat, nasib la badan jadi lemau...tapi puasa tetap puasa hari ni, sebab dah niat sebelum tidur...so, teruskan aje laa..
hari tu IQ ada cakap nak share gambar photobook yang IQ buat dan order. IQ beli kupon dia dekat LAZADA, satu photobook saiz 6'x 6' 48 pages hanya RM4.90!!! murah kan?? serius murah! sebab LAZADA tengah buat sale sekarang ni, rugi kalau tak grab, tapi lepas IQ beli yg RM4.90 harga dia dah naik seringgit, jadi RM5.90. Tapi bear in mind, photobook sahaja Rm4.90, cas penghantaran daripada pihak Pixajoy berlainan harga...around Rm8.00++ sekali GST...tapi bagi IQ reasonable la, sebab 48 pages, jenuh jugak nak edit...
IQ beli kupon hari jumaat dua minggu lepas, lepas tu dapat no.kupon hari isnin minggu seterusnya. Hari isnin tu jugak IQ edit gambar semua dan hantar dekat pihak Pixajoy. IQ tak edit beriya sangat, gambar lahir QaÃd pun lupa nak letak tarikh lahirnya...adehhh...nak cepat punya pasal, semua lupa!
So, hantar hari isnin, hari khamis da dapat!! Cepat kan?? Serius cepat, selalunya printing ambik masa tapi cepat pulak sampainya. hasilnya memang terbaik! kualiti gambar dan material yang digunakan memang bagus, warna pun cantik, tapi mesti diingat, kena edit gambar bagi cerah dan jelas kalau nak hasil yang memuaskan, bukan letak gambar lepas tu setel, tak ada istilah macam tu, just edit gambar bagi enhance, so, gambar akan jadi lebih baik..
Meh kita tengok sikit2, IQ tak tunjuk semua helai la...sebahagian je IQ tunjuk ok?
Gambar Kami dan juga gambar QaÃd masa lahir |
IQ banyak letak gambar QaÃd dan Arwah Suami dulu untuk muka surat depan2 ni, last2 baru ada banyak gambar QaÃd dengan IQ, ikut turutan... |
Letak jugak gambar berdua dengan Arwah...dan juga gambar QaÃd yang terkini.. |
Masa IQ buat photobook ni serius menitis air mata. Dan photobook ni sampai pun IQ menangis lagi, siap jua akhirnya...dah lama IQ nak buat, sejak Arwah ada lagi tapi selalu tak sempat dan tak ada masa...
Abang
QaÃd dah besar, dah makin panjang akalnya, dah makin nakal perangainya, kalau abang ada, mesti seronok dan bising rumah kita dibuatnya, QaÃd baik-baik jer bang...sayang tahu dia rindu abang...dia rindu nak main dengan abang...dia rindu pelukan kasih ayahnya...sebab dia tahu ayahnya sangat sayang pada dia...
Al-Fatihah..
30 Comments
Al fatihah...buat aruah suami IQ... hanya tinggal kenangan dan photobook itu merupakan momen2 gembira bersama aruah dan Qaid. Nanti Qaid dah besar mesti dia dapat mengenali gambar Aruah ayahnya. Sabar banyak-banyak ya IQ. Kuatkan hati dan terus tabah mengharungi dugaan hidup ini. Teruskan demi Qaid. Semuga Qaid menjadi anak yang soleh. Aamiiin
ReplyDeleteInsyaAllah Amiin, memang tu niatnya, selalu tunjuk gambar Arwah untuk QaÃd ingat tentang ayahnya
Deletesemoga sentiasa tabah.. and thanks review pasal photobook ni.nak buat tapi tak terbuat lagi..hye dear.. jemput join segmen blog saya
ReplyDeletehttp://fashapurple.blogspot.my/2017/03/segmen-bloglist-april-2017-by-farah.html
ada giveaway untuk 3 blogger bertuah =)
InsyaAllah....
DeleteInsyaAllah IQ join, heee
Semoga arwah di tempatkan bersama dengan orang2 yg beriman. Amin
ReplyDeleteWah murah sgt dah tu. Ana nk ushar jugak lah kalau ada lagi. Thanks for the info dear.😘
Amiin...
Deleteushar ana, ada promosi lagi tu..heee
Bertabahlah.
ReplyDeleteCantik IQ. Eh sorry, cantik photobook IQ tu.
InsyaAllah..
Deletehaha, cantik kan photobook tu? puas hati!
alfatihah, semoga sentiasa di kalangan orang beriman. cantik photobook. dapatlah lepaskan rindu kan In Shaa Allah :)
ReplyDeleteelsa singgah follow sini #881 :*
InsyaAllah dapat lepaskan rindu..
Deleteterima kasih elsa!
Saya belum dapat follow, ada error ngan widget followers, mungkin sebab pakai phone, nanti balik ofis baru dapat follow ya IQ..
Deleteaah, widget follow skrg mmg ad mslh, kne refresh byk kli bru dpt.
DeleteAlfatihah buat arwah suami... Semoga IQ tabah ya...
ReplyDeleteInsyaAllah, terima kasih =)
DeleteIQ kuat untuk anak.. inshallah allah tempatkan arwah dikalangan orang yang beriman..
ReplyDeleteInsyaAllah, Amiin...terima kasih
DeleteAl-Fatihah untuk suami IQ.. Allah semoga IQ tabah yer
ReplyDeleteInsyaAllah, terima kasih mama jue =)
Deletesemoga suami di kalangan orang yang beriman, Al Fatiha. IQ kuat demi anak ok..alahai kita pun turut sedih..
ReplyDeleteterima kasih nad =)
Deletealfatiha., bertabahlah mkcik PIp .,
ReplyDeleteInsyaAllah =)
DeleteAk fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan ahli syurga.
ReplyDeleteamiin, terima kasih kak nab
DeleteAl-fatihah untuk arwah. Semoga IQ sentiasa kuat dan tabah dalam melalui kehidupan yang mendatang. Siap juga kenangan bersama arwah kan? :')
ReplyDeleteterima kasih seorang syed, tu la, siap jua akhirnya. =)
Deletesemoga izyan kuat utk anak, be strong iz, Allah lebihkan sygkan dia, banyakkan doa semoga arwah di tempatkan dikalangan org yg beriman..
ReplyDeleteAda photobook ni terubat rindu kan..
Alfatihah utk arwah..
InsyaAllah, mudah2an,
Deleteterubat sikit, kalau rindu kan?
Al-Fatihah
Takziah iq. Cantik photobook tu.. Sy sampai skrang tak terbuat photobook. Huhhu
ReplyDeleteterima kasih. hehe, banyak lagi photobook baru siap ni, kena ada kerajinan tahap tinggi baru la photobook ni mampu siap..hehe
DeleteKata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam
(Nyanyi Ke Tu?)