Pemilihan Rumah Sendiri

9:39:00 AM

Sumber Google
IQ pasti ramai orang bercita-cita nak ada rumah sendiri. Tipu la kalu cakap tak nak ada rumah sendiri. Rumah ni satu keperluan bagi kita selain menjadi aset yang bernilai. Rumah ni kalau dibiarkan lama pun masih boleh meningkat harganya berbanding kereta. Memang tak rugi beli rumah walaupun kecil saiznya.

Zaman sekarang ramai yang menjadikan rumah sebagai satu pelaburan. Terutama golongan muda yang celik hartanah. Bagi IQ sendiri, IQ kalau dapat beli rumah yang sesuai dengan IQ, mungkin IQ nak tinggal sahaja di rumah tu, daripada duduk menyewa bayar pada tuan rumah, baik bayar pada bank dan rumah jadi hak milik kita.

Namun, lain orang lain pendapat kan? Tapi kalau ada rezeki lebih, mungkin boleh beli rumah untuk dijadikan satu pelaburan masa depan. Mana tahu tetiba dapat rumah kedua, boleh dijadikan rumah sewa dan boleh mendatangkan income pada kita secara tetap tiap2 bulan. Kan?

IQ memang plan nak cari rumah sekarang, walaupun diasak fikiran minta cari kereta yang lebih besar dan selesa, tapi bagi IQ, rumah lagi penting, lagi beberapa tahun kita masih boleh cari kereta yang selesa, apatah lagi IQ hanya berdua sahaja dengan si kecik Qaíd...tiada yang lain....adik ipar IQ pun dalam proses beli kereta sendiri, moga urusan dia dipermudahkan...senang lepas ni IQ jadi mem besar dekat belakang je..haha!

IQ nak cari rumah yang sesuai, at least ada 3 bilik. Nak cari rumah teres, IQ lebih prefer rumah teres setingkat, sebab family IQ sendiri kecik, tak perlu rumah dua tingkat. Kalau bukan rumah teres, mungkin Apartment jadi pilihan kedua. Nak cari rumah sendiri mesti nak cari yang terbaik bukan? Pilihan IQ mesti nak cari yang ada security, ada lift, kalau dapat tingkat yang rendah pun ok...tak nak tinggi2 sebab adik beradik dan mak mertua IQ pun jenis gayat, kang tak nak plak datang rumah IQ kalau tinggi2 sangat...hahaha

Step nak cari rumah bermula dengan kelayakan diri dan jugak penyediaan downpayment...ada tak rumah yang tak perlu downpayment? tapi mesti perlu juga duit booking kan? so, kena kumpul jugak nak tak nak pun...tak per, slow2...IQ juga ada baca yang kita boleh juga guna KWSP akaun 2 untuk bayaran downpayment...cuma yang merisaukan IQ adalah kelayakan IQ sendiri sebagai ibu tunggal ni lepas ke nak beli rumah? Selalunya pembelian rumah disertai oleh suami isteri, ada penama pertama dan kedua...IQ plak sorang sorang...macam mana yer? terfikir kejap di situ..

apa apa pun diharapkan urusan pembelian rumah IQ nanti dipermudahkan, mungkin tahun depan, atau lagi dua tahun ataupun tahun seterusnya...target mesti ada...baru hidup bermakna...haha, tak ada kena mengena...hehe

k la, till then...bye

You Might Also Like

4 025 Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Semoga dipermudahkan niat IQ. Nadia takde target lagi bila nak beli . hoho. Tapi memang nak rumah setingkat je hehe. Betul la IQ cakap tu, kalau ada duit lebih boleh buat pelaburan, kalau tak, duduk sendiri dah memadai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin2...

      kan? duduk rumah sendiri pun dah memadai, at least tak risau nak buat apa dekat rumah tu, hehe...

      Delete
  2. semoga dipermudahkan urusan beli rumah ye.

    ReplyDelete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers