Rindu Nak Berblogging Secara Aktif

10:16:00 AM

Salam blog.

Sekarang ni IQ ambik jalan tulis draft dekat notepad dulu untuk update blog sebab nak tulis dekat dashboard terang-terang nanti orang nampak. Dekat pejabat plak pakai dekstop, dulu pakai laptop pun tak ada hal punyo.

Rindu sebenarnya nak blogwalking. Tapi keadaan terbatas. IQ tak ada laptop nak buat rutin IQ dulu. Kalau tak, memang selalu jalan jalan blog sekalian, rindu nak tengok blog orang lain jugak! Plan nak beli laptop 2nd hand tapi aihh, rasa macam susah nak cari yang elok. Nak beli baru macam tak pakai sangat, nak baiki yang lama plak take time...erghh...too much reason laa~ 

hurmmm..pendapat korang plak macam mana? patut ke IQ beli laptop 2nd hand atau baiki je laptop lama? Laptop lama pun rosak skrin, spare part belum tentu ada..haihhh~ pening2...nak beli laptop baru pun kewangan kena tengok dulu...kena simpan duit dulu baru boleh beli yang ok sikit..

tempat kerja IQ sekarang pakai dekstop sahaja, kalau dulu ada laptop boleh la update apa-apa kan? sekarang tak der macam patah kaki. memang ada apps blogger dalam hp tapi tak seronok nak blogwalking pakai hp, tak puas kau...huhu..

doa doakan IQ ada rezeki beli laptop baru. Boleh la IQ jadi blogger tegar lepas ni. Kehidupan rasa kosong sangat kan selain jadi ibu bekerjaya ni. Balik kerja mengadap anak dan buat kerja rumah jer. Rutin baru IQ sejak Arwah suami tak ada. Kalau ada Arwah, kerja rumah bahagi lapan, eh..dua..haha! Arwah suami banyak tolong IQ buat kerja dan jaga anak...tapi tu dulu...sekarang semua kena ngadap...

Ok la, till then..k bai. 

Qaíd say hye dekat semua! Penyeri DBIQ lepas ni. XP

You Might Also Like

8 Orang Ada Pendapat Diaorang....Korang?

  1. Cuba tanya balik kedai computer boleh baiki tak laptop tu IQ?
    Kalau tak memang kenalah beli. Kalau kakak memang lebih suka guna PC lagi puas baik di rumah mahupun di office. Tak puas guna hp.

    Hai Qiad! jangan nakal-nakal tau:)
    Selalu-selalulah buat mama happy ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak baiki skrin laptop mahal tak agaknya? risau mahal jadi sama je kalau beli baru kan? huhu..

      Qaid ckp, insyaAllah =)

      Delete
  2. rindu dengan blog IQ jgak. reen doakan IQ dapat beli laptop cepat. baru puas hati nak blogwalking kan, reen pun xde laptop, sekarang ni guna laptop pusat jalur lebar komuniti, dia bagi sewa sebulan. bulan2 renew. hehe

    laptop lama rosak jgak,terus x leh on.
    eh lupa, hai Qaid!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, senang la ada pusat jalur lebar, xyah nak pkir byk kn, bagi sewa sebulan plak tu..untung sangat...

      huhu, laptop lama ni takut banyak software xsupport, risau jugak..huhu

      Delete
  3. kalau Nadia sementara nk kumpul duit beli baru, baik yg lama dulu sebab beli 2nd takut prob jugak nnt. Sama la, x suka bukak blog kat apps, tak feel.

    comelnya Qa'id. mcm muka IQ hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak baiki laptop lama tapi risau beratus jugak, sebab rosaknya skrin...huhu..tak perlah , IQ try ricky harga dulu macam mana =)

      macam muka IQ ke? huhu...ramai cakap macam ayah dia...huhu

      Delete
  4. comelnya Qaid..geram auntie tgk..

    tapi betul la susah kalau xde lappy..xsyok pulak klu nga fon..tebatas sgt

    for me better cari yg baru..cari yg murah2 ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, muka nakal tu..

      aah, kalau tak der laptop ni susah sangat..tak per la, kena sabar sikit dulu...insyaAllah ada rezeki lain...=)

      Delete

Komen Komen Sikit XD

n

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers