Advertisement

Responsive Advertisement

IQ Kena Marah

Salam hari jumaat buat semua pengunjung blog ini..

Hari jumaat kunjung tiba lagi...mood hari ni so-so je sebab semalam ada satu kejadian telah terjadi...IQ kena marah! wuuuu....kenapa kena marah? sobs, nak cerita pun sedih....meh la IQ cerita jugak...

kawasan rumah IQ ni kepadatan penduduk dia boleh tahan la, tapi mostly melayu, tu yang best...rukun tetangga dekat area rumah IQ memang tiptop tapi disebabkan parking yang tak mencukupi, istilah double park diambil kira sebab kereta yang banyak (ditambah dengan 3 buah kereta buruk yang layak masuk kedai besi buruk pun ada dekat tempat parking)..

so, semalam IQ double park depan dua buah kereta, satu kereta tu selalunya tak gerak sangat, (IQ familiar dengan kereta sekian2) dan satu lagi selalu tak gerak sangat pagi2 buta, assume boleh gerak esok pagi tanpa ada orang call untuk alih kereta..IQ akan letak kad nama IQ dekat dashboard untuk mudahkan orang call IQ untuk alih kereta..

IQ solat maghrib dah lewat jugak semalam tapi masa tu tetiba ada dengar orang hon2 banyak kali...masa tu tak terdetik nak jenguk tingkap, tengok hp pun tak berbunyi, so assume bukan kereta IQ...so, IQ terus solat maghrib...rancangnya nak baca yassin, dah siap2 ambik Al-Qurán dah, tetiba dengar lagi hon dan orang jerit2...ape la yang jerit sangat2 tu...adehhh..

Dan IQ jenguk la tingkap, eh? ada orang nak keluar ke? kenapa tak call? masa IQ jenguk tu baru la nampak dorang terjenguk2 dashboard IQ baca nombor telefon IQ kot masa tu...then, IQ dengar ada call masuk, then terus jawab.."ok2...saya turun jap" berdesup tanggal telekung, tukar baju dan turun...

tetiba je....ada sorang pak cik ni, "LAIN KALI LETAK LA NO.TELEPON TU BESAR2, BUDAK NI NAK KELUAR PUN SANGKUT" erkkk, dah kenapa pak cik ni? orang yang IQ blok kereta tu pun rilek je, pak cik ni kemain marah....IQ cepat2 alih kereta ke depan sikit...masa tu ada satu lagi van, bila orang yang IQ blok kereta tu dah keluar, maka parking tu dah jadi kosong, IQ ingatkan van tu nak masuk parking tu, so, IQ rilek la jap..

tetiba lagi..tuk tuk...(ada orang ketuk body kereta dua kali) adeh..pak cik tu lagi...IQ buka tingkap, tapi pak cik tu lagi cepat, dia buka pintu penumpang sebelah IQ, "parking ada ni, masuk laa" IQ tergamam, dia cakap pun dengan nada marah dia yang tak habis lagi tu...then, IQ cuma angkat tangan jer...IQ nak cakap tak perlah tak payah tak per...tapi tak terkeluar dari mulut sebab dah sebak..IQ tak boleh orang marah marah macam tu...kelu sebak sedih semua ada...plus kenapa ketuk kereta IQ kuat camtu?? lepas tu, dia hempas kuat plak pintu kereta IQ tu, tahu la kereta IQ tu kereta murah, kecik...agak2 la nak tutupnya...huhu..

then, ada pak cik van yang lagi satu datang dekat kereta IQ, dia tanya "masuk la parking tu, awak keluar kerja esok pukul berapa?" IQ punya la tahan sebak, nak jawab memang makan masa, tapi jawab la jugak "pukul 8"...then dia cakap, "haa, masuk parking tu, saya keluar awal, pukul 5, nanti awak masuk parking, saya parking depan kereta awak,"..so, akur je la dengan cadangan pak cik tu, pak cik tu sambung lagi , "jangan ambik hati, orang dekat sini memang macam tu"..then, IQ angguk dan masuk parking...ambik masa jugak sebab air mata dah menitis...huhu..

masuk parking, ambik masa kejap...then baru keluar, pak cik yang marah IQ tadi tu muka macam bersalah je IQ tengok tapi tetap jalan straight pergi rumah dia...

anyway, IQ jadi sedih, sebak...yes, dah lama orang yang bernama lelaki ni tak marah IQ, abah IQ pun dah lama tak marah IQ, arwah suami pun jarang marah IQ, bila kita kena marah ni jadi sentap la sket, senang cerita, IQ kalau kena marah dengan orang tua memang jadi sentap dan menangis..huhu...

bukan apa, IQ sedih, IQ sendiri2 macam ni, tak ada suami dekat sisi IQ, senang je orang nak marah2, kalau situasi yang sama berlaku, pastinya bukan IQ yang alih kereta tu dan semestinya Arwah suami IQ yang akan alih, man to man punya conversation at least pada IQ better la daripada man to woman punya perbualan kan? Sebab tak semua orang boleh respek satu sama lain bila jumpa orang tak kenal...tapi bagi IQ, even IQ salah sebab letak no.telefon sehalus tu, tapi cakap la dengan elok2, IQ dengan rasa bersalah akan mintak maaf...sebab sebelum ni elok je orang call IQ bila IQ letak kad IQ tu dekat situ, IQ jadi pelik bila orang mintak alihkan kereta dan salahkan IQ sebab letak no.telefon kecik2...sebelum tu ada je kereta yang letak no.telefonnya kecik...tak kan la IQ nak letak no.telefon IQ sebesar signboard? XD haha! lawak lak rasa...

ok la, tu je la nak cerita...IQ naik rumah lepas tu sambung nangis, haha! adik ipar iQ tanya kenapa nangis, cakap la ada orang marah...rasa macam budak kecik plak ngadu dekat orang lain....huhu...ada suami boleh la ngadu dekat suami...ni ngadu pada yang terdekat aje laa dan juga warga blog...huaaa...

sambung baca yassin untuk Arwah sambil sendu2, rindu abang sangat.. =(

till then, bai!

Post a Comment

10 Comments

  1. ala Nadia pun sebak baca. Sabar ye IQ. Sabarlah dalam bersabar

    ReplyDelete
  2. Hal parking ni memang boleh buat gaduh orang. Dulu Akak pun kena juga walaupun kereta tak menghalang pun dan didalam kawasan sempadan rumah tapi sebab tempat parking dia tinggi dan kena menyerong nak masuk tu yang tak boleh lepas. Dah le magrib baru balik, lepas tu kalau bagi salam dan cakap minta tolong alihkan kita orang boleh je buat. Ni salam tak, apa pun tak taunya hon je kuat-kuat. Lepas tu sound sikit punya kuat.... satu taman dengar.... Buat malu kaum lelaki je marah-marah orang perempuan hanya kerana parking kereta yang dah tentu bukan salah kita orang. Alhamdulillah bila dah pindah syukur sangat. Aman terus suasana taman. Sabar lah IQ. Anggaplah orang tu tak sedar diri sehingga nak marah orang. Semuga Allah sentiasa melindungi Iq dan anak tidak kira dimana Iq berada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu kak, kdang org llki ni nak marah org prmpuan sesuka hati je, bukannye kte xde akal nak fkir baik buruk,..

      terima kasih kak notie..huhu

      Delete
  3. words last buat akak sedih...takpe...kuatkan hati ye...tapi pakcik tu boleh kot cakap slow..xperlu nak tinggikan suara kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, tpi serius kak, sedih sgt....biase la, org ni klu da rse kte ni salah, lgsg xley nk brtolak ansur

      Delete

Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan..
Kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita...
- Bicara Kata, Inteam

(Nyanyi Ke Tu?)