Qa'id Kena Chicken Pox Pulak?

2:55:00 PM

Salam blog.

Perghhh, lama betul IQ bercuti. Bercuti? Last post IQ tu IQ ada cakap yang IQ cuti 3 hari kan sebab Qa'id demam panas, tapi lepas IQ post entry tu, esoknya IQ cuti lagi, sebab Qa'id kena chicken pox plak...hahaha hadehhh..

Pergi jumpa doktor kali pertama, doktor cakap bukan chicken pox lagi. Tapi ada tanda-tandanya. Malamnya da nampak tanda-tanda lebih ketara, esoknya pergi klinik lagi. Doktor baru confirm chicken pox. Dapat ubat makan dan ubat sapu then balik rumah kakak IQ. Nasib anak saudara IQ yang dua orang tu dah kena chicken pox, so tak ada masalah sangat.

Disebabkan Qa'id dah kena demam panas sebelum tu, so Qa'id tak ada demam2 masa kena chicken pox ni. Dan doktor ad bagi ubat Anti-Viral untuk kurangkan pengeluaran chicken pox Qa'id tapi bila IQ fikir balik, kalau chicken pox dia tak keluar habis, nanti kena lagi...so, Qa'id makan sekali je ubat Anti-Viral tu dan minum air kelapa je untuk keluarkan semua chicken pox dia..


Lepas first time pergi klinik, tak detect as chicken pox lagi. tapi sebab dah nampak tanda2 ketara, tempek dengan bedak sejuk+daun semambu

Yang peliknya, chicken pox Qa'id tak ada beriya sangat keluar. Dekat badan ada satu dua je, selebihnya dekat tangan, kaki dan muka. Tu pun tak ada teruk sangat. Efek ubat Anti-Viral yang sekali makan tu ke tak tahu la. Macam biasa, kalau chicken pox tempek calamine bagi sejuk dan tak bagi budak tu menggaru, minum air kelapa.

IQ cuti sebab Qa'id chicken pox agak lama, seminggu jugak. Masa chicken pox Qa'id dah beransur kering, bawak jumpa pengasuh. Pengasuh kata on, boleh dah start jaga dia. Chicken pox dia banyak dah tinggal kudis, tangan dia pun gatal pergi garu. Nak ikat tangan kesian plak..hihi..

Sekarang Qa'id dah pulih. Alhamdulillah...harapnya tu chicken pox tu pertama dan terakhir kalinya. (risau sebab keluar tak banyak, risau datang lagi) haha! 

ok la, tu je nak cerita. Next time plak IQ update. Banyak cerita nak kongsi tapi yela, keterbatasan nak update guna pc tu..haha...malas nak update pakai hp. heee..

ok. till then, bye~

ni gambar dua hari lepas. budak menggedik nak suruh gi mandi. Badan Qa'id licin sebab tak ada chicken pox sangat dekat badannya, cuma banyak kudis di tangan dan kaki, kesan menggaru. huhu

You Might Also Like

6 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Harap2 cken pox 1st n last kan.
    Reen kena chcken pox mase sem 5 kat utm. Seksa rasa. Smpai skrg ade ag parut kat muka satu.huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...da bsar bru kena...tpi ok la...bley kawal sndri..budak kecik ni ssh sket nk kwal ble gatal..huhu

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers