Pemilihan Carseat Untuk Qa'id & Tips Perjalanan Bersama Anak Kecil

10:20:00 AM

Salam blogger sekalian.

Hari ahad lepas IQ pergi ke Bentong, Pahang. Melawat anak saudara kawan baik IQ yang lahir hujung tahun lepas. Dah lama bercadang nak pergi melawat tapi disebabkan banyak hal yang perlu diuruskan, asyik bertangguh plannya. 

Kalau ikutkan IQ tak jadi juga pergi ke sana, sebab tak ada yang berkelapangan nak menemani IQ. Tahu2 la kan IQ ada budak kecil yang sedang aktif ni, memang agak mencabar nak bawak berdua tapi disebabkan kengkangan masa, IQ paksa juga diri untuk melawat minggu lepas. Family kawan baik IQ tu sendiri dah macam family IQ sendiri, plak tu rupanya ada bau2 bacang antara kami semua sebab familynya juga berasal dari Terengganu. 

So, disebabkan adik ipar IQ tak free, adik perempuan IQ pun tak free nak teman IQ, IQ decide untuk pergi berdua jer dengan Qa'id. Tapi kena cari carseat dulu, sebab baby carrier Qa'id yang lama IQ dah jual preloved bersama stroller lama Qa'id. So, IQ plan nak cari carseat yang boleh tahan lama sikit, means sampai dia besar sekolah tadika mungkin?

IQ ingat nak cari yang preloved tapi yang ada jenama, macam Maxicosi, Joie, dan sebagainya tapi bila tengok harga yang preloved pun macam better beli baru brand Sweet Cherry, Sweet Cherry pun ok jugak, brand yang IQ pakai untuk stroller lama Qa'id. So, menapak la IQ ke Aeon AU2, Setiawangsa sebab itu je Aeon paling dekat dengan rumah IQ, tak sampai 2km pun. heee..

Nak pilih carseat yang sampai 4 tahun sahaja macam tak berbaloi, Qa'id sendiri dah nak masuk 2 tahun. Badan dia pun tembam dan besar macam dah lebih 2 tahun, so IQ plan nak beli yang advance sikit, yang boleh guna sampai dia sekolah rendah. So, IQ pilih Booster Seat. Boleh guna dari berat 9kg sehingga 36 kg. 

Pemilihan carseat
IQ pening sikit bila IQ baca berat yang sesuai dengan booster seat ni. Dikatakan berat dari 9kg dah boleh guna tapi kalau ikut spesifikasi dari berat 15kg baru boleh guna. Tapi Qa'id sendiri pun rasanya dah semput IQ nak angkat, assume dia dah layak pakai booster ni.

Booster seat ni boleh laras nak baring depends pada seat kereta sendiri, macam tempat duduk depan tu kan, kalau nak baring sikit, adjust dekat tepi, so, booster seat ni akan ikut seat kereta. Tak ada click dekat mana2.

Tu dia kemain dengan carseat baru dia. Ni sebelum gerak, kereta baru nak panas. Mata dah kuyu tu, nampak sangat nak tidur~
Tips nak bawak anak berdua sahaja menggunakan carseat ni. Pastikan waktu tidur anak anda, gerak dalam tempoh waktu tidur agar mudah pemanduan dan perjalanan anda. IQ dah banyak kali sebenarnya gerak berdua dengan Qa'id, cuma selalunya tak der la jauh sangat, dekat2 jer, pergi Bentong ni first time berdua sebab Bentong pun ambik masa sejam untuk sampai ke destinasi. So, untuk perjalanan yang lancar, pastikan anak anda tidur dalam perjalanan. hehe!

Perjalanan pergi dan balik sangat la mudah bagi IQ sebab Qa'id akan terus lelap sambil susu di mulutnya, tak sampai 5minit perjalanan pun mata dia dah kuyu. Masa mata dia dah kuyu, senyum lebar IQ dibuatnya, haha! Bukan apa, mudahkan perjalanan kita jugak kan, Qa'id pernah menangis mengamuk dalam kereta masa IQ tengah drive, memang membahayakan, tapi tiap apa yang berlaku, kita mesti dapat belajar untuk kawal anak kita kan? 

Baru 5 minit gerak, terus zzzzz. IQ berenti kejap nak laraskan balik carseat dia, Baringkan sikit kerusi tu, booster ni akan sama2 baring. Qa'id pun selesa. tidur sampai ke destinasi!
Lagi satu tips, IQ pasang cerita feveret Qa'id kalau dia tak tidur iaitu Upin Ipin! IQ beli magnet yang boleh attach dengan handphone untuk memudahkan Qa'id tengok, sebab kalau dia pegang handphone tu, tak lama la video tu bertahan, sebab tertekan sana sini, sampai ceritanya tertutup sendiri.

flyers tentang magnet ni. 

Ni yang IQ guna. Dan memang IQ beli dari Lazada, tapi masa penghantaran untuk ambik masa sebab item ni bukan dari Malaysia. Kualiti bagus dan IQ sangat puas hati!
So, that's it, itu sahaja yang IQ nak kongsi, tips ni simple sebab IQ guna untuk diri IQ sahaja dan tidak ambil tips daripada mana2 pihak, tapi panjang lebar kan? hehe, till then, bai!

18 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. awal2 dulu baru nak latih Syafi naik car seat memang mencabar. dia punya memberontak bukan main lagi. kita nak bawa kereta pun jadi serabut. lepas tu lama2 semakin ok sampai sekarang. so far dah 2 car seat tukar. hopefully yg ni tahan lah untuk 2-3 tahun lagi. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, kena biasakan dia, kena selalu letak dia dalam carseat, baru dia biasa. =)

      Delete
  2. nad pun tengah cari carseat. saja nak bagi fariza duduk sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih yang terbaik dan sesuai untuk fariza, baru dia suka duduk di carseatnya =)

      Delete
  3. Anak2 saya sume tak mau duk dalam car seat.. Aduii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah biasa duduk sendiri mungkin.. =)

      Delete
  4. hari tu memang nak puji carseat Qa'id dekat IG tapi terlupa. berkenan betul tengok, stylo. Sayang takde anak lagi nak beli haha.

    eh nak beli la magnet tu, sungguh menarik *mudah terpengaruh. thankyou hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, sabor nadia, nanti dah ada anak beli yer. =)

      beli tau! berguna sangat =)

      Delete
  5. hehehe seronok ja dia tidur atas carseat baru dia tu kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, seronok, takder la dia tak selesa macam sebelum ni. heee

      Delete
  6. Cantiknya car seat qa'id.
    IQ.thanks share sal magnet tu. Nak try search kat lazada jap.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, terima kasih reen..

      ok, cari tau, bgus guna tu

      Delete
  7. Selesa je dia dalam car seat.. hee.. A mom always know how to handle her child kan.. My sis pun dulu pernah anak meragam masa dia tengah drive and anak dalam car seat, but Alhamdulillah dia slowly belajar how to handle it.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kena biasakan anak dengan carseat, kalau tak memang anak tak nak duduk...kan?

      Delete
  8. carseat memang dah ada. Tapi magnet tu macam menarik. First time nampak.hehe. Thanks share 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, cari tau cik epal, bagus guna untuk navigation. kalau nak tengok cerita pun bagus.

      Delete
  9. Saya so far dah 2kali tukar car seat sebab baby tak selesa sebab makin besar, lepas dah tukar dia ok and nak terus duduk jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, betul tu, Qa'id ni pun kira carseat kedua, yang sebelum ni dah jual

      Delete

Komen Komen Sikit XD